Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ni saja bosan kat rumah , kita update la sikit masak-masak kat blog pulak. Asyik update kat IG kan. Lepas ni kalau rajin tunjuk kat Reels IG.
Ni first kari yang saya buat selepas berguru dengan Puan Sal. Puan Sal ni ofiz mate saya. Selalu guru bab perisian je tapi ni dah lebih-lebih jadi guru masakan. hahaha. Hari tu dah share mee kari meletop puan Sal. [link kat sini] saya pun dah cuba. memang terbaik weh mee karinya.
Lepas tu semalam, Ziera pulak tanya resepi Puan Sal. Yang sorang ni pun cakap sama macam saya. Asal masak kari je jadi gulai ikan. hahahaha. Mati la mak kena kecam. Lepas ni, lepas cuba resepi ni. Confirm menjadi karinya. Ok lah . Jom la kita tengok resepi
Resepi Kari Kepala Ikan Puan Sal Sedap Merecik
Bahan-bahan :
1 bawang holland
1 inci halia*
5 ulas bawang putih*
2 tangkai daun kari
2 sudu besar halba campur ( halba, biji sawi, jintan)
Serbuk kari 6 sudu besar
Serbuk cili 1 sudu besar
*ditumbuk
Minyak untuk menumis
Seekor Ikan Merah
Asam Jawa
Tomato , Bendi, Cili besar untuk hiasan
Gula dan Garam ( perasa)
Cara-cara :
- Panaskan minyak
- Tumis bawang besar, halia, bwang putih , daun kari dan rempah campur
- Bila sudah naik bau, masukkan pula serbuk cili dan serbuk kari ikan.
- Masukkan air sedikit demi sedikit. Bila dah hampir pecah minyak masukkan kembali air. Ulang hingga 2-3 kali sampai pecah minyak untuk kari tahan lama
- Masukkan air , tomato, cili potong panjang , bendi dan santan cair jika guna santan perahan.
- Kemudian masukkan ikan dan asam jawa
- Biarkan mendidih seketika. Boleh masukkan bahan perasa yang dikehendaki. Gula dan garam secukupnya. Saya ada citarasa terengganu sikit, mesti nak buh nissan sikit ganti gula.
Selamat mencuba.
p/s:
Tayang Kari Ikan Ziera. Ni kira anak murid baru. haha. Menjadi at first trial.
Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila pekena Kari Kepala Ikan ni. hahaha. #elissmiekitchen
Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak berhajat untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya.”
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss