Assalamualaikum. Tak sempat nak update tahun 2021. Fuh. Ingat tak rajin nak update belog dah tahun ni. Tapi rasa tak tahu nak letak kat mana pulak. Nak tulis kat ig tak panjang pulak. So kat sini jugak akhirnya. Lagipun ada yang masih tak ada ig. Belog, In Sya Allah semua boleh baca walau tak ada akaun. Masih ada ke yang rajin baca belog ? Tak ada orang baca pun tak apa. Janji ada kenangan. Jangan kena remove belog ni sudah la.Dah la kena ban kat facebook. Kesian.
Tahun lepas tergendala disebabkan PKP dan PKPB, bersambung pulak tahun ni. Kami mengambil kata sepakat untuk celebrate sekali harung birthday yang tak sempat disambut tahun lepas. Yang sempat birthday Ida sorang je tahun lepas. So birthday saya , Ad dan Kak Ema buat sekaligus then sambung pulak yang tahun ni punya. Harap tak ada PKP lagi. huhuhu
Mula-mula nak makan di Hi Tea kat Concorde. Sekali penuh kau minggu tu. Haha. So cari lah yang hampir sama dengan buffet Concorde. Ni hah. Kat Kuro Teppanyaki DIY I-City Central. Sikit lagi nak sama dengan Hi Tea kat Concorde. Tidak boleh makan kat Cong Codei dah lah. Geng Pok Ya. hahaha
Harus bergambar la sebelum makan. Gambar berempat dulu. Haruslah ada kan.
Nak bagi nampak Kuro Bar tu pulak
Eksyen pegang sudip je la dulu
Gambar berdua dengan Ad
Gambar bertiga pulak.
Sebelum mula makan.
Kak Ema pun nak masak. Kak Ema banyak makan sayur. Kami banyak makan daging. hahaha
Ida pun pegang sudip jugak. Semua ada skill masak kami ni. haha
Dah sudah makan , kita makan aiskrim yang percuma sudahlah. Aiskrim Vanilla
Post la video buat kenangan. hahaha
Ni yang buffet kami amik. Kalau nak makan aiskrim atau free flow lidah lembu kena tambah RM12 tapi tak boleh tambah sorang. Nak tambah kena tambah semua. Tu pasal makan aiskrim free je la. hahaha. Pandai deme. Kang amik sorang dia kata, rugi la sebab nanti sorang tu tukang amik . hahaha. Tak faham konsep sedekah ni. Makin banyak memberi, makin banyak dapat. Allah punya janji. Tu pasal kedai makan ni paling mudah nak buat sedekah kan.
Oden ni ada dalam Kuro Bar. Haritu terasa nak makan. Dah buat sendiri lagi sedap. hahahaha
Aiskrim je pun kan. Kalau setakat nak makan satu scoop rugi je. haha
Harus la bergambar depan kedai. Trademark dah ni. Boleh buat kompilasi lepas ni.
Nampak kurus kita up la..
Nampak tinggi pun yer jugak. hahahaha
Sampai jumpa lagi untuk Birthday Ida pulak. Bulan depan dah puasa. Tunggu lepas raya lah pulak nak sambut birthday Ida kan.hahaha.
Daripada 'Abdullah bin ‘Amru RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.”(Hadith riwayat Muslim, no. 1467, An-Nasaa'i, no. 3232, Ibn Majah, no. 1885, Ahmad, no. 6567, al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 3442)
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss