Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setiap tahun tak miss update gambar raya. Tahun ni kita mulakan dengan juadah berbuka dulu lah baru raya. Dah nak sampai penghujung Ramadhan dah. Alhamdulillah tahun ni berkesempatan solat terawikh kat surau kat area rumah . Merempit dengan my hubby bikin romantis. hahaha. Kakak dah boleh harap jaga adik-adik. Alhamdulillah.
Jom lah layan gambar juadah berbuka sampai semalam. Rasa tak miss amik gambar. Malas je nak upload hari-hari kat IG. Kebanyakan masak, kalau tak masak beli tapi tak ke bazar pun tapi area gerai-gerai area rumah. Paling jauh ke bazar Ramadhan Pantai Dalam. Tu first and last lah kot. hahaha. Kesian my Nawfa . Dah la baru belajar puasa. Kena menapak sebab susah parking sampai merah padam muka dia. Biasa saya keluar je dengan my hubby kalau nak beli apa-apa tapi sebab ke KL so angkut lah semua.
Jom lah kita jamu mata tengok lauk berbuka sepanjang Ramadhan ni. Boleh bagi idea untuk saya dan korang masak lain kali jugak.Semoga dengan saya masak untuk keluarga bulan puasa ni , Allah pandang amal kita semua dengan kasih sayang dan redha Mu Ya Allah. Aaminn..
Menu sahur Day 1 : Spagetti Bolognese
Menu berbuka Day 1 : Ayam Goreng, Udang Masak lemak dan sayur kobis
Siakap Stim Limau request by My Nayla
Sayur Pedas Kulat Pusu (Busut) , my hubby beli area Ijok
Puding Roti abaikan kismis rentung
Ayam pop corn sweet sour
Request by My Nayla, Cekodok Sayur aka jeput sayur
Pulut Panggang Frozen zaman jahiliyah lagi kot. hahaha. Teringin nak makan, korek2 esbok jumpa. Kukus jap then bakar dalam air fryer.
Ayam Masak Black Pepper
Nasi Kerabu 📍Restoren Pok Chu Golok
Closed up Ayam Percik dari 📍Restoren Pok Chu Golok
Ayam Percik & gulai daging tunjuk kat 📍 Restoren Pok Chu Golok
Mee Rebus Terengganu [ Resepi : Klik Sini ]
Nasi Ayam
Nasi Beriani Lamb Shank my hubby beli . Buatkan agar-agar santan.
Ikan Siakap Bakar Portugis dan Tomyam untuk anak-anak
Pengat Pisang Tanduk request by Mr Husbaby
📍 Nasi Arab Rahmandy Food Sungai Buloh. Order dengan Lalamove sampai ofiz.
Mee Goreng , Kuih Bakar Mentua Baiduri
Bubur Lambuk request by Long . Datang berbuka dengan kitorang sebab tahun lepas tak sempat. hahaha . Resepi [Klik Link]
Tq Mr Husbaby tolong kutipkan Pucuk Midin aka Pucuk Pakis Merah
Mee Goreng Seafood request by My Nawfa
Kuey Teow Kungfu request by My Nuha
Nasi Goreng Pedas , Mee Goreng request by My Nawfa
Nasi Minyak Ayam Merah beli kat 📍Bazar Pantai Dalam
Ayam Kurma request by My Nuha
Tq Zul anakperak.com yang battlekan Dendeng Nyet Berapi kat TT. Kita tak ada TT . Bagi saya sedap buat cicah. Cicah roti ke lempeng sebab dia hancur2 sikit. Tapi makan dengan nasi minyak memang ngam.
Maka terjadilah Nasi Minyak , Dendeng Nyet Berapi, Ayam Masak Kurma dan Acar Jelantah
Terasa nak makan budu maka terjadilah Ikan Panggang & Sayur Labu dengan Pucuk Manis masak pedas campur sotong
Pulut Sekaya aka Tok Aji Serban
Asam Pedas dengan Ayam Pao Kra Pao [Resepi : Klik Sini ]
Sotong nak buat Ketupat Sotong . Beli kat Checker sotong ni sebab geram tengok besar dan fresh . RM36 4 ekor.
Tadda. Ketupat sotong Selepas. Buat Style Terengganu, my hubby suka yang macam ni.
Kari Kepala Ikan Jenahak
Bendi Goreng dan belikan paprik ayam untuk Nuha. Leftover udang yang kak Long masak hari tu.
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss