Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Letak sini buat kenangan Akikah anak bongsu Nur Nawfa Haniyya dan anak buah perempuan yang kedua, Dhia Sofea , anak Ngah saya . Alhamdulillah bertambah lagi bilangan kaum perempuan dalam keluarga kami. Buat sekali je senang. Tak sampai seminggu beza usia dua sepupu ni.
Agak kelam kabut juga majlisnya sebab hari raya ketiga kan. Dah la dengan air yang ada tak ada macam tu tapi akhirnya berjalan lancar jugak. Malam tu, my ma dah siapkan bahan tumisan tinggal esoknya masukkan kambing, santan dan perasa je. Sampai 3 pagi tu. Terima kasih my Ma. Tak terbalas jasanya. Saya sampai pukul 2 pagi je tahan matanya. Tu pun sebab my Nawfa terjaga. Dah tidurkan dia, dengan saya sekali hanyut. Ada jugak jiran yang datang membantu pagi tu. Menu kami simple je hari tu . Gulai Kambing, acar jelantah, sambal belacan dan ikan kering. Gambar langsung tak tersnap. Kambing seekor dalam RM800 ++ . So dua ekor kambing akikah hari tu.
My hubby, a head chef of the day. hahaha
Assistant chef of the day, Ngah.
Mak prepare sticker sendiri je dan tampal kat goodies bag.
Dalam goodies bag ada tasbih, buka doa syifa , pulut kuning dan telur rebus. Semua prepare last minute. Gambar goodies bag pun tak terambil .
Mak dan Nawfa
Majlis dimulakan dengan selawat oleh orang masjid. Kebetulan lepas jumaat so ramai pulak yang datang. Mak amik video sekali nak tekan save tertekan cancel. Mak is stress. huhuhu
Yang part paling lucu, my hubby tak sampai rumah masa majlis bermula sebab dia pergi cari ais . Mak dah kelam kabut dah ni. My Nawfa memang tak nak kat orang lain kecuali kitorang ni.
Elok dah habis pusing terus nampak mak nak nanges. hahaha
Nur Nawfa Haniyya dan Dhia Sofea
Dipegang oleh Kakak dan Abang Sulong
Majlis diakhiri dengan doa selamat . Aamin Ya Rabbal Alamin
Jemput makan semua :)
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Akikah secara langsung atau tidak langsung :)
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss