Assalamualaikum. Hari ni nak kongsi resepi Sotong Stim Ala Thai. Selalu duk repeat Siakap Stim ajer kalau kat rumah saya ni . Favourite my Nuha. Kali ni try buat Sotong Stim Ala Thai. Sebenarnya terliur tengok masa Festival Thai tapi masa tu tak terasa nak makan. Lagipun nampak mahal pulak. Dasar kedekut gitu lah kan. Rela balik cari resepi dan buat sendiri. Tapi memang terbaik lah rasa dia . Kena lah dengan selera saya. Tapi yang duk jual tu belum tentu kena dengan selera kita kan. hahaha. Jom kita tengok resepi seperti dibawah :
Bahan :
Sos
5 tangkai cili padi (ats masing)
4 Ulai Bawang Putih
3 Tangkai Akar Daun Ketumbar (dibersihkan sepenuhnya)
1 tbsp Gula
1 tbsp Sos ikan @ kicap sotong
3 biji Limau nipis (jus sahaja)
1/2 biji Limau nipis (isi dipotong dadu)
3 Tangkai daun Ketumbar dihiris halus
Sotong Steam
4 Ekor Sotong (saiz sederhana besar)
2 Batang Serai
1 Inci Halia
15 Helai daun Limau purut
Cara :
1. Stimkan sotong diatas semua bahan
2. Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur.
3. Campurkan dengan semua bahan yang lain.
4. Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim
5. Hidangkan
Credit : FB Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie
Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu, dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”. [Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss