Assalamualaikum. Lama dah tak update blog. Hari ni free sikit dan mood ada sikit rajin, so untuk elak blog ni bersawang. Kita update la pasal Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Atleast ada kenangan yang tak mungkin boleh diulang. Bukan selalu boleh bergambar kan. So kita abadikan dalam blog. Harap blogspot ni masih bertahan la. Sayang semua memori dalam ni. Tiap tahun domain pun naik harga. Tapi gigih jugak bayar untuk kekalkan domain elissmie.com. Anak-anak pun dah pandai baca. Memori lama diorang gigih baca. Alhamdulillah. Tahun lepas pun lupa nak update kat blog. Just update kat ig je. Tahun lepas boleh lagi beraya haji kat kampung. Tahun ni dah la raya puasa kat sini. Raya haji pun kat sini. Sobss
Mula - mula kita bergambar dengan cinta hati dulu
Tak kan satu je . Kasi chance la.
Puteri Sulong
Puteri Tengah
Puteri Bongsu
Melaram dengan mainan baru
Sekejap je semua dah besar kan
Bergambar kat luar rumah je la. Sebab baru cat luar grill dan pagar. hahaha
Dalam rumah tak dan nak cat lagi sampai sekarang. Jangan beku pulak catnya.
Kerusi luar baru beli. Posing sini duu. Sofa raya tak dan sampai. haha
Proud mother of 3 princesses
Proud father of 3 princesses
Eh ada lagi gambar kita
Ok last. bersemut blog kang
Juadah hari raya kali ni masak sendiri je. Nasi Minyak
Gulai Daging
Sambal belacan dan Acar Jelantah Timun & Nenas
Misi Diet #elissmiedietjourney tetap on walaupun hari raya.
Berbagi rezeki dengan jiran sebelah. Alhamdulillah.
Semoga bertemu lagi tahun depan dan harap-harapnya boleh beraya di kampung halaman . huhuhu
Daripada Abu Qatadah al-Anshari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Dan adapun puasa pada hari 'Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya." (Hadith riwayat Muslim, no. 1162-196)
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss