Friday, December 20, 2019

Baby Shower & Birthday Treats @ The Chicken Rice Shop iCity Central , Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ni beberapa minggu lepas ni. Baru ada kelapangan nak update. Maklumlah baru balik bercuti tak ingat dunia kat kampung. Ad pun dah selamat melahirkan bayi lelaki semalam kat Hospital Kuala Pilah. Ni kitorang keluar makan kononnya Baby Shower dan Birthday Rai & Ad. 



Apa-apa posing dulu


Terima kasih la adik Doktor Hospital Shah Alam yang tolong amikkan gambar makcik2. 
Rasanya Doktor Pelatih. Mula-mula ingat pekerja AEON. Sekali Hospital Shah Alam. hahaha 


Yang diraikan


Happy birthday !!


Happy Birthday Ad. Don’t ever change! Stay as amazing as you are, my friend!


Wherever your feet may take, whatever endeavor you lay hands on. It will always be successful. Happy birthday Rai !



Mak terasa nak makan mee wantan


Ni ziera punya apantah namanya. 


My all time favourite Pai Tee


Spring Rolls. Makanan yang lain tak sempat dah nak snap. Mak dah lapar. hahaha

Tunggu Ad cuti habis cuti bersalin untuk sambut birthday dia pulak team Pakatan Hari Jadi yang tertangguh. hehe. Dah nak hujung tahun. Sibuk dengan persedian sekolah anak-anak pulak. Korang dah habis ke berbelanja duit bonus tu? Sekelip mata je dah habis shopping baju sekolah anak-anak. huhuhu. 

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, November 26, 2019

Johan Kejohanan Bowling Geng Meja Bulat 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni baru berkesempatan nak update berkenaan sukan setahun sekali yang mak join. hahaha. Tahun lepas punya : http://www.elissmie.com/2018/12/fun-bowling-geng-meja-bulat-2018.html Tahun ni kena update jugak sebab kumpulan mak juara . Yang kelakar tu macam last year jugak, mak main satu game je . Second game partner yang main sebab baru tersedar diri baru melahirkan my Nawfa 3 bulan. hahaha. Tahun ni pulak tragedi jatuh longkang. Bola jatuh longkang tu biasa kan, ni tuan jatuh tergolek dalam longkang sampai terseliuh tangan. hahaha. Apa pun tak boleh buat. Biru jugak la tangan sampai hari ni. Tahun depan kita sambung main lagi kalau ada. hahaha. Kejohanan ni dibuat di Ole Ole Super Bowl, Seksyen 18, Shah Alam Jumaat lepas. 

Geng Meja Bulat ni sebenarnya geng makan-makan kat meja bulat. Sekarang meja bulat tu dah tak digunakan untuk makan-makan dah sebab dah berpindah cubicle. So yang tinggal hanyalah group whatsapp. 11 kumpulan yang join tournament kali ni. Mak kumpulan ke 6. Nama kumpulan mak, EER ( Kombinasi 3 nama, Eliss, Emilia dan Rosnah (Kak Ros). ) . Boleh sebut macam No 2  bahasa mandarin gituhh. hahaha .Main suka-suka untuk meningkatkan happiness index gitu . Yang mana rasa nak main beriya sangat join kejohanan lain la. Yang ni nak chill dan fun ajer. Eh. 



Gambar sebelum tergolek. hahaha


Kasut bowling saiz 4



Gambar sebelum kejohanan



Bab bergambar semua juara



Cari jelah perbezaan.
Ada 300 keping lagi gambar yang sama. hahahaha. Mak buh 2 keping je.



Selagi ada orang hala kamera . hahaha

Ahli kumpulan Mak, EER


Kumpulan Bunga Kembang Setaman


Kumpulan Omak Ekau ( No 2) 


Kumpulan Amboi Amboi Amboi


Kumpulan Bulat Bulat Golek


Kumpulan Catet Dulu


Kumpulan Lane Angels


Kumpulan Laser


Kumpulan Kepit Moms


Kumpulan SRS


Kumpulan The Tutus ( No 3) 


Jatuhan pin tertinggi , Hajar 


Jatuhan pin terendah, Sarah


Hadiah kemenangan milik mak


Pinjam gambar Emi. Yang mak tak guna lagi. Sayang. hahaha


Mak di tangga kesebelas individu. hahaha.Main setahun sekali je pun kan. hahaha


Ditangga pertama dengan jatuhan pin 683 mata. hahaha


Kumpulan mak menjadi Juara keseluruhan. Alhamdulillah :)


Sakit penghapus dosa. Alhamdulillah. Nasib kawen dengan first aider . 
My hubby balut bagi tak bengkak sangat. 


Dah ok dah hari ni. Tinggal lebam je

Terima kasih semua especially Puan Pengerusi, Kak Mai dan AJK yang terlibat termasuk semua sponsors hadiah . Penganjuran kejohanan yang gilang-gemilang sama macam tahun lepas. Keep it up ! Semoga bertemu lagi tahun hadapan !



Artikel penuh di https://bit.ly/2MoUvrV

Tuesday, November 05, 2019

Jualan Gudang Akhir Tahun 2019 @ Karangkraf , Seksyen 15, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Weekend lepas ajak my hubby bawa anak-anak ke Jualan Gudang Akhir Tahun 2019 @ Karangkraf , Seksyen 15. Lama dah tak pergi kan. Last dulu pergi tahun 2012 kot. hahaha


Kali ni ada 2 ulat buku yang akan memperabiskan duit my hubby. hahaha. My Nuha dah cakap dia nak beli novel so lama sikit boleh baca buku. Gitu. Adik pun tak nak kalah. Dia pun nak buku jugak. 


Mula-mula cari buku pelajaran dulu untuk dua beradik tu. Yang ni Pakej Bestari 5 buku RM 10


Yang ni RM 20 . Harga asal RM 25


Menarik sebab tulisan tangan dan ada gambar-gambar


Sebiji macam tulisan Ngah / Long saya. haha. Dah la kartun2 tu pun hampir sama. 


Memang menarik dan mudah faham jalan kerja yang digunakan. Boleh la beli satu untuk panduan mak bapak sekali. hahaha


Yang ni penghibur suasana je. Tengok la setahun dua lagi. Bakal ulat buku jugak ni


Yang ni my Nuha punya novel. Yang ni RM5 sebuah


Adik pun nak buku la Abah ...


Yang ni my Nayla punya . Pakej Kanak-kanak RM 20 3 buah 


La tak boleh beli buku lagi ke ? TKDMKA


Yang saya cari ni. Al Quran dan Tafsir. Yang ni RM70. Less RM35


Tulisan pun besar


Ada hadis sekali 


Yang ni my hubby punya RM 3 sebuah


Tak bagi buku, saya main kasut je la


Dua beradik yang gembira tapi muka masam je sentiasa. huhuhu


Ok. Jom la balik anak-anak selepas menghabiskan duit Abah korang . hahaha


Total burst  RM106.20 

Korang pergi ke jualan Gudang Akhir Tahun 2019 @ Karangkraf  ? 

#MalaysiaMembaca
#JualanGudangKarangkraf
Kelebihan Membaca al-Qur’an
Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)