Assalamualaikum. Ni bukan lunch sempena Pakatan Hari Jadi tapi Geng Bini Orang. Banyak kluster sahabat saya ni. hahaha. Tu belum masuk Geng Meja Bulat lagi tu. Jenuh nak buat majlis macam gini. hahaha. Kali ni meraikan birthday September babes iaitu saya dan Rai. Masa birthday saya , kitorang makan di Secret Recipe Seksyen 7 . Nak makan kek katanya tekak saya tu. hahaha. Terima kasih korang belanja mak makan .
Geng Bini Orang
Beli 2 slices je kongsi2 . Tak boleh makan banyak-banyak kencing manis. hahaha.
Ni saya punya
Rai punya
Ziera punya. Yang Ad dan Kak Yat tak sempat nak snap dah. hahaha
Seterusnya birthday Rai, Rai ajak makan di The Chicken Rice Guy, Seksyen 7 . Saya pernah tapau kat sini dulu tapi tak kena dengan selera pulak nasi ayamnya. Kali ni saya cuba Nasi Itik pulak. Ok , Nasi Itiknya lagi sedap dari Nasi Ayam. Peminat itik tegar namanya ni. Sekarang bini tokey Itik Telur. hahahaha . Tapi portionnya bagi saya agak kecil bagi yang berperut besar . Patut ada double Nasi Ayam / Itik dalam menunya. Yang tu sesuai la untuk berperut besar .
Nasi Itik
Nasi Ayam
Wantan Goreng
The Chicken Rice Guy
Address: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Lepas dah makan habis licin sepinggan, eh boleh pulak ke Cendol Pulut Laksa Utara Jitra Mai pulak. hahaha. Tak reti kenyang ke macam mana tak tahu lah. hahaha. Pekena Cendol Tapai Pulut dan Laksa pulak. Tapi kongsi makan je lah. Sebab dah penuh perut kan. hahaha. Tapi tak habis gosip lagi kan. Bergambar pulak kat sini. Gitulah berakhir celebration birthday Rai hari tu. hahaha.
Efek kurus disitu
Makan kerana terpaksa. hahaha
Cendol pulut. Tapai sebelah. hahaha
Sedap makan time panas-panas.
Happy Birthday Rai once again !
Jumpa lagi di celebration hari lahir seterusnya Geng Bini Orang.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. apabila disajikan makanan kepadanya, beliau bertanya tentang makanan itu: "Apakah hadiah atau sedekah?" Jikalau dikatakan sedekah, beliau mengatakan kepada sahabat-sahabat: "Makanlah!" dan beliau tidak turut memakannya. Kalau dikatakan hadiah, beliau mengambil dengan tangannya, lalu beliau makan bersama-sama. Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1211.