Thursday, November 14, 2024

17th Anniversary Celebration @ Teratak Kasih Kabinstay , Kuala Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni macam biasa entry tertunda as always. Mood dan roh menulis ada sikit. So marilah kita menulis belog sebelum memori ditelan kenangan. Haha. Percutian 2 hari 1 malam kami kali ni di Kuala Selangor. Mula-mula nak booking kat The Kabin tapi semua dah penuh memandangkan Cuti Deepavali sekali cuti sekolah tambahan kan. Teratak Kabinstay ni cadangan Ariff. Alhamdulillah ada kosong dan harga pun ok. Terus bayar booking. Selebihnya bayar masa check in. Ownernya tak tinggal kat situ, so semua adalah self service . Kat depan pintu kabin, ada tempat letak kunci , cuma masukkan nombor kod dan boleh dapatkan kunci kabin. 


Lepas dah check in semua pun dah ready nak terjun kolam. 


Ada je orang lain tapi diorang ok je menempel janji boleh masuk kolam. haha


Muka sebesar talam pun nak wefie depan kolam. hehe



Bikin romantis



Anniversary kan, harus banyak. haha



Ni sawah yang berdekatan dengan Teratak Kasih Kabinstay. Masa pergi tu banyak yang dah tuai area sini. Kena lajak ke Sekinchan baru nampak banyak yang belum tuai. Tuai padi antara nampak, eh nyanyi ke tu ? 


Kemudahan yang ada kat situ


Tempat viral berdekatan dengan Teratak Kasih Kabinstay



Ada 2 pilihan jenis kabin kat sini . Boleh la book ikut kehendak. Saya booking yang ni sebab dah penuh Kabin Bonda tarikh yang saya nak. Yang ni untuk anak-anak saya bawak Toto. Nak sewa dengan diorang satu Toto RM 10. Anak-anak Ok je janji ada aircond. Sejuk gila masing-masing, maybe kawasan kampung kan. Rasakan. haha


Kabin yang ni besar sikit tapi ada 1 unit je


Cara nak tempah


View depan kabinstay. Dulu asalnya tapak tanah ni kebun kelapa dan koko. Tu masih ada lagi la pokok kelapa yang ada. Kebetulan Ayahbonda pemilik homestay ni datang tunggu peti ais baru yang kebetulan rosak masa kami datang tu. Sempat lagi berkenalan dengan mereka. 


Ni kita lajak ke Sekinchan Airport tengok kapal terbang berlatar sawah padi 



Nawfa berlatar belakang sawah padi


Semua jakun kan tengok sawah padi yang terbentang. Ada pulak kapal terbang kan. 


Ikut Resmi Padi, Makin Tunduk Makin Berisi


Kita ambil lah gambar kat sawah padi pulak


Mata semua segaris sebab panas lit lit weh tapi angin sepoi-sepoi bahasa 


Tengah panas dont care


Warning yang ada kat situ tapi depan tu banyak gila gerai jual makanan. Abes rabak poket mak nak. Macam-macam ada jual. Anak-anak beli Jelly ball. 


Lepas dah abes tengok sawah padi, Kita lajak pergi pantai pulak


Sekali pantai tutup. haha. Sedang buat proses penambakan apa ntah. Ni pantai apa namanya. Lupa lah pulak


Banyak kerang-kerangan kat sini. My Nuha ambil 3 botol untuk buat hiasan atas meja bagi kat kawan dan cikgu dia. 


Ni hari esoknya pergi kenduri kawin anak ofiz mate my hubby dulu kat Langat. So lajak ke Sungai Congkak celup2 kaki dalam air. 


Ini budak je ada baju spare. So dia lah boleh mandi sungai. Nayla celup-celup kaki je lah. haha


Umminya padan amik gambar dari tepi sudah

Sekian cerita rangkuman semasa minggu Cuti Deepavali tu. hahahaha



0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)