Friday, February 15, 2019

Macam mana nak lipat kain Teknik KonMari, Marie Kondo

Sekarang ni tengah viral Teknik Konmari kan.Founder dia Marie Kondo, orang Jepun. So mak pun tak nak kalah.Ralit pulak tengok video-video dia melipat kain sampai mak pun rasa nak terjebak sekali. Tapi yang tak syok tu kalau almari yang tak ada rak. Kena masukkan kotak la kot dalam rak tu. Kalau yang jenis ada laci memang sesuai guna teknik ni. Mak pun semalam balik terus KonMarikan drawer kain baju kurung mak. Baru siap satu laci anak menangis kat tepi. So baru siap satu laci. Malam kang sambung balik. hahahaha



Cara lipat seluar Jeans

Cara lipat baju/sweater yang ada hoodie


Cara lipat tshirt lengan pendek


Cara lipat tshirt lengan panjang


Cara lipat baju yang fesyen pelik-pelik ni. hehehe
Cara lipat dress



Cara lipat stokin. Kalau mak suka buat bulat-bulat stokin ni. hehehe


Cara lipat panties dan boxers pun ada hah. hehehe

Drawer ni mak guna untuk letak kain baju kurung. Baju kurung mak gantung je. Semalam pun dah susun baju kurung ikut warna. Lupa pulak nak snap. hahaha. So ini je lah hasilnya. Mak lipat kain baju kurung ni macam lipat jeans tu.


Yang penting dia boleh duduk terletak macam tu. So baju dan kain baju kurung boleh follow macam lipat jeans tu. Kalau boleh duduk terletak tu kira dah master la Teknik KonMari tu. Amacam? Menarik tak teknik ni?


Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)." Berkata Abu ‘Isa : Hadith ini hassan, sebagaimana riwayat at-Tirmizi, No. Hadith : 2459)

Wednesday, February 13, 2019

Aktiviti 5S di Pejabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahun lepas lagi dah dilantik AJK 5S. Tahun ni baru nak update. hahaha. Ada jugak sumbangan untuk pejabat. Untuk kenangan kat blog. Bolehlah korang yang amalkan 5S tu buat ofiz mak sebagai benchmarking pulak. 5S ni kalau tak ada sokongan jabatan atau pejabat rasanya tak menjadi dan yang terpaling penting haruslah kerjasama Ketua dan AJK . Baru lah bergerak aktiviti 5S ni. Sekarang jadual 5S penuh sebab bulan Oktober ni dah tamat perkhidmatan sebagai AJK 5S ni. hahaha. Opsss

Apa Itu 5S? Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas,manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.


Sudut 5S ofiz mak


Kasi zoom sikit

Untuk aktiviti labeling untuk 5S ni , tempat pertama kitorang buat adalah bilik mesyuarat.  


Label peralatan di dalam bilik mesyuarat menggunakan warna kuning hitam. 


Arahan/ Peringatan di buat dengan warna merah hitam. 


Menarik pulak bila kerusi disusun ikut warna ni


Suis pun label 


Tak nak bagi peralatan beralih tempat gitu kekdahnya


Susun mengikut warna kerusi dan label


Bersih white board kami sental dengan thinner. 


Untuk labeling kami gunakan acrylic tape ni. Memang tahan . 



Ini pulak sudut Go Green ofiz mak 


Close up sikit. Menarik kan

AJK yang terlibat. 

Close up AJK sikit. Ni pun ada AJK yang tak dapat join. 

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan, tetapi orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 12, 2019

Pakatan Hari Jadi 2018



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak tulis pasal pakatan hari jadi 2018 yang caca merba gara-gara saya bersalin pada Ogos 2018. Pakatan hari jadi pertama semestinya Ida pada bulan April. Sempena birthday Ida kita sambut di Mohd Chan Padang Jawa, Seksyen 16. 



Bersama yang diraikan. Faidah.



Yang turut meraikan. Macam biasa la #gengpakatanharijadi
Kak Ema dan Ad



Sharkfin Soup



Famous Penang Char Kuey Teow . Rasanya Ad punya. RM 8.90



Yang ni memang saya punya.hehehe. Wantan Noodles + Roasted Chicken RM 8.90

Mohd Chan @ Padang Jawa
C-5-G, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L 16/L,
Seksyen 16, 40200
Shah Alam, Selangor
T 03 - 5524 4433
M 017 - 872 9251
Web : https://mohdchan.com.my/html/index.html

Yang saya tertunda bersambung pada bulan November 2018. Lepas habis cuti berpantang  terus buat sambutan bertempat di Foodsbury, Seksyen 9. Sebelah ajer dengan Kedai Makan Fei n Ali


Haruslah bergambar kenang-kenangan di sini.


Cantik dekorasi talam kat belakang tu


Semua pilih sama je. Lamb Steak. RM 25



Foodsbury
No 24 Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, 
Section 9, 40100 Shah Alam

Seterusnya birthday Kak Ema pulak. Kali ni kami makan di Secret Recipe , Shah Alam Convention Centre. 


Harus ambil gambar bersama makanan. hahaha

Noodle in Tom Yum Soup.  Ad dan Kak Ema punya


Curry Seafood Laksa saya punya. Sedap . Tapi kalau ada kerang atau sambal kerang 
lagi terangkat. 


Tak silap ni yang Ida punya. Penang Assam Laksa.

Secret Recipe @ SACC Mall
Lot G 35 & 36, Ground Floor, SACC Mall, - Persiaran Perbandaran 14/19, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor 
Waktu Operasi : Isnin  - Ahad : 10:00 - 22:00

Ada satu sambutan tak sempat lagi nak buat iaitu sempena birthday si Ad. Lama sangat peram entry ni. Entry untuk Ad buat lain kali pulak. hahaha. Terima kasih Ida dan Kak Ema untuk belanja makan #gengpakatanharijadi


Daripada Ka‘ab bin Malik RA katanya, “Aku melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari, apabila selesai, Baginda menjilat jarinya.”
(Riwayat Muslim)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)