Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Maaflah banyak entry throwback. Maklumlah tiba-tiba terajin tulis belog. Sebenarnya Tadika My Nawfa kena kuarantin sampai 11/4 ni sebab ada kes HMFD. Saya diberi kebenaran work from home sepanjang kuarantin ni. So untuk mengisi masa lapang selain kena layan my Nawfa , kita selit la sikit tulis belog.Nak makan pun tak dapat kan sebab bulan puasa. Tengok Nawfa makan je la. Kalau kat ofiz, mood tak datang sangat. hahaha. Ni siaran tertunda bulan January yang lepas . Baru terasa nak update.
Lunch ni sempena kami telah memenangi Tempat Ketiga Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022 yang telah berlangsung di UiTM Seri Iskandar Perak Oktober tahun lepas. Tu dia aih. Pasal KIK tu pun tak pernah update lagi. Join KIK dari tahun 2020 ( masa masuk first time peringkat jabatan dah menang, berkat doa arwah my Abah dan my Ma. ) Tak sangka sampai ke peringkat UiTM perginya. Cerita lain kali lah tu kalau rajin.
Tempat yang kami pilih untuk celebrate kemenangan kami tu adalah di The Third Letter Cafe yang terletak kat Seksyen U8, Bukit Jelutong. Apa yang third pun tak tahu lah kan. Huruf C ke? hahaha. Tak sempat nak interview chef.
Kena tayang tuan tanah kedaung dengan makanan dulu. haha
Dengan The Ladies ProServe Team . Emi tak sampai lagi masa ni
Team ProServe dan yang terlibat secara tidak langsung untuk KIK UiTM
Saya order Seafood Marinara, Caesar Salad, Iced Latte.Overall makanan semua sedap. Tempat makan pun selesa. Kami datang sebelum waktu lunch . Parking agak terhad kalau nak kat depan. Better booking dulu sebelum datang. Sebab time lunch tu dah full house . Jom kita close up menu yang ada yang team kami order hari tu.
Seafood Marinara RM 34
Caesar Salad RM 18
Belacan Seafood Olio RM 29.50
Chicken Egg Carbonara RM 26
Fish & Chip RM 26
Nasi Goreng Kampung RM20
Grilled Chicken Chop RM 32.50
TTL Lamb Baked Eggs RM 32
The Third Letter Sdn Bhd
No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Telephone: 03 7831 9702 | Email: admin@thethirdletter.co
Business Hours: 11.00am to 9.00pm Daily (Final Order at 8pm)
Facebook: https://www.facebook.com/thethirdlettercafe
Daripada ‘Abdullah bin 'Amru RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang itu digelar al-Wasil (penyambung silaturrahim) apabila dia bersifat al-Mukafi`I (orang yang menyambung silaturrahim jika saudaranya menyambungnya dan akan memutuskan apabila mereka memutuskannya), akan tetapi al-Wasil itu ialah seseorang yang apabila terputus silaturrahim, beliau segera menyambungkannya."Sumber : http://myhadith.islam.gov.my/viewhadiths.php?id=976
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss