Hari tu masa tengok program Seia Sekata Schawal, Awal ada tunjuk dia punya walk in closet. Penuh dengan barang dia sampaikan terpaksa buang separuh baju dia untuk isteri terchenta, Scha gitu kan.Dua-dua stylo, rasanya tak cukup la nanti walk in closet dia :) Tapi terpaksa korbankan satu bilik tu yang tak bestnya .Kalau rumah saya tak boleh la, sebab bilik pun cuma ada 3 sahaja. So tak praktikal rasanya.
Hari ni deko di elissmie, pasal walk in closet/ wardrobe. Jom kita tengok design walk in closet yang menarik untuk dikongsikan.Kita budget retis lah kan .Tak kena bayar pun kalau berangan kan ;p
Yang warna purpleni,buka-buka pintu terus nampak walk in closet gitu kekdahnya..
Yang ni praktikal untuk suami dan isteri lah sebab ada banyak bahagian.
Yang ni contoh yang lain yang sesuai untuk suami isteri. Besar, tak perlu berebut partition :p
Yang ni pintu kaca sliding door gitu kan. See thru lagi :)
Bilik yang sempit pun boleh buat jugak walk in closet ni kalau kena caranya kan .
Yang ni nampak simple ajer dan sesuai untuk lelaki .
Yang ni memang menarik perhatian wanita. Siap ada bench untuk duduk atau cuba kasut . Design ni kira complete la untuk wanita sebab ada compartment baju, kasut, beg dan aksesori. Kalau lah dapat kat saya, saya memang tak tahu nak letak apa kat bahagian kasut tu.Ada satu jer kasut pun, sport shoe :p
Yang ni macam ruang tersembunyi kan sebab ada pintu ala-ala pintu masuk padahal kat dalam tu adalah walk in closet
Yang ni paling praktikal saya rasa sebab walk in closet dia dalam bilik tidur, tak perlu ke bilik lain nak cari baju dan sama macam bilik saya :p Saya punya kecik la sket , 6 X 6 ajer sebab bilik tak cukup luas katakan. Padahal set yang saya beli sebenarnya 8 X 8 .Seb baik boleh tukar di saat akhir ukurannya.
Rumah korang ada walk in closet / wardrobe tak ? Macam mana designnya ?Kongsi lah idea :)