Thursday, November 23, 2023

Sambutan Hari Lahir @ Ofiz & Dapur Che Lah, Seksyen 13 Shah Alam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baru nak tulis pasal birthday saya yang ke biarlah rahsia . hahaha. Kali ni kawan-kawan kat ofiz yang celebrate surprise birthday kat ofiz. Tak surprise sangat sebab dah ada tarikh sambutan . hahaha. Sekali celebrate dengan birthday Kak Sal. Kak Sal terpaksa overshadow birthday saya. Sorry Kak Sal terpaksa lambat celebrate birthday . Saya ok je orang overshadow. hahaha . Matilanak kena luku dengan Kak Sal kang. 






Happiest birthday Kak Sal. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Didoakan agar diberikan keampunan bagi umur yang telah berlalu, keberkatan pada usia yang mendatang, dilapangkan & dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan, diberikan kemudahan dalam semua urusan yg baik, sentiasa istiqomah dijalan yg benar serta dianugerahkan kebahagiaan di dunia & akhirat.
Amin Ya Rabb...

Seterusnya untuk pakatan hari jadi, saya pilih Dapur Che Lah, Seksyen 13 Shah Alam sempena birthday saya. Rasa nak makan nasi dengan siput sedut. Lauk boleh tahan tapi semua dihidangkan sejuk-sejuk. Atleast maybe boleh hidangkan nasi panas. So saya rate 3/5.








Restoren Dapur Che Lah

Alamat : 

84, Jalan Lawan Pedang 13/27 Seksyen 13, Shah Alam, Malaysia

Facebook : 
https://www.facebook.com/p/Restoren-Dapor-Che-Lah-100084988825064/





Buh sekali lah video yang viral kat ig saya. Yang ni potluck dari geng ofiz saya. Nak update lain kali tak tahu bila pulak. hahaha. Cerita September November baru masuk ni. 






Tuesday, September 05, 2023

Lunch @ Restoren Kak Anie Shellrock Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kisah throwback je la mampu. Nak update blog on the spot ni memang mencabar skang ni kan. haha. Kita scheduled jelah . Time ada idea nak menulis. Kalau tak ada, sendu gitu je la. Ni sebab harga domain naik lagi, kena lah rajin update belog. Kalau hari Jumaat memang aktiviti makan-makan lah selain ada Zumba kat office. Kalau tak keluar kita join Zumba. Begitulah seadanya. 


Jumaat yang ini makan-makan sempena Kak Mai balik dari Haji. Boleh macam tu. Hahaha. Terima kasih Kak Mai belanja kami makan. Jom lah tengok apa yang kami makan kat situ. 

Tempatnya di Tasik Shah Alam

Boleh OOTD bawah payung warna warni 

Ni nama dia Miang Pla

Kuay Teow Celup


Kuey Teow Kungfu


Laicikang


Colek-colek pun ada pelbagai pilihan

Tukang makan dan tukan belanja
Terima kasih sekali lagi Kak Mai

Alamat : 

Kak Anie Shellrock Persiaran Dato' Menteri, Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
IG : https://www.instagram.com/kakanieshellrock_tasikshahalam/

Waktu perniagaan : 

Tuesday 8 am–11 pm
Wednesday 8 am–11 pm
Thursday 8 am–11 pm
Friday 8 am–11 pm
Saturday 8 am–11 pm
Sunday 8 am–11 pm
Monday Closed


Buh sekali la kejutan hari lahir Kak Mai kat ofiz. Bunga duit hasil kerastangan tuan belog. haha. Boleh lah dari tak ada. 


Menu Mee Kari Kak Sal Meletops dan Kek Brownies by Kak Fid dan kek batik by Yanie


Tukang makan. Alahai terpotong pulak gambarnya

Nampak la sipi-sipi

Tunjuk birthday mom

Thursday, August 24, 2023

Lunch @ Kafe Pink Zalynz Oven , Seksyen 3 Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebagai penggemar warna merah jambu atau pink, korang harus terjah kedai ni. My Nayla dah teruja nak pergi tapi my hubby cakap dia tak kan masuk. hahahaha. So nanti kita girls day out lah bawak anak-anak dara je lah yer. Akhirnya setelah beberapa kali plan nak celebrate birthday Ida tak jadi, ni baru boleh sambut birthday babes yang sulong untuk Pakatan Hari Jadi tahun 2023 . 



First of all, Happiest birthday Faidah. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Ida dan dalam rahmat Allah selalu. Terima kasih belanja kami dan layan tekak kat kami kat Kafe Pink Zalynz Oven , Seksyen 3 Shah Alam. 

Jom la layan deko luar kafe dulu. 

Kereta , basikal dan vespa warna pink gitu. Meja apatah lagi kan. 

Siap ada public phone warna pink. Menarik kan



Eh semua pun pakat nak ambil gambar dengan public phone

Kak Ema pun nak jugak. hehehe

Gambar kita pulak. 


Ada lagi

Masih lagi depan kedai

Tunjuk birthday girl pulak

Last sebelum balik


Kita wefie dulu


Kita wefie dulu take 2

I Love You 

Jom la layan deko dalam kafe pulak.Part yang tak sabar tengok kan. Kalau walk in, harapan nak makan kat situ memang tipis lah yer. So kami booking siap-siap sebelum pergi.  



Tempat dia memang tak luas sangat. Kalau dulu pernah makan kat Tirai Ratus, ni adalah tapak kedainya dan hanya separuh dari tapak kedai Tirai Ratus. 


Menu yang ada kat sini tapi tak semua ada. Dan ada menu yang boleh order selepas pukul 3. Maybe sebab hari Jumaat kot. 


Tempat letak dessert pun kemain kan. Semestinya warna pink


Sudut pandang atas makanan yang kami order hari tu

Sudut pandang dari depan. hahaha


Ni saya punya Grilled Chicken Chop

Jemput makan

Memang semua pink lah senang cerita kan

Memang gurly habis


Tak move on lagi dengan cage tempat letak dessert ni kan

Ad dan Kak Ema

Saya dengan cage dessert 


Ad selfie dengan kak ema

Saya dengan ida

Close up dengan yang diraikan



Live menu yang ada kat kafe tu. Nik Kek Batik Biscoff


Roti kacang merah bentuk bear

Roti Sarang Lebah

Biscoff Cheesecake

Overall makanannya sedap dan affordable dan mesra sosial media. hahaha.


Kafe Zalynz Oven 

Alamat :

10, Jalan Cendana 3/13b, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor
Zalynz Oven (@zalynz_oven)




Abdan telah menceritakan kepada kami, Abdullah telah memberitakan kepada kami, Yunus telah memberitakan kepada kami, daripada Az Zuhri berkata, Abu Salamah telah menceritakan kepadaku, daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a., daripada Nabi ﷺ bersabda: "Tidak ada yang dipilih menjadi pemimpin kecuali dia mempunyai dua penasihat. Penasihat yang mengajaknya melakukan kebaikan dan memberi semangat ke arah kebaikan dan penasihat yang menyuruhnya  melakukan kejahatan dan mendorongnya ke arah kejahatan. Namun, yang terpelihara (dari dosa dan kesalahan) hanyalah yang dipelihara oleh Allah SWT.”  [Sahih Al-Bukhari ]

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)