Thursday, July 18, 2019

Servis dapur atau beli dapur baru lagi berbaloi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak cerita pasal dapur #elissmiekitchen lah kiranya. Dapur saya ( 2 tungku) tu start awal tahun ni tungku sebelahnya dah pecah. Punya banyak memasak tu kan. hahaha. So satu dapur tak boleh guna. Tapi mampu je bertahan. Sampai bulan puasa pun bertahan lagi lah. Lepas tu terjumpa la servis dapur kat facebook. Mak aih. Sekali dia quotation untuk servis dan betulkan tungku harga dia boleh beli 2 dapur baru. 

Burner base 1 unit RM 120 ( Harga Elba Service Centre RM 80)
Burner ring 1 unit RM 65 ( Harga Elba Service Centre RM 45)

Satu set rm 185 x2  RM 370
Upah beli                   RM  80
 Upah pasang            RM 150
Jumlah                      RM 600

Harga sparepart pun lebih kurang harga dapur baru. So saya mula menjalankan misi mencari dapur baru untuk #elissmiekitchen . Alhamdulillah. Setelah call centre Elba  untuk recommendation saiz yang sama untuk dapur lama dia recommend semestinya dapur yang terbaru model EGH-G8592G(BK). 

Call Centre Elba - 0362798888 (Sales)



Sekali bila search dekat Shoppee, harga tak mampu milik lah pulak. So tengok lagi model yang lain, cari harga yang lebih masuk akal.


Dah dapat spec kan, so saya search Model lain jenama Elba jugak jumpa Model ni. 
EGH-G8522G(BK). Ok la RM315 total termasuk shipping. Habis budget fullface , bak kat my hubby. hahaha. Nanti birthday ok. 


Tak sabar nak guna dapur baru. Setelah 2 hari my hubby peram, akhirnya hujung minggu hari tu dia pasang. Semudah ABC. Angkat , masuk dalam lubang dan pasang hos je. 

Dapur lama. Terima kasih kerana berjasa kepada kami since 2011. Entry masa baru pasang tu. 
Model lama saya Elba EGH-8802X
Dimension (mm): 780(L) X 450(D)
Built In Dimension (mm): 703(L) X 403(D)

Tungku sebelah dah pecah yang sebelah ni dah senget tunggu masa nak pecah gak


Dapur baru saya. Dimension berbeza sikit tapi masih fit dapur lama
Dimension (mm): 760(L) X 450(D)
Built In Dimension (mm): 703(L) X 403(D)
Semoga dapat berkhidmat dengan lebih lama kepada kami yer

So jawapan kepada soalan saya tu, beli dapur baru lagi berbaloi dari servis dapur. Mungkin boleh servis sendiri. Even call Elba Call Centre harga sparepart yang saya dapat pun lagi murah dari yang diquote tu #elissmiekitchen



0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)