Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua. Lengang betul jalan hari ni. Turun rumah lewat pun mampu sampai awal 15 minit. Semua bercuti sakan lah yer. Mak jadi penunggu ofiz lah nampaknya hari ni. Boleh la sapu blog bersawang. Telefon pun harap tak ada lah berdering sangat hari ni.
Ni kisah hadiah hari lahir buat My Nayla. Alang-alang nak belikan basikal sempena hadiah hari lahir my Nayla, so sekali harung la belikan basikal baru untuk My Nuha.Lagipun basikal dia pun dah lama sangat , 5 tahun dah usianya. Kiranya hadiah birthday in advance untuk my Nuha.
Ada kisah kelakar sebenarnya pasal basikal ni. Masa birthday Nayla ni, kitorang ingat nak beli basikal tu kat Terengganu. Kitorang balik hujung tahun lepas sebab kebiasaanya memang balik Terengganu untuk beli persiapan persekolahan my Nuha. So kami memulakan perjalanan balik Terengganu, sepanjang perjalanan balik Terengganu tu dia cakap nak beli basikal. Hahaha. Ah sudah. Dia dah start zikir. Sampai dia tertidur. Ingat bangun tak ingat dah. Sambung lagi zikir. hahaha. Bila nak beli basikal? Sampai la kat kampung. Alhamdulillah , berjaya pujuk cakap nak beli basikal bila balik rumah. Sebab tak muat nak bawa balik sebab nak beli basikal kakak sekali. Sepanjang duk kampung dia dah tak sebut dah. Bila perjalanan balik, dia start balik zikir. Kebetulan awal tahun baru kan, kedai yang kami nak pergi tu tutup pulak.Memang tak boleh tunggu dah. Serabut dengan dia duk berzikir bila nak beli basikal tu. Google sekali jumpa ada kedai basikal kat area GM Klang. Terus pergi sana.
Ada 2 buah kedai basikal kat area depan GM Klang tu. Kedai yang saya masuk tu Cosmo Toystation Enterprise. Kedai ni ada 2 basikal yang kitorang nak. Harga dengan kedai sebelah tak ada beza tapi kedai sebelah tak ada basikal City Bike yang my Nuha nak. My Nayla dah aim dah nak basikal warna purple. UiTM dihatiku sungguh anakku ni. Nampak je basikal warna purple tu tak nak yang lain dah la. Basikal my Nuha tak ada pilihan. Tinggal satu tu jer. Diorang request minta tukar loceng je. Yang tu diorang tukar free je. Pilih loceng yang mana ada kat basikal lain je. Layankan ajer.
Basikal 20' City Bike - RM 310
Basikal 16' Kid Bike - RM 190
Alamat kedai : Cosmo Toystation Enterprise
16 Jalan Kasuarina 1,
Bandar Botanic,
41200 Klang Selangor
HP : 016 206 8050
Yang ni kedai mula-mula kitorang tengok tu
Banyak juga pilihan basikal kanak-kanak
Kalau my Nuha confirm pilih pink ni
Ni kedai kedua. My Nayla tengok basikal ni terus berkenan.
Tak nak tengok yang lain dah. Purple lepas tu gambar Princess pulak. Hurm. Kira jadi terus lah.
Tu basikal my Nuha pulak. Tak ada pilihan. Satu tu je.
Basikal yang lagi kecil pun ada ni saiz 12
Sebelum beli basikal dah cakap , kalau dah beli basikal kena tidur dengan kakak
Takut sangat kena hantar basikal, redha kena tidur dengan kakak. Dah masuk bulan kedua tidur dengan kakak. Ada dua malam lari masuk bilik Ummi. Ugut nak hantar basikal dah tak lari dah. hahaha. Kejam tak mak?
Seronok dapat main basikal
Layan video dua beradik ni main basikal depan rumah
Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss