Thursday, December 27, 2018

Family Day Unit Automasi Pejabat 2018 @ Sri Damai Resort, Kalumpang

Entry throwback kekdahnya. Boleh la buat kenang-kenangan di blog. Tak tahu tahun depan ada ke tidak lagi Family Day nya kan. Masa ni mengandungkan my Nawfa dah masuk 8 bulan. Yang kelakar tu tarikh lain yang dirancang tapi tarikh lain yang dibooking. Nasib berjaya juga kami booking tarikh seterusnya. Kalau tak,  tak tahu bila pulak dapat buat family day lagi. Alhamdulillah family day berjalan lancar seperti dirancang. AJK 4 ketul ajer pun sebab kami je 4 orang perempuan dalam unit kami ni dari booking tempat, prepare makanan, prepare goodies dan tentatif semua ikut kepala kami je semua. hahaha. Tapi memang seronok sangat even penat. Lokasi Family Day kami di Sri Damai Resort, Kalumpang.  

Alamat : Sri Damai Resort
640, Kampung Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/sridamairesort/

Mula-mula check in bilik dulu. Kami menginap di Chalet Executive. Kemudahan yang disediakan seperti TV&Astro, Aircond, Kipas, Wardrobe, Waterheater, Queen bed, Balconi front/back. Yang ni RM300 semalam. Kami tambah tilam RM10. 


Ruang bilik besar jugak . Anak-anak tidur kat bawah pun luas lagi

Siap ada balconi kat belakang bilik

Chalet Executive ada 3 buah. Satu dorm Executive kat tepi tu


Yang chalet utama tu RM 500. Yang tu kami sewa jugak sebab senang nak prepare untuk makan malam . Kami buat BBQ sendiri sebab nak save budget. Kemudahan yang ada seperti Astro dan 2 unit TV,Dapur, Peti Sejuk, 3 bilik tidur Queen Bed, Sofa Ruang tamu dalam dan luar, Water heater.

Aktiviti dimulakan dengan main air dekat Sungai Inki. Merasalah naik lori sebab nak menapak macam tak daya jugak even 300 meter. Lori disediakan oleh pihak Damai Resort. Kalau bawa kereta, bayaran masuk RM3 sekereta. 

Macam angkut pendatang dah ni hah. hahaha


Jakun naik lori. First time untuk 2 beradik ni. 


Berani dia tembak isteri dia. huhuhu. Nasib tak meletup. Yang nak meletup tu tang perut. Dah sarat sangat tapi perut maintain je kecik sampai sudah. 


Anak-anak lah paling seronok main air . Tak naik tak per. Sampai drag jugaklah tentatif program melayan budak-budak ni main air. hahaha


Bapak pun tumpang seronok nampak

 My Nuha


My Nayla



Mak dengan anak-anak dara. Sorang dalam perut lagi.


Terima kasih boz untuk aktiviti family day kita. Bertambah index happiness kami :) 


Dah penat main air makan-makan dulu potluck yang ada. Memang sedap makan kalau lepas mandi air ni. hahaha. 

Tak tengok kiri kanan dah hah.. Adik tak makan tak apa. Patut la makin keding.

Acara seterusnya sukaneka. Tapi tak ada gambar sangat . Apa yang ada jer. Untuk sukaneka dewasa kitorang serahkan kat pihak Sri Damai Resort. Untuk sukaneka kanak-kanak je kami handle sendiri sebab nak save budget. hahahaha. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Group saya sekali dengan group anak-anak dara En Jasni. Antara game yang ada musical chairs, tarik tali dan sukaneka dalam air . Games dalam air pun tak ada gambar.


Antara kanak-kanak yang memeriahkan aktiviti family day

Tengah prepare belon untuk games kanak-kanak


Games pecahkan belon


Tengah tunggu nak rebut gula- gula


Get set ready go


Kanak-kanak suka la game ni. Rebut gula-gula


Si Ad tengah kira gula-gula anak-anak dia. hahaha


Musical chairs kanak-kanak

Yang ni anak Yani juara


Yang kelakar Nuha dengan Nayla berebut kerusi sama.



Dah la satu pasukan. Nangis pulak Nayla sebab kakak tak nak mengalah. Terus tak main dah games seterusnya. Sabar je la mak.

Musical chairs dewasa. Yang ni suami Yani pulak menang. Memang handal anak beranak rebut kerusi. hahaha

Tarik tali atas sabun. Risau je mak tengok. Nasib lah berakhir dengan tiada malapetaka.huhuhu

Apa ntah nama games ni . Kena lempar dadu dan bergerak ikut kiraan mata dadu. Kalah manjang group mak nak.. hahaha 

Yang penting anak-anak happy mak tumpang happy yer dak

Belah malam pulak acara yang dinantikan, BBQ dan penyampaian hadiah. Kumpulan kami dapat no 5 . Last kot. hahaha. Tak per. Janji dapat hadiah jugak. Gambar aktiviti BBQ tak ada pulak. hahaha. Ikan bakar kami laku malam tu. Boleh meniaga ikan bakar dah ni . Resepi Ikan Bakar boleh tengok kat sini. 


Terima kasih boz

Anak-anak pun happy dapat hadiah

AJK yang terlibat. AJK lah sangat . hahaha

Gambar kenangan sebelum berangkat pulang


 Gambar kenangan sebelum berangkat pulang


Gambar kenangan sebelum berangkat pulang


Gambar kenangan sebelum berangkat pulang



Gambar kenangan sebelum berangkat pulang



Gambar kami sekeluarga berempat, yang kelima dalam perut :)

Semoga tahun depan ada lagi Family Day dengan nama Jabatan Baru pulak eh :P

Monday, December 17, 2018

Fun Bowling Geng Meja Bulat 2018

Jumaat lepas , ada Fun Bowling Geng Meja Bulat aka geng makan makan meja bulat kat ofiz untuk kaum wanita. Ofiz korang ada ke GMB ni? Bukan Geng Makcik Bawang ok ! hahahaha. Ada 8 kumpulan bertanding merebut Piala Pengerusi GMB.Chewah. Kemain lagi kan siap piala bagai . Nama je pun piala tak ada. Kena minta sponsor piala pulak next tournament ni. Puan Pengerusi sila take note. hahaha. Hampir 20 tahun rasanya saya tak main bowling. Lama gila kot. Nasib baik tak semua ke longkang bola tu. Ok la kan. hahaha. Tapi kalau ke longkang pun best jugak sebab dapat hadiah Ratu Longkang.



Fun Bowling GMB bertempat di Ole Ole SuperBowl, Seksyen 18


Semua yang hadir memeriahkan perlawanan bowling


Siap dapat door gift lagi. Tip top la penganjur kali ni 

Team kitorang, Team Lipstick Pink


Memang pakai Lipstick pink gitu. hahaha. Sengal. Bertabah je lah. 

Terlebih sorang kat belakang. hahaha

Haruslah bergambar dengan bola bowling kalau tak orang tak tahu main bowling

Gambar solo bersama bola bowling . hahaha. matilanak kena kecam


Gambar lempar bowling pun kena ada kan tak caya pulak. Biar blur pun. hahaha

Gambar selepas

Team Go Go Golek

Team Pelontar Pink Jambu 
 Ni pemenang tempat pertama dengan markah jatuhan pin sebanyak 694


Team Mom Super Striker

Team Suka Suki

Team Baling Baling Manja

 
Team Baby Shark Do Do Do Do


Team Gegirl


Bersama Puan Pengerusi GMB

Hadiah Kumpulan Senyap Sunyi 

Ni dapat hadiah cabutan bertuah


Sinonim dengan makcik bawang dapat bekas bawang tu hah..hahaha

 Geng Bini Orang :0 Tahniah Rai dapat Ratu Longkang.


 Pusingan pertama je main. Lepas tu tengok orang main. Seram jugak nak main banyak-banyak .

Ok la tu di tempat ke 14. hahahaha

Kumpulan di tempat ke 6 

Bersama dengan pemenang tempat pertama

Semoga berjumpa lagi untuk aktiviti GMB akan datang. Terima kasih kepada semua yang membuat penganjuran untuk aktiviti kali ni . Memang terbaik la GMB !!

Korang suka main bowling ?

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)