Assalamualaikum. Hari ni kita kasi throwback lah .Sambutan birthday my hubby dan my Nayla untuk tahun 2024. Selalu double celebration tapi tahun ni kita sambut birthday my hubby dulu, bagi special sikit lah. Sebenarnya isteri yang rasa nak makan kek 2 kali . Nampak tak agenda kat situ. kah kah kah. Kali ni beli kek kat The Bakers Cottage Bukit Raja , ada promo pulak kan. Pilihan isteri adalah kek Chocolate Cheese Mousse Cake .
Kisah kelakar siap pinjam kalkulator The Bakers Cottage nak kira umur suami. hahaha
With anak-anak dara and me kat dalam cermin
I love you sayang. Mestilah sayang, takkan tak sayang
Lentok jap. Bersemut tak?
Pencinta kucing . New addition - Milky - Kucing jumpa dalam lubang tepi longkang besar
Bagi apa kat suami? Suami nak duit je. So kita bagi duit je lah. hahaha
Kita belanja suami Iced Hazelnut Latte . Bubur & Kopi Moka Cafe Slow Bar ni ada stall depan Petronas Batu Belah (NGV) . Buka biasa petang sampai malam. Bubur tak pernah try lagi.
Seterusnya
Birthday my Nayla pulak tapi sambut agak lewat sebab birthday dia jatuh hari Isnin ( 8hb) dan hari exam pulak kan. hahaha. So kita sambut hari Sabtu. Kek beli kat Drasani cake hauz dan my Nayla yang pilih kek Oreo . Kek kat sini sedap dan harga pun berpatutan. Yang ni tak silap tak sampai pun RM40. Cukup la buat makan kami anak beranak je pun.
Birthday girl senyum lebar la sebab dapat bouquet flower. Ada ke dia ingat mak dia recycle kakak dia punya sebab mak dia banyak beli kertas sama. hahahahaha
Potong kek
Dari atas
Family 💜
Saya dan anak-anak dara + bulus
Hasil kerastangan Ummi as usual. Chocolate Bouquet with Ipod
Masa weekend sebelum birthday dia tu , dia request nak makan Chicken Chop kat Polperro Steak House Seksyen 7 Shah Alam
Muka puas hati dapat makan Chicken Chop
Bongsu pun nak makan Chicken Chop jugak
Kemain bongsu ni
Kakak sama menu dengan Ummi Lamb Chop
My hubby amikkan gambar
Selfie with my hubby. My hubby dah kenyang, so tak makan. Tu tolong potong Nuha punya.
POLPERRO STEAK HOUSE SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Address: No 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
SAT - THURS : 12.00 PM - 11.00 PM
FRI : 4.00 PM - 12.00 AM
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss