Friday, December 16, 2022

JJCM @ Seri Iskandar, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni entry throwback la macam biasa. Ni versi jalan-jalan cari makan sepanjang saya ke Perak menyertai Program Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif 2022 peringkat UiTM Oktober lepas. Tak sangka dapat ke peringkat UiTM dan berjaya meraih tempat ketiga. Alhamdulillah.

Dimulakan dengan breakfast di E One Roti Doll. Korang pernah ke makan Roti Doll? Roti Doll tu adalah roti canai kuah banjir yang disertakan dengan telur mata kerbau kat atas. Yang nak mencuba boleh la singgah sini. Saya tak minat sangat roti kuah banjir tu. Saya makan roti canai biasa je. Ada roti sarang burung juga kat situ. Selalu makan roti sarang burung kat Sri Sorga , Seksyen 16 , Shah Alam. Lama dah tak makan kat situ sejak kafe UiTM pun dah ada menu tu. hahaha



Dari depan kedai


Ruang makan dalam dan kat luar. Makan kat luar amik udara pagi. Layan dengan kopi ais. haha


Roti Doll

E One Roti Doll Seri Iskandar
Jalan PP5, 31750 Seri Iskandar, Perak, Malaysia


Lunch pulak kami makan di Warung Cha ( Cha- Huruf Jawi ) . Kat sini ada pelbagai pilihan masakan timur dan barat. Boleh pilih yang mana kena selera tekak masing-masing. 


Warung Cha


Dessert - Waffle Ice Cream


Hot Latte, confirm bukan saya punya .Ni En Napi punya. haha


Beef Aglio Olio


Nasi putih Daging Kicap tak silap


Saya pekena Aglio Olio


Nachos


Menarik dekorasi dalam kedai ni. Hipster gitu


Kebetulan sambut birthday Siti Nafisah hari tu. Bergambar dengan birthday girl. 


Warung Cha
39, Jalan Satu-BU 3A, 31750 Seri Iskandar, Perak
Whatsapp +6013-8466391
Waktu Perniagaan :
Isnin- Jumaat 10AM-10PM
Sabtu -12PM-10PM
Ahad - Tutup(Last Order 9.15 PM)

Minum petang pula, kami singgah ke Kopi Mesin Seri Iskandar. Menarik depan kopi mesin ni siap ada kereta tertimbus depan tu. Lukisan mural kat dinding pun menarik. 


Kopi Mesin dari depan Kredit gambar dari Twitter @/sywlrzly


Ruang makan yang selesa Kredit gambar dari Twitter @/sywlrzly


Haruslah pekena Latte Iced #peminatkopi


Yang bukan ais, bukan lah saya punya. hehe


Chocolate Fudge


Cheesy Fries 


Kopi Mesin Seri Iskandar
Lot 46,Persiaran lskandar Perdana 19, Bandar Seri lskandar 32610 Seri lskandar Perak

Dinner pulak kami ke Mastergrill Seri Iskandar pekena western pulak malam ni. Saya order Chicken Grill malam tu. Rasa not bad la. Harga pun berbaloi. Sebenarnya kedai ni jual pelbagai pilihan makanan dan minuman berasaskan makanan Barat, masakan Melayu, masakan Cina, masakan India dan pelbagai menu-menu yang menarik.


Chicken Grill 


Mastergrill Seri Iskandar 

380/381, Jalan Persiaran SIBC 14, Bota, Malaysia

Waktu Perniagaan : 
Mon: Closed
Tue: 4:30 – 11:30 PM
Wed: 4:30 – 11:30 PM
Thu: 4:30 – 11:30 PM
Fri: 4:30 – 11:30 PM
Sat: 4:30 – 11:30 PM
Sun: 4:30 – 11:30 PM

Ok la lajak sikit. A part of JJCM jugak ni. Mencari hasil laut di Lumut. Saya beli ikan bilis mata biru dan jajan untuk anak-anak yang ditinggalkan kat rumah dengan my beloved husband . haha


Depan kedai 


Yang ni je saya beli dengan jajan anak-anak. hehe

Jamilah Hasil Laut Lumut


Muhammad bin Hatim Al-Jarjara`i Hubbi telah menceritakan kepada kami, Ibn Al-Mubarak telah menceritakan kepada kami, daripada Al-Auza'i, Hassan bin 'Atiyyah telah menceritakan kepadaku, Abu Al-Asy'ath Ash-Shan'ani telah menceritakan kepada kami, Aus bin Aus Ath-Thaqafi r.a. telah menceritakan kepadaku, bahawa saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang mandi (seumpama mandi junub) pada hari Jumaat dengan menyempurnakan mandian  (ke seluruh badan), kemudian dia pergi untuk solat Jumaat pada awal waktu dengan berjalan kaki dan tidak menaiki kenderaan serta dia duduk hampir dengan imam untuk mendengarkan khutbah dan tidak berbicara sia-sia, maka bagi setiap langkahnya dia mendapat  ganjaran pahala amalan setahun berpuasa dan berdiri beribadah malam."

(Riwayat Abu Dawud, no. 345)


Tuesday, December 06, 2022

Lunch Pakatan Hari Lahir @ AndrabyGula Cakery , Eco Ardence, Setia Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Akhirnya sampai sudah giliran birthday saya. Kali ni , Ida suggest makan dekat area Eco Ardence, Setia Alam. First time jugak saya kesini . Cantik jugak tempatnya untuk amik gambar. Tapi kita lupa pulak nak bergambar. hahaha. Sabar je la ye. 



Harus posing dulu 



Bila makanan ada baru boleh posing katanya


Mini love dari tuan tanah kedaung



Tulip Latte Art 


Bear Latte Art


Aglio Olio Seafood



Closed up Tulip Latte Art

Saya punya Seafood Spaghetti Carbonara, memang sedap dan creamy. Lupa pulak nak snap gambar. Hahaha. Yang ni Kak Ema dan Ad yang makan. Terima kasih korang untuk hadiah birthday . 

Andrabygulacakery
Lab 12, Ardence Labs, Setia Eco Ardence, SETIA ALAM
Operating Hours 12pm - 10pm daily
0102164284

 
(BUKHARI - 4937) : Sa'id bin Ufair menceritakan kepada kami, menceritakan kepadaku Al Laith, telah menceritakan kepadaku Abdul Rahman bin Khalid bin Musafir daripada Ibnu Syihab daripada Ibnul Musayyab daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah setelah keperluan mencukupi. Dan mulalah daripada orang yang menjadi tanggunganmu."


Wednesday, November 09, 2022

Family Day Unit Automasi Pejabat, Bahagian Operasi ICT 2022 @ Sugeh Village Country House, Sungai Buloh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setelah 4 tahun tidak berfamily day. Akhirnya family day datang lagi. Kali ni cum majlis persaraan otai unit kitorang, En Jas. Selamat bersara En Jas, semoga berbahagia dalam alam persaraan dan dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan. In Sya Allah. 

Kali ni , setelah beberapa kali plan terpaksa ditunda, dari lokasi ke Melaka, last minute terpaksa tukar ke Sungai Buloh sebab separuh unit kitorang termasuk saya terlibat dengan Pertandingan KIK 2022 peringkat UiTM lah pulak pada tarikh yang kami dah plan dari sebelum PKP lagi kot. hahaha

Dengan kekuatan AJK 3 orang je kali ni , sorang memang tak buat kerja apa ( saya lah tu sebab busy dengan persiapan KIK) . Tahniah dan syabas buat Ziera, Yanie dan Ad yang prepare dari A to Z untuk family day kali ni. Memang happening, terbaik korang memang debomm lah . 

Seperti biasa, kita usha bilik dulu. Untuk family day kali ni kami sewa 10 buah bilik kat situ. Ada pertambahan staf baru sorang tapi dia tak dapat join la. Kami dah buat collection, so tak sempat nak selit dia sekali. Next time boleh join lagi, kalau ada. hehe. Dengar cerita nak tukar nama jabatan lagi. Lepas ni dengan nama jabatan baru la. 

