Wednesday, October 06, 2021

Basque Burnt Cheesecake Recipe Using Air Fryer Rusell Taylors

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama tak main masak-masak. Hari ni elissmiekitchen bersiaran macam mana nak buat kek. Kalau kek simple2 gini ok la. Tak kelaut dalam . Yang bantat tu ada je. Yang tu simpan sendiri makan . hahaha


Lama dah rasa nak makan kek ni tapi sebab kan sedang diet. Kalau buat, mesti tak ramai yang suka makan . Akhirnya, hari lahir macam tak ada kek kan nak celebrate, so kita buat lah happy kan mak dan anak-anak. hahaha



Lama dah simpan resepi ni. Tang suhu kita adjust sikit dari Mat Ming. 

Bahan- bahan : - 

250g cream cheese
1/2 cawan gula (1/2 cup sugar)
1 kotak kecil whipping cream (1 small box whipping cream) ~200ml
2 biji telur (2 eggs)
1 biji kuning telur (1 egg yolk)
Garam (salt)
1 sudu kecil esen vanila (1 tsp vanilla extract)
2 sudu tepung gandum (2 tbsp wheat flour)

Cara-cara : - 
Bakar air fryer 180c selama 20 minit.
Bakar sekali lagi 160c selama 10 minit. 


Bahan-bahan kita asal boleh je. Yang mana tak cukup kita top up dengan apa adanya. hahaha. Bahagian derhaka serah je kat omaknya. Kita buat dia. hahaha


Ingatkan tak ada kek hari lahir nak celebrate. Terus terpinggir kek yang buat sendiri tu. hahaha


Sebelum dibakar guna air fryer Russell Taylors kat belakang tu 


Baru keluar air fryer. Simpan dulu sehari semalam 


Kejadiannya


Close up sikit


Bagi penggemar cheese, ok la kek ni. Nak kata sedap sangat tu biasa je. hahaha. Rasa kalau dengan pavlova, kita lagi suka pavlova kot . Rindunya pavlova irma. Irma pun dah tak baking . Sobss



Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Tuesday, October 05, 2021

My Last 3 Series Birthday Celebration


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Entry birthday terakhir untuk tahun ni kot. hahaha. Semua dah sambut birthday . Penutup mestilah birthday Queen pulak. Dah pembuka dengan Kingnya kan. hehehe

September babies munculkan diri. Dah masuk Oktober dah pun kan. Hari ni hari pertama kerja di ofiz. Entry ini ditulis semalam. hahaha. Tak tahulah macam mana hari ni yer. Semoga anak-anak baik2 dirumah pengasuh dan dalam jagaan Allah sentiasa . 

Masa birthday tu mestilah kat rumah kan. Mula-mula suprise yang pertama, Ad dan Am datang bawak kek dan hadiah . Aduhai terharu mak. Dah la tak mandi lagi kot. hahaha. Selenga je keluar amik gambar dengan baju ntah apa2. Kalau tau ada surprise mesti mandi dulu. hahaha. Dah tahu, tak jadi surprise la kan 



Yang kedua, dari my cinta hati dunia akhirat la. Yang kelakar, planner tu call dia kata nak datang. Masa tu saya tengah mandi kot. Hp tak angkat. Pelik dah kena planner tu boleh call dia pulak. Dia kata ada orang nak hantar barang. Ingat Ziera. Sebab dia ni memang kaki surprise kan. Planner datang, saya tanya siapa bagi. Eh rupanya my hubby yang bagi. Dah tu memikir la macam mana dia bayar kan sebab duit semua TAC kat hp saya kan hahahaha. Rupanya dia suruh transfer kat kawan dia, kawan dia transfer kat planner. Sweet sangat suami kita. hahahaha

Tq Sayang, love you so strong lah. 





Terima kasih sayang untuk hadiah birthday in advance ni. Tak ada review lagi kan. Nanti kita review hadiah birthday ni. Pilih sendiri dengan duit my hubby. hehehe


I love you sayang 

Belah petang baru sempat nak potong kek dan makan kek sebab my hubby busy kerja hari tu. hehe. Alhamdulillah. Syukur pada mu ya Allah atas rahmat dan rezeki pada ku dan keluarga ku . Semoga dengan pertambahan umur ini akan memberi lebih lagi peluang untukku menambah amal untuk mengadap Mu .Semoga Kau menjemputkku dalam Khusnul Khotimah Ya Allah. In Sya Allah


Ummi loves you anak-anak dara 


Ok . Akhirnya, kaki suprise muncul jugak belah petang belanja kami minum kopi. Tq Ziera.


Semoga cinta kita sampai syurga, In Sya Allah. Menyintaimu kerana Allah. 


Tq Ad mengingatkan dah nak masuk umur subsidi 


Sweeet sangat ...💖



Tq Kak Long dan Long


Tq Ad

Terima kasih jugak buat sahabat dunia akhirat yang wish di IG, Fb dan Whatsapp. Semoga segala doa-doa yang baik kembali kepada kalian jua. Aaaminn. In Sya Allah
Rasulullah SAW bersabda: "Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya kerana Allah SWT, lalu Allah SWT menghantar kepadanya seorang malaikat, lalu malaikat itu bertanya: Ke mana kamu hendak pergi? Lelaki itu menjawab: Saya hendak menziarahi saudaraku. Malaikat bertanya lagi: Adakah kerana sesuatu hajat kamu ke sana? Jawab lelaki itu: Tidak, akan tetapi aku kasih kepadanya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku telah diutuskan oleh Allah SWT mengasihi kamu kerana kamu mengasihi saudaramu kerana Allah maka pastilah bagi kamu syurga." (Riwayat Muslim)

Monday, October 04, 2021

Sambutan Hari Lahir Nur Nuha Humayra & Nur Nawfa Haniyya 2021

Assalamualaikum . Hari ni kita throwback birthday dua lagi anak dara tahun ni . Bulan 8 special sket sebab ada 3 celebration la sepatutnya. Tarikh anniversary perkenalan saya dengan my hubby yang jatuh pada  2 Ogos jugak sama dengan birthday my first born daughter dan my last born daughter pun bulan Ogos iaitu 24 Ogos. Memandangkan sama je bulan Ogos, kita sekalikan je lah . Lagipun kami jugak yang sambut kan. Mak tengah diet ni kita makan kek sekali jelah. hahaha. Layan gambar sekitar birthday dua beradik ni. Meriah cara kami je. Alhamdulillah . 
























































Hot Air Baloon With Mini Cadbury Chocolate by @magicsurprise_byruhil


Kek by @modernecks




Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan…” (Surah Al Insyirah Ayat 5 hingga 6)



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)