Monday, June 14, 2021

DIY Wire Utensil Rack

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama dah tak cerita pasal deko kat blog ni. Saja suka-suka musim PKP. Lama sangat duk rumah. Macam-macam idea lah timbul. Ni sebenarnya masa PKP 2.0 kot dapat ilham. Nak DIY kan Wire Rack tu nak letak tempat gantung sudip senduk segala mak neka yang ada la. 

Idea biasa lah tiru kat https://www.pinterest.com/ 


Pisang pun boleh gantung kat situ bukan sudip ajer . haha


Kuali ke periuk ke pun boleh gantung yer



Simple macam ni macam idea saya 


Kalau ada ruang luas , boleh cuba buat yang ni memang sesuai kan


Ni pun sama. Memang puas hati . Siap boleh gantung bakul besi pulak lagi 


Tapi kita budget marhaen je lah. Barang-barang yang saya buat sendiri tu saya beli dari kedai eco ajer. 


Saya punya . Kecik je la #elissmiekitchen 
Sebab ruang yang terhad kat dapur tu kan so kena buat simple je lah. 
Tq my hubby tolong lekatkan. haha


Bahan-bahan yang diperlukan : 

Wire Rack 
Penyangkut S
Pelekat 

Kos : RM6.30 


Wire Rack . Wah ada warna pink la ๐Ÿ˜


Penyangkut S

Pelekat . Rasa ni paling murah yang ada


Memang mudah pakai pelekat , boleh beli kat Shopee jugak kalau nak . Tak perlu drill dinding dah. Tahan lama pulak tu. 


Korang rasa menarik tak idea ni ? 


Daripada ‘Alqamah daripada Abdullah daripada Nabi SAW bersabda: Hendaklah menuruti aku golongan dewasa dan golongan yang berilmu daripada kamu, kemudian golongan yang sesudah mereka, kemudian golongan sesudah mereka. Janganlah kamu semua berselisih, maka hati kamu akan berselisih. Dan hendaklah kamu semua menjauhi kebisingan pasar.


Tuesday, June 08, 2021

Ayam Sos Tiram KhairulAming

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak musim PKP 3.0 kembali ni. Rasanya dah macam-macam resepi kot try kan. Resepi ni masa bulan puasa saya try itu  hari. So mana yang tak tahu nak masak apa hari ni boleh la cuba resepi ni. Resepi ni bukan sahaja boleh dimakan dengan nasi putih malahan ngam dengan Nasi Ayam. Kena dengan selera keluarga saya dan yang terpaling penting mestilah my hubby. hahaha


Ni buat masa bulan puasa hari tu. Juadah berbuka kekdahnya. 



Ni repeat hari tu. Ayam Sos Tiram dengan Nasi Ayam. Cuma bezanya, ayam dah direbus terlebih dahulu untuk saya dapatkan stok untuk buat Nasi Ayam. Tapi perapannya saya tak letak garam dah sebab dalam stok ayam saya dah letak garam. 


Ni hari ni. Masak untuk anak-anak jiran yang mana jiran saya suami isteri sedang dikuarantin di Maeps. Semoga Allah memberi kesembuhan buat jiran saya ni dan pelihara anak-anak ini dibawah jagaanNya. Dan saya diberi ilham untuk masak apa 


Jom kita tengok video dari KhairulAming macam mana nak buat. 




Jom kita cuba yer. 

Resepi Ayam Sos Tiram @ Kredit to : KhairulAming

Bahan2/Ingredients:

[Ayam Tiram]
๐ŸŒ•1/2 ekor ayam (1/2 whole chicken)
๐ŸŒ•Garam (salt)
๐ŸŒ•5 sudu sos tiram Mahsuri (5 tbsp Mahsuri oyster sauce)
๐ŸŒ•1 sudu kicap manis pedas Mahsuri (1 tbsp Mahsuri sweet and spicy soy sauce)
๐ŸŒ•1/3 cawan minyak masak (1/3 cup cooking oil)

[Sos Thai]
๐ŸŒ•6 biji cili (6 chillies)
๐ŸŒ•5 ulas bawang putih (5 cloves garlic)
๐ŸŒ•1 sudu sos tiram (1 tbsp oyster sauce)
๐ŸŒ•2 sudu sos ikan (2 tbsp fish sauce)
๐ŸŒ•3 sudu gula (3 tbsp sugar)
๐ŸŒ•3-4 biji limau nipis (3-4 limes)
๐ŸŒ•Daun ketumbar (coriander leaves)

Cara-caranya : 

Bakar dalam Air Fryer dalam 200  C selama 20 minit. 

Jika ayam dah rebus, saya masukkan dalam Air Fryer Russell Taylors 180 C dalam 15 minit dan terbalikkan ayam dan panas lagi 10 minit

p/s: Resepi ni tak boleh goreng KhairulAming kata sebab nanti meletup-letup macam volcano. Saya pun tak pernah cuba nak goreng. haha

Macam mana? Nampak mudah dah menyelerakan bukan?

Rasulullah  ๏ทบ  bersabda: "Tidaklah seseorang hamba apabila tertimpa musibah lalu dia mengucapkan :

ุฅِู†َّุง ู„ِู„َّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนُูˆู†َ، ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃْุฌُุฑْู†ِูŠ ูِูŠ ู…ُุตِูŠุจَุชِูŠ ูˆَุฃَุฎْู„ِูْ ู„ِูŠ ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْู‡َุง

(Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya), melainkan pasti Allah akan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik darinya." (Hadith riwayat Muslim, no. 918, Abu Dawud, no. 3119, Ahmad, no. 26635)

Thursday, June 03, 2021

Kari Kepala Ikan Resepi Sedap Merecik Puan Sal


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Hari ni saja bosan kat rumah , kita update la sikit masak-masak kat blog pulak. Asyik update kat IG kan. Lepas ni kalau rajin tunjuk kat Reels IG. 



Ni first kari yang saya buat selepas berguru dengan Puan Sal. Puan Sal ni ofiz mate saya. Selalu guru bab perisian je tapi ni dah lebih-lebih jadi guru masakan. hahaha. Hari tu dah share mee kari meletop puan Sal. [link kat sini] saya pun dah cuba. memang terbaik weh mee karinya. 

Lepas tu semalam, Ziera pulak tanya resepi Puan Sal. Yang sorang ni pun cakap sama macam saya. Asal masak kari je jadi gulai ikan. hahahaha. Mati la mak kena kecam. Lepas ni, lepas cuba resepi ni. Confirm menjadi karinya. Ok lah . Jom la kita tengok resepi

 Resepi Kari Kepala Ikan Puan Sal Sedap Merecik 

Bahan-bahan : 

1 bawang holland
1 inci halia*
5 ulas bawang putih*
2 tangkai daun kari
2 sudu besar halba campur ( halba, biji sawi, jintan) 
Serbuk kari 6 sudu besar
Serbuk cili 1 sudu besar
*ditumbuk
Minyak untuk menumis
Seekor Ikan Merah 
Asam Jawa
Tomato , Bendi, Cili besar untuk hiasan
Gula dan Garam ( perasa)

Cara-cara : 

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang besar, halia, bwang putih , daun kari dan rempah campur
  3. Bila sudah naik bau, masukkan pula  serbuk cili dan serbuk kari ikan.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit. Bila dah hampir pecah minyak masukkan kembali air. Ulang hingga 2-3 kali sampai pecah minyak untuk kari tahan lama
  5. Masukkan air , tomato, cili potong panjang , bendi dan santan cair jika guna santan perahan. 
  6. Kemudian masukkan ikan dan asam jawa
  7. Biarkan mendidih seketika. Boleh masukkan bahan perasa yang dikehendaki. Gula dan garam secukupnya. Saya ada citarasa terengganu sikit, mesti nak buh nissan sikit ganti gula. 

Selamat mencuba. 



p/s: 

Tayang Kari Ikan Ziera. Ni kira anak murid baru. haha. Menjadi at first trial.


 Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila pekena Kari Kepala Ikan ni. hahaha. #elissmiekitchen

Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak berhajat untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya.” 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)