Monday, September 30, 2019

Pengalaman Pertama Order Guna foodpanda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Biasalah kalau bab jakun serah kat mak lah. Orang lain dah lama order guna foodpanda, baru nak cuba . Lepas ni boleh la selalu order yer. Sekarang musim student tengah ramai sebab dah mula buka sem kan. Kafe pulak tak banyak pilihan. Lagi la kalau lambat, habis la jawabnya. Ingat student je boleh mengadu. hahaha. Staf pun nak mengadu jugak.

So sebagai inisiatif staf yang berhemah, moh la kita order saja guna foodpanda.Yang best kalau nak order tak perlu guna mobile app pun boleh.


Guna browser je https://www.foodpanda.my
Masukkan alamat dan tekan Delivery. 


Pilih la korang nak makan apa. Boleh filter yang Free Delivery untuk penjimatan, 


Satu order boleh pilih dari satu kedai je. Tak boleh nak combine. So kalau nak ramai-ramai kena ikut selera majoriti la. 



Untuk kali kedua, kami order dari Ayam Penyet Nusantara.Ada penjimatan kat situ? Nak tahu. Boleh teruskan pembacaan.


Boleh tengok berapa lama nak sampai makanan yang kita order. 

Dah sampai rider akan call.


Sebelum tekan Place Order, klik pada Do you have a voucher ? Nak dapat voucher boleh tengok kat Shopback.  Dapat lah jimat RM 6.50 hari ni . Best sebab ada Cash on Delivery.


Register Shopback

Alhamdulillah. Dah 2 kali dah order guna foodpanda. Makanan cepat sampai. Tapi lagi best kalau boleh request dari kedai. Banyak cekadak pulak kan. Tapi itulah, kalau bahagian ayam mak suka thigh atau drumstick. Yang lain so far ok. Rider pun ontime je. Makanan pun sampai panas-panas gitu.


Menu hari ni Lele Penyet. Alhamdulillah.Kenyang lunch untuk hari ni. Esok nak makan apa pulak yer? 
Korang dah pernah order ke guna foodpanda?

Mencari Rezeki Yang Halal .
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Wednesday, September 25, 2019

Lunch @ Bawal Padu, Seksyen 16, Alam Avenue, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama tak ada entry JJCM @ elissmie kan. Kali ni kita belanja lunch di Bawal Padu, Seksyen 16 , Alam Avenue, Shah Alam. Dah lama dah ni . Tak silap awal tahun hari tu tapi tak sempat pulak nak tulisnya. Dah 2 kali dah jejak makan kat sini. Tahu pasal kedai ni sebab viral dekat fb page Shah Alam Residen (tak suka ban orang). So moh la kita try satu kali. 


Setnya adalah Nasi Putih , ulaman dan sambal. Saya order Set Sotong Bakar RM 16. Sotongnya besar . Dihidangkan dengan 3 pencicah pelengkap rasa. Lembut dan juicy rasa sotong. 

Pilihan air yang ada 


Pilihan menu yang ada

 Ayam Goreng Kunyit RM 7


Ayam Bakar RM 13


Kambing Bakar RM 15


Ikan Keli Goreng RM 9 


Sotong Celup Tepung RM 16


Ikan Talapia Goreng RM 13


Yang ni lah  Bawal Padu RM 15

Gambar yang tiada watermark credit kepada owner Bawal Padu yang saya dapat dari group fb page Shah Alam Residen (tak suka ban orang). Terima kasih :) 

 

Ambience dalam Bawal Padu, simple je. Overall, makan sedap dan harga pun ok.

 

Alamat nya kalau nak terjah kang. Sebelah Hijrah Couture je.



Selit sekali sambutan hari lahir yang unit saya buat untuk saya hari tu.
 Terima kasih uollss. Love you alls. 


Close up sket :) 


Hadiah bunga dari Kak Yat, Rai dan Ziera. Tq uolss...


Kek Hi-Fibre Cream Cheese sponsor dari boz . Tq boz. 

Menjaga Rahsia. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seburuk-buruk manusia disisi Allah Taala dari segi kedudukan pada hari kiamat ialah suami yang menyebarkan rahsia isterinya selepas disetubuhinya.”(Hadith Riwayat Muslim)

Tuesday, September 24, 2019

Sambutan Birthday Nur Nawfa Haniyya Yang Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah setahun sebulan umur my Nawfa. Tak sangka. Rasa macam baru semalam tulis kat blog pasal Pengalaman Casesarean kali ketiga di Hospital Shah Alam [ boleh baca balik kat sini ] . 

