Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah hujung tahun baru berkesempatan nak berkumpul balik. Dah banyak terlepas dah bulan birthdaynya. So kami buat sekali harung je la untuk tahun 2021. Tahun 2022, harap keadaan kembali seperti sedia kala. Boleh la sambut birthday ikut bulan masing-masing.
Kali ni kita pilih untuk makan kat Restoren Nasi Hadromot, Hotel Concorde Shah Alam. Frust sebab buffet kat Hotel Concorde asyik penuh je kan sampai hujung tahun katanya. Still makan kat Hotel Concorde jugak la ni . hahahaha
Dimulakan dengan gambar berempat semestinya. Dah hantar makanan baru waiter tu amikkan gambar.
Ad dan Faidah.
Tuan belog kedaun dan Datin Ema
Dari kamera mak pulak
Amik 4 pax promotion. Portion memang kecik je tak sama macam kitorang datang dulu. Ni kami terpaksa add on lagi nasi dan salad nak bagi banyak. huhuhu
Dah pernah pergi dulu : http://www.elissmie.com/2019/10/lunch-nasi-hadramot-shah-alam-concorde.html ( boleh bezakan portion dia ) . Yang kami tu set yang sama cuma tukar kepada lamb je semua jadinya (RM160 ) Tambah RM 30 untuk tukar lamb semua.
Promotion yang ada
Teh dalam pax promotion. Kecik comel je gelasnya macam gelas nak minum air zamzam tu. Mula ingat tak cukup, rupanya cukup je. hahaha. Waiter tu kata baca bismillah. It works. hahaha
Pakatan paling marhaen kot rasanya ni. hahaha. Entah kenapa tak tambah order.
Agaknya blur je semua nak mengorder tu sampai waiter pun tanya are you first time here. hahaha
Nasi Hadramot Shah Alam (Concorde Hotel)
Address: 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Phone: 012-355 4555
Nanti kita booking yang Concorde punya buffet kasi meriah tahun depan. Senang sekali harung. Makan harap sedap lah kan.
Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah seseorang itu, apabila namaku disebut-sebut di hadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku, celakalah seseorang itu, apabila Bulan Ramadhan menemuinya kemudian telah berakhir sebelum dia mendapatkan keampunan (daripada Allah), dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana kebaktiannya).” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 3545, Ahmad, No. 7139, al-Baihaqi dalam sunan al-Kubra, No. 8295, al-Tabrani dalam Mu’jam al-Awsat, No. 8989, al-Hathami dalam al-Majma’, No. 17319, Ibn Hibban dalam sahihnya, No. 916, Ibn Khuzaimah dalam sahihnya, No. 1786).
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss