Friday, November 15, 2024

JJCM @ Kuala Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni entry JJCM @ Kuala Selangor. Berkesinambungan dengan entry percutian kami di Teratak Kasih Kabinstay. Kami sampai area Kuala Selangor, ngam Zohor. So berhenti solat Zohor dulu then cari kedai nak makan. Hari tu jalan agak jem, so kami terjah yang mana ada je. Mula-mula kami sampai ke Restoren Kari Sembilang Kg Pinang tapi lauk pauknya dah habis . Mungkin lain kali kena datang awal sikit dan cuba makan kat sini. Owner Restoren siap suggest kami makan area depan lagi dan banyak pilihan katanya. 

Sebab semua setuju tak nak makan Mee, cadangan asal my hubby, so kami cari port nasi. Satu lagi dalam carian kami adalah Restoran Dangau Rimba Ikan Bakar tapi memandangkan kedai tu pun dah nak tutup kita cari yang berdekatan je la. So kami jumpa Nasi Goreng Melimpah Viral. Tempat parking pun luas dan tempat duduk pun masih ada so kami terus proceed untuk lunch kat situ. 


Ni menu yang ada. Kami pilih yang Nasi Goreng Kambing Sekilo katanya boleh makan 4-6 pax tapi yang sampai boleh cecah sampai 8 orang makan ni. Maybe untuk kami boleh ambil yang set 2-3 pax je kot. Siap tapau 3 bekas nasi goreng lagi. My hubby siap tak nak makan nasi goreng dah berapa minggu ni. haha. Dia habiskan 1 bekas dan 2 lagi anak-anak habiskan lepas dah mandi kolam. Haha. Habis jugak nasi setalam tu. Berbaloi jugak. haha


Ni lah rupa Nasi Goreng Kambing Sekilo. Dapat Free Teh Ais 5 gelas dan sup kosong. Nasi Goreng biasa-biasa je nyah 3/5 bintang


Kami add on Masak Kunyit Udang tapi tak nampak macam goreng kunyit sangat. haha . 
Yang ni memang terbaik. Udang fresh 5/5. Tak Kuala Selangor la udang tak fresh. haha

Nasi Goreng Melimpah Viral

No 1 lot 15103 Jalan Bernam Batu 10 45500 Tanjong Karang, Selangor
Waktu Operasi : 
Selasa - Jumaat 
12 Tengahari - 7 Malam

Sabtu - Ahad
 Cuti Umum /Cuti Sekolah 
12 Tengahari - 10 Malam 

ISNIN CUTI
KECUALI CUTI UMUM BUKA 

Seterusnya kami makan di Mee Banjir Melimpah pulak untuk dinner.Anak-anak request nak makan Korea. Tunggu lah mak pak dinner dulu. Diorang pun dah kenyang jugak makan nasi goreng lepas berendam tadi. 



Ni la Mee Udangnya. Selak udang baru nampak Mee. Haha


Ada 4 ekor udang yang juicy. Sedap. Memang kena tekak sebab ada tambahan lada jeruk dia letak kat situ. Memang sesuai tekak. Teringat Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang buat saya rasa nak minta limau nipis dulu. haha



Tq Sayang bawak makan sini. Dulu tapau dah


Ini budak cukai udang mak dia. Sabar je la

Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor

Alamat :
587, Jalan Bandar Baru Batu 2,
Pasir Penambang, 45 000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +6019-664 4235

Waktu Perniagaan : 
11.00 Pagi - 8.30 Malam (Kecuali Jumaat 2.30 Petang - 8.30 Malam )

ISNIN CUTI


Sempat mak rembat Latte kat FamilyMart semasa anak-anak sedang mengkoreakan diri mereka. 


Aiskrim Roti yang makan kat pantai tak rupa pantai dah tu . Ada pulak motor aiskrim lalu kan. haha


Kopi Pa'din Kopi Ais ni wajib cuba. Memang 5/5 bintang. Kiosk dia betul-betul sebelah Nasi Goreng Melimpah Viral tu. 



Recommendation yang ada. Boleh repeat lagi lain kali. haha




0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)