Friday, April 24, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 - 2




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Masih lagi diberi izin Allah untuk menghirup udara pagi .Hari ni hari pertama kita berpuasa. Sekarang dah masuk fasa ketiga PKP dan dah nak bersambung lagi ke fasa keempat. Hari ni baru ada roh nak menulis kat blog. Memang rasa nak buat daily update tapi apakan daya. Kerja ofiz dirumah lagi banyak apabila tidak berada di ofiz rupanya. Masa ni semua pakat nak online kan. Selalu semua save password kat pc kat ofiz. Bila dah balik rumah semua tak ingat. Termasuk saya . Tapi sebab saya memang guna gmail yang boleh simpan password dan bookmark segala tu so tak jadi masalah. Log in je dan semua password dan link yang saya bookmark tu ada pada laptop. Yang saya hafal tu password internet banking je. Kalau boleh save, yang tu pun saya save. hahaha

Untuk permulaan. Saya kongsi je la apa aktiviti harian saya lakukan sepanjang duduk kat rumah ni sebelum berpuasa hari ni. Rasanya semua pun sama jugak especially yang work from home. Pagi-pagi dalam pukul 8 pagi ( kadang-kadang terawal dan kadang-kadang terlambat ) tapi saya disiplinkan diri untuk stick on laptop jam 8 pagi. Buat kerja semaksima mungkin sebelum masuk dapur. Ni penentu masuk awal atau lambat kat ofiz jadian ni . Kadang-kadang order jugak grab food samada pagi atau lunch. Tapi most of the time, saya memang masak je. Kalau order pun dari kedai yang pernah makan atau pergi . Biasalah kan bab makan ni. Tak sedap memang kami banned seumur hidup. hahaha

Tengah hari saya rehat sekejap . Biasa tengah hari baru mandi. hahaha. Lepas dah solat dan makan tengah hari baru sambung balik kerja belah petang. Biasa sampai ke maghrib atau paling cepat pukul 6 baru tutup laptop atau sampai abis kerja yang diassign untuk saya. Kalau banyak sangat kerja tak settle lambat sikit nak tutup laptop. Kadang belah malam tu layan whatsapp jugak pasal kerja. 

Malam pulak aktiviti bersama keluarga la pulak.Boleh la solat berjemaah Maghrib atau Isyak. Bergantung jugak kepada Imam. Kadang Imam nak solat lambat. So buat sendiri je.  Kadang hari kerja ni memang penat dan tidur awal. Kadang tak boleh tidur. Boleh la tengok TV atau lipat kain sambil tengok TV. Tapi most of the time tidur awal je lah. Anak-anak pun ikut suka dia. Kadang-kadang lambat . Pagi-pagi diorang memang ada kerja rumah. Bagus betul cikgu-cikgu ni. Mak busy kadang rasa penat jugak tapi tak nak anak ketinggalan. Terpaksa la amik topi cikgu sekejap. Begitulah rutin harian mak sepanjang PKP ni. Akhir sekali saya akhiri dengan juadah yang sempat saya snap sepanjang PKP Fasa 1 - Fasa 2. Fasa 3 akan datang lah pulak. hahaha.



Ikan Bakar Ala Portugis


Nasi Ayam


Siakap Stim Halia


Menu Lunch


Nasi Goreng Kampung


Bihun Goreng


Menu breakfast 


Guna Wrap Gardenia ni pun sedap RM 4.90 5 Keping


Menu Lunch 


Roti Telur


Mee Goreng Basah


Ayam Kurma Resepi Chef Zam 


Bubur cobek 


Menu Lunch


Menu Lunch . Sayur semua dari kebun kecil kitorang 


Bubur Pulut Hitam 


Menu Lunch ke Dinner ntah la 


Menu Dinner. Wrap ni . 


Nak makan assemble macam ni . Mengancam tengok hari ni. 


Kuey Teow Goreng


Ketam Masak Lemak Cili Padi


Kari Kepala Ikan first time masak sendiri kepala ikan


Esoknya buat cicah roti paratha Jenama Kawan


Isi Wrap


Rasa nak makan laksa sangat time ni. Dua hari makan laksa. Guna Mee Lidi hari kedua


Ni hah Mee Lidinya . Susah nak jumpa kat sini. Ni stok terakhir dari Terengganu


Wrap lagi. Tak pernah bosan


Ni sambal belacan campur tempe rasanya


Menu lunch ke dinner ntah 


Nasi Lemak Ayam


Close up Nasi Lemak Ayam


Bubur nasi 


Condiments bubur nasi 


Bihun Goreng Seafood


Kuih Ketayap . Baik beli je lepas ni. hahaha. 


Puding Roti Bakar sekelip mata . Sebab sekelip mata habis. haha


Spagetti Bolognese


Spagetti Bolognese


Ikan Siakap Bakar 


Menu Lunch ke Dinner ntah 


Pulut Pagi aka Pulut Gaul Nyor


Menu Lunch ke dinner ntah 

Ok sampai sini dulu. Bagi korang yang tak telan air liur maknanya tahap keimanan korang memang betul-betul kuat di hari pertama puasa hari ni. hahahaha. Larikss.. Sebenarnya entry ni dah lama tulis tapi hari ni baru dan nak publish..hahaha

Selamat berpuasa semua !

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)