Friday, June 21, 2019

30 Resepi Terbaik Menggunakan Russell Taylors Pressure Cooker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan 30 Resepi Terbaik Russell Taylors Pressure Cooker yang saya compilekan tahun lepas. Nampak banyak sangat yang share tanpa credit. So saya publickan untuk korang share secara berhemah . Semoga menjadi ladang pahala untuk saya dan penyumbang asal resepi dari group FB : Russell Taylors Official (Malaysia). Semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat . Yang mana dah share tanpa izin tu, mohon kreditkan balik kepada FB : Russell Taylors Official (Malaysia) . 
































Semoga bermanfaat . Kongsikan :) 


credit  : https://www.facebook.com/drzulmuftiwp

Monday, June 17, 2019

Resepi Portuguese Egg Tart Russell Taylors Air Fryer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni mak nak kongsi resepi yang viral kat group fb MAHN dulu. Tapi biasa lah, mesti mak peram je resepi sampai ilham tu datang. Puff Pastry mak jumpa kat Checkers. Dia duk kat area frozen. Setaman dengan kulit popia tu. hahaha. Terus mak beli tanpa segan silu. Buatnya tak lagi. Janji ada. Gitu konsep dia. Hari tu masa bulan puasa baru berkesempatan mak buat. Hari ni baru nak kongsi.  

Ok la gais. Cakap banyak pun tak guna. Semak resepi kat bawah matcham biasa. Sebelum korang tanya lebih baik mak cakap, mak guna susu HL. Tu je susu yang ada kat kedai runcit tepi rumah dan puff pastry jenama kawan yang paket kecil. Yang besar pun ada tapi mak tak jumpa. Jumpa yang kecik pun dah rahmat dah ni. Boleh ke guna jenama lain? Semestinya la boleh janji puff pastry. Sebenarnya kat situ mak tengok ada satu jenama je. hahaha. Brand keju tu pulak mak dah lupa tapi biasa mak beli yang murah je.



Maklumlah Air Fryer mak kan kecik, orang bagi free pulak tu. So muat 3 ketul je sekali buat. Boleh la dari tak ada yer anak-anak. Kenyang jugak ko sebat. hahaha


Dicucuk-cucuk dengan garfu  sebelum dimasukkan filling custard tu. Lupa nak amik gambar masa buh filling tu. 


Tadda... Siap. Selamat mencuba gaisss... Acah-acah khairulaming pulak 
Yang hitam-hitam tu signature Portuguese Egg Tart tu bukan hangus tau. 

Korang suka makan tak Portuguese Egg Tart ?

Selalu mak beli je kat K**g  tu. hahaha

Bagi sesiapa yang dah beli barangan Russell Taylors ( AF, PC dan sebagainya)  , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors Official (Malaysia) . Jangan sibuk nak buat live atau beriklan, nanti mak remove. 



Friday, June 14, 2019

Raya Raya Raya 2019 #teamrayaterengganu2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca elissmie.com. Tahun ni tak sempat nak siapkan kad raya sebab macam awal pulak cuti raya gitu. Kad raya ofiz pun menimbun dalam mailbox. Nasib dah filter awal-awal senang nak delete. Eh. hahaha

Ok la berbalik pada cerita raya. Baru sempat nak update gitu.Kami gerak balik Terengganu hari Jumaat yang mana jalan clear yang amat. Siap boleh berehat dan bersenang lenang jalan kangkung ke Pasar Ramadan petang tu. Seronok sebab dapat menikmati juadah yang susah nak jumpa kecuali kat Terengganu macam Sagupal, Tok Aji Serban, Puding Buih, eh tersenarai kuih pulak. Kisah. hahaha

Raya pertama semestinya beraya di rumah my Abah dan my ma tahun ni. Makanya yang ada cumalah family saya dengan Long. Ngah beraya di Kelantan tahun ni dan adik saya di Johor. Maka tak ada lah makanan Johor tahun ni. Sobs. Tapi sempat makan Mee Bandung Muar sebelum diorang balik Johor  masa berbuka.

Ok la kisah raya yang sadis jugak sebenarnya. Boleh pulak tak ada air di hari raya dan menjelang hari raya. Ewah kemain lirik lagu pulak. Pagi tu yang ada cuma sate yang Long bakar malam tadi. Plan nak buat nasi gulai ayam terpaksa ditunda sebab tak ada air. Lepas bergambar hari raya, terus ajak semua beraya rumah mentua saya  di Paka sebab mak dah siap masak nasi dagang. hahaha. Mak lupa nak salam raya dengan my hubby. On the way balik sini baru teringat. Terus mintak ampun dan maaf siap-siap. hahaha. My hubby cakap dia ampunkan je semua senang. Nanti mati pun senang. hahahaha. Insoffff...

Ok. Berbalik kepada baju raya pulak. Epik sungguh baju Nawfa tidak muat di pagi raya. Baju raya ni pun ehsan Kak Yat yang Aishah punya. Yer lah baby pakai sekejap je pun. Mak pulak setakat try-try gitu je. Sekali bila nak pakai sangkut kat bahu. So beraya la dengan baju apa yang ada tu pun ehsan Ummi yang Cinta punya. Nasib baik masih scheme warna yang hampir sama. Sedondon dengan Tok Ki pun boleh lah. hahahaha


My Nyawa , Ma & Abah



With the cucus


My family. Tak ada gambar berdua tahun ni. Nampak tak kalut anak kecik yang tak nak orang? hahahaha


Tahun pertama raya buat si Nawfa. Nape mak sorang yang senyum :)



Ada lah berdua kat belakang tu.



Freestyle


Nawfa yang super crancky di pagi raya



Tambah Long



Dengan Long dan Kak Long


Tengok cubaan nak lari lagi Nawfa tu



#teamrayaterengganu

 
#teamrayakelantan


#teamrayajohor


Adik beradik my hubby 


Family mentua the anak, cucu dan cicit. Tu pun tak cukup korum lagi ni 


One with bff, Ana. 


Sekian, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga :) 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)