Kitorang duk bilik Sugeh Barn 2

Katil


Sofa


TV


Meja Makan , Fridge, Almari

Kelengkapan yang disediakan : 
1 Katil Queen 
1 Water Heater 
1 Bath Tub
1 Tandas Setiap Bilik
 1 Cerek Elektrik 
1 Seterika
2 Tuala
 2 Cawan
 1 Tv 
1 Mini Peti Ais
1 Almari Aktiviti 
 Disediakan 1 Bbq Pit Setiap 1 Bilik
Satu Meja Makan
Satu Sofa


Dimulakan dengan gambar seluruh keluarga OA 2022



Keluarga yours truly 


Keluarga Ad


Keluarga Azril 


Keluarga Mior


Keluarga Yanie


Keluarga boss, En Napi


Keluarga En Jasni


Keluarga en faiz. Terima kasih sponsor baju family day


Keluarga sofi 


Tengah hari kami potluck dulu sebelum mula acara sukaneka . Saya masak kari ayam hari tu. Macam-macam ada. 


MC of the day - En Faiz



Acara sukaneka dewasa adalah lari dalam kain pelikat. Pemenang Sofi dan Isteri. Saya memang kelaut dalam. Takut tersadung. hahahaha


Acara kedua, sambut belon . Siapa yang berjaya adalah yang paling lama bertahan .Sebab dia akan jadi semakin jauh. Kalah jugak. hahaha. Yang ni Azril dan Isteri yang menang . 


Rebut gula-gula by my Nawfa


Bawa pemadam dengan chopstick by my Nuha


Isi Botol dengan Span. Nayla teropong apa tu


Bawa bola ping pong dalam sudu by my Nayla


Passing Tepung my Nayla


Yang ni masa percubaan. Batal sebab budak2 tak kena tepung. Lepas abes acara ni diorang pakat lempar tepung kat mak diorang sebab En Faiz yang suruh. Sabar je la. hahaha


Lepas abes sukaneka, boleh check in masuk bilik. Kami request sampai awal sebab nak mula sukaneka dulu. Elok abes sukaneka, dah boleh check in. Budak-budak awal lagi terjun kolam. 


Kemain seronok main kolam. Bawah ni untuk kanak-kanak  




My hubby dan saya kena bakar ikan as usual. Hampir dua jam buat pes ikan bakar sebelum bertolak. 
10 ekor siakap malam tu berjaya dibakar. 2 ekor ikan tak sempat bakar biasa sebab masa suntuk. hahaha. 


Ruang BBQ yang disediakan kat sini. Ada 2 kat sini tempat bakar


Dinner dengan ikan bakar, BBQ ayam , daging kambing ( prepared by Ziera ) ,sosej, nasi goreng kampung by kak wan isteri en napi , upacara golek botol dan penyampaian hadiah. Untuk golek botol, kalau berjaya golek kena atas line dapat hadiah yang disumbangkan. Sumbangan hadiah dari Yanie & boss dan hadiah yang lebih dari sukaneka. 


MC belah malam pun sama , En Faiz


My hubby sedang golek botol


My turn pulak golek botol


My Nawfa pun jugak


Kami suami isteri berjaya dapat hadiah. Saya tupperware dan my hubby headset. Kemain seronok . hahaha


Hadiah adalah bantal dan beg jute ni tapi bantal dah bagi awal2 sebab bulky sangat nak angkut pi Sugeh. hahaha


Anak-anak menang tempat pertama keseluruhan sukan. Kitorang punya team, keluarga saya , Ad, Mior dan Faiz. My Nuha kemain lebar sengih tu


My Nayla. Mujur tak menangis kali ni. hahaha


My Nawfa pun dapat hadiah yang sama, tumpang tuah kakak-kakak even main rebut gula-gula je. hehehe


Mu hubby wakil amik hamper untuk sukan anak-anak


Pemenang kategori Baling Belon


Pemenang kategori lari dalam kain pelikat


Hadiah birthday cum hadiah persaraan


Close Up sikit hadiah En Jas


Berakhir sudah Family Day Unit Automasi Pejabat . Semoga berjumpa lagi di tahun yang mendatang. In Sya Allah. Kena kumpul duit dari sekarang lah. hehehe. Harap tahun mendatang gap tak jauh sangat lah. 


Daripada Sahl bin Sa'd RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.” 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)