Bulan lepas buat sambutan hari lahir My Nawfa yang pertama untuk kenang-kenangan dia akan datang. Macam ralat pulak kan kalau tak buat macam kakak-kakak dia. Alhamdulillah ada rezeki nak buat even tak dapat jemput ramai .Deco pun simple-simple je .Beli banner Happy Birthday bertemakan Unicorn ni kat GM Klang RM15.90. Nama Nawfa tu pulak satu huruf RM2. Masih tak sempat lagi buang kat cermin tu. hahaha. Cantik pulak kan.Tunggu la situ sampai habis bulan 9. hahaha



Tu konon acah-acah profesional photographer la tu sangkut baju dan amik gambar. Sekali pakai baju lain sebab warna putih macam tak sesuai pulak .Mak Long bagi 2 helai baju macam tu. So masa hari kejadian pakai baju biru.


Bertungkus lumus dengan anak-anak gantung banner. Tangan tak berapa nak berseni gitulah.



Makanan semua mak masak sendiri dibantu my Nuha dan my hubby( tolong buat roti jala) . Menu pun simple je. Nasi putih, gulai ayam , sambal belacan, ulam-ulaman, spaghetti bolognese, tembikai, air sirap selasih , kek , roti jala dan serawa durian. Banyak jugak mak masak rupanya. hahaha


Posing dengan anak dara bongsu sebelum majlis


Comel tak mak dengan anak jadi arnab


Birthday kissess untuk my little princess 


Kemain lagi excited dia ni macam tahu-tahu nak sambut birthday dia kan


Kek dari The Baker's Cottage


Gambar sekeluarga :) 
Susah nak bergambar sekeluarga sekarang kecuali hari raya. huhu


Birthday girl potong kek sendiri 


Mak dengan anak-anak dara mak


Yang ni selit sekali . Ni gambar esoknya 3 beradik


Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir sampai ke dapur makannya..huhuhu

Yang berdiri pun ada hah. Bertabahlah rumah sekangkang kera ni kan. 

Harap korang puas hati la makan air tangan mak yang tak seberapa tu yer




Tiga beradik bersama dengan hadiah hari lahir yang adik dapat. Tapi yang excited 2 kakaknya. Adik tak tahu apa lagi. haha. Terima kasih penyumbang hadiah. Dah datang pun satu rahmat bagi kami, Alhamdulillah. 


Sessi buka hadiah. Tak sempat buka hadiah , boz datang. hahaha. Ingat dah tak ada tetamu. Kami pun baru nak mula makan. Biasa lah, tuan rumah mesti kena makan last. hehe. So join kami makan sekali kira sebagai penutup majlis. Alhamdulillah, all is well :)

Memuliakan Tetamu .
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 19, 2019

Buku Skrap Sejarah Identiti Negara Tahun 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Simpan sini buat kenangan membantu my Nuha buat Buku Skrap Sejarah bertajuk Identiti Negara. Dia masuk pertandingan sempena Bulan Kemerdekaan untuk Panatia Sejarah sekolah dia. Minggu depan baru sekolah dia umum pemenang.Tak kisah la nak tak menang pun. Dah menang kat hati mak dah. Cia cia cia. Semua barangan skrap beli kat MR D.I.Y . Cuma Binding set je beli kat Tesco sebab tak jumpa pulak kat MR D.I.Y. Tak banyak sangat bahan yang ada. Patut kena pergi kedai Maria banyak sikit bahan nak buat buku skrap ni.


Muka depan Buku Skrap. Craft Decoration Alphabet tu RM 1.79


Sticker Fonts tak silap dalam RM6


Adhesive Sticky Note Marker Index Tab  RM 3 


Binding Set RM 6.60 . Kertas warna warni dengan plastik dan 2 keping hard cover untuk kulit depan dan belakang


Penghargaan by My Nuha


Yang ni guna Multicolor Cute Sticker Bookmark Sticky Notes 


Kertas warna pun guna sekali untuk hiasan


Dia jadikan bentuk pokok dan tampal sticky notes berbentuk epal. Menarik lah jugak ideanya. 


Rujukan : Buku Sejarah Tahun 5


Update : My Nuha dapat hadiah saguhati dalam pertandingan ni. Alhamdulillah :) 

Sebaik-baik Infaq Adalah Menafkahi Keluarga
Daripada Thauban RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah." (Hadith riwayat Muslim: 994, at-Tirmizi : 1966, Ibnu Majah : 2760, Ahmad : 21346, 21372, 21416)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)