Pertengahan tahun lepas tak silap kitorang bawa balik Chibi dan Chiko. Masa kitorang bawa balik tu kucing-kucing tu dalam keadaan yang tidak berapa sihat. So kitorang pergi klinik haiwan untuk vaksinkan sekali. Susah jugak nak cari klinik haiwan yang beroperasi pada hujung minggu kat area sini. Akhirnya jumpa satu klinik yang beroperasi hari Ahad. Terus kitorang walk in . Tak silap tak buat appointment pun. Alhamdulillah staf semua friendly dan buat pemeriksaan yang terbaik untuk Chibi dan Chiko. Masa tu diorang ni selsema dan kurang selera makan. Alhamdulillah setelah dapat rawatan baru la ok dan nak makan. Siap memilih-milih makan lagi. huhuhu
Inilah kliniknya. Klinik Haiwan i-city Shah Alam . Ada banyak cawangan lain yang ada.
Mula-mula kena registerkan kucing terlebih dahulu. Memang sorang je boleh masuk untuk handle kucing-kucing tu. Saya memang tak lah. Seharusnya pencinta kucing. Siapa lagi my hubby la. Kalau ada buku vaksin bawa sekali. Senang diorang nak trace. Macam anak-anak kan. Ada buku imunisasi. . Kucing pun ada tau. hehehe
Kucing yang exotic dan garang dikenakan caj ok. Nasib kucing-kucing mak nerd :p
Untuk bawa pergi vet, korang letak la anak-anak bulus korang dalam carrier untuk memberi keselesaan dan keselamatan kepada mereka untuk pemeriksaan
Caj rawatan yang dikenakan
Ni caj untuk boarding. Ingat anak-anak korang je masuk asrama. Anak-anak bulus pun boleh . hahaha
Tapi saya tak pernah lagi hantar boarding kesini sebab ada pet shop boleh boarding tepi rumah je. Murah dah dekat. heheheSelain perkhidmatan ditas ada juga dijual barangan keperluan kucing macam makanan kucing, bekas makanan , sangkar dan sebagainya.
Klinik Haiwan i-city Shah Alam
0358871721 / 0133344855
Waktu operasi:
Isnin - Khamis : 11.00 pg - 8.00 mlm
Jumaat : 3.00 ptg - 8.00 mlm
Sabtu - Ahad : 11.00 pg - 4.00 ptg
Facebook : Dr Meow - Klinik Haiwan & Surgeri
Korang pernah bawa anak-anak bulus korang pergi klinik haiwan?
p/s :
Teringat kat soalan my nayla... Ummi mana doktor haiwan? hahahaha. Boleh dia imagine doktor haiwan tu adalah seekor doktor bukan manusia. Banyak tengok kartun agaknya !
Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata; Rasulullah SAW pernah memegang sebahagian daripada tubuhku seraya bersabda: "Wahai Abdullah, jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara, dan persiapkanlah dirimu sebagai calon penghuni kubur." (Hadith riwayat at-Tirmizi, No: 2333, Ibn Majah, No: 4114, Ahmad, No: 4865)
Salam. Nak tanya harga xray berapa ya? Terima kasih
ReplyDeletetak sure. boleh call je la nombor yang tertera tu.
Delete