Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tak sangka hari raya keempat dah muncul di ofiz. Bekerja di ofiz pulak tu. Bukan dari rumah. hahaha. Kalau bukan musim Covid 19 ni , jangan harap lah mak ada di ofiz hari ni. Entah bayang pun jauh lagi nak nampak. Kurang-kurang Isnin depan baru masuk ofiz . Tak apalah. Pengalaman sekali seumur hidup gamaknya. Kehidupan harus diteruskan. Raya tetap raya. Eh.
Sepatutnya tahun ni giliran pagi raya di rumah mentua. Namun Covid memisahkan kita tak dapat bersua di pagi raya. Eh. Ternyanyi lah pulak. Awal pagi lagi semua dah bangun sebab siap-siap nak pergi amik Nasi Minyak yang kami tempah di Restoren Eddiey Mokku. Ni lah pertama kali anak-anak keluar jauh dari rumah . Memang tak bawa pergi merata pun. Baju raya pun saya shopping online je. Tahun ni tema adalah Ash Brown. Memang susah nak dapat baju melayu dengan tema yang sama , so konsep nya King is Brown je la. Ash dah hilang. hahaha. Selepas balik amik nasi minyak, kami solat Aidil Fitri. Tak ada khutbah raya, isteri pak imam tu dah bagi khutbah dah hari-hari. hahaha . Then kami siap-siap agihkan Nasi Minyak untuk jiran-jiran. Rezeki untuk jiran sekali. Alhamdulillah. Biar pun beraya diperantauan tapi tetap meriah cara kami. Jom lah tengok gambar pulak.
Ni je gambar yang ok. Tu pun dah jenuh filter ni. hahaha.
Yang ni budak tak nak pakai baju raya. Dia ni suka pakai baju tidur je sebab baju tidur ada gambar yang dia suka macam kucing. hahaha. Dah la harga baju dia saja boleh beli baju orang lain 3 pasang. Kasi chance la untuk dia tahun ni sebab tahun lepas tak ada baju raya , dah la pertama kali raya. hahaha
Testing gambar sebelum amik gambar yang lain
Baru nak romantika dengan my hubby, My Nawfa meraung kat tepi terpaksa ditenangkan oleh My Nayla. Sebijik perangai My Nayla .
Boleh tengok peel My Nayla kat entry ni... hahaha
Tak aci gambar kakak tak ada Nuha cakap . Nuha tukang amik gambar. hehe
With anak-anak dara Mak. Tengok yang kecik tu.
Ni selepas amik gambar berdua tadi. Meraung-raung. hahaha
Amik gambar kat luar pulak
Sedondon dengan Nayla. Baju kedai sama . Colorblast.my
Masih dengan anak-anak dara
My Nuha dan My Nayla
Tengok gelagat si kenit tu. Nak jugak
Aksi cucuk pipi nama dia. haha. Kakak-kakak la yang mengajar tu
Si bongsu yang banyak akal
Harus ada dengan cinta hati. Tahun ni tak sekalut tahun lepas. Sempat posing berdua.
Satu lagi lah. Kata raya . hahaha
Ramai yang datang pick up Nasi Minyak dan Nasi Dagang. Ingat nak tempah Nasi Dagang sekali sold out daa...
Nasi Minyak pun layan
Lemang dan Daging Dendeng beli di Pasar Seksyen 6
My family di terengganu #teamrayaterengganu
My Ma dan Abah #teamrayaterengganu
My Ma dan Abah with the cucus #teamrayaterengganu
My Adik sekeluarga #teamrayaterengganu
My Abang Ngah Sekeluarga
My Long dan Kak Long. Yang ni #teamrayakualalumpur. Yang ni paling tak boleh blah. dekat tapi jauh. Ingat boleh la beraya dengan adik-beradik sebab tak perlu rentas negeri. Nan hado. Duit raya je sampai. hahaha
Mak dan Ayah Mentuaku. Rindu Nasi Dagang Mak. Nak kena belajar jugak nampaknya ni. hahaha
My Sil dengan My Fil
Sebahagian family mentua
Semoga berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun depan dan Semoga Covid 19 lenyap habis dari bumi. Aaaminn.. Harap PKP cepat tamat dan dapat segera pulang ke pangkuan keluarga di Terengganu. Cuti banyak lagi woii.. hahaha
Throwback Raya 2007 - 2019 : http://www.elissmie.com/2017/07/throwback-raya-aidilfitri-2007-2017.html
Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.(Hadith Riwayat Muslim)