Friday, November 03, 2017

Kos 3 hari 2 Malam di Columbia Asia , Klang

Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan kesihatan my hubby tempoh hari. Alhamdulillah, hari Rabu lepas my hubby dah keluar hospital. My hubby dimasukkan ke hospital sebab demam nak masuk minggu kedua. Sebelum ni memang MC kat rumah je. Demam tak kebah dan dia dah penat sangat. So bila doktor suruh admit terus setuju. Sebelum ni memang doktor tak bagi antibiotik sebab katanya demam virus. Bila pergi Columbia Asia doktor cakap mungkin virus dah bercampur bakteria sebab demam lama sangat. So bila admit, masuk antibiotik terus hilang demam cuma sendi masih sakit sakit lagi. Ni pun masih lagi kat rumah sebab dapat MC. Isnin depan, In sya Allah boleh masuk kerja balik setelah hampir 2 minggu tak kerja. My hubby pun dah lemau tu kat rumah. Gitulah orang workaholic, bila Allah bagi cuti terus lama boleh rehat. Rehat pun tak rehat sangat siap pakej penghapus dosa sekali ! Alhamdulillah. hahaha. Kiranya ni kali kedua my hubby masuk hospital sepanjang kitorang kahwin ni ! Saya pulak dah 6 kali kot termasuk menjaga anak kat hospital !

Columbia Asia Klang. Alhamdulillah 10 minit dah sampai hospital !
My hubby request ke hospital ni sebab dekat dengan rumah. Lagipun saya ni malam-malam memang dah tak berani nak drive. 

Apapun selfie dulu. Ni masa nak jumpa doktor pakar dulu. 

Masa menunggu GL pun bercinta. Sejam baru settle GL. Lepas tu waktu lunch pulak. 
Pukul 2 baru dapat jumpa doktor.  

Nak masuk wad pun lama jugak sebab diorang kena request GL baru. So sempat la balik amik my Nayla , mandi dan solat dan tunggu telefon dari diorang. Pukul 4 lebih macam tu kitorang dapat masuk wad. Kali ni kena bayar deposit dulu RM300. Kat KPJ dan DEMC tak pernah kena deposit sebelum ni. 

Two bedded. Kelayakan my hubby RM 150. Two bedded kat sini RM 120 . 

Toilet yang disediakan

Kemudahan TV dan bangku. Masa masuk tak ada orang lain. Hari kedua baru ada

Dah check in terus dapat dinner petang tu


Belah malam datang melawat lagi dan bawa my Nuha sekali

Sempat berkelah dalam wad

Yang ni siap tidur pulak. Layankan ajer anak-anak 


Menu dinner hari pertama

Menu Lunch hari kedua
Total bil: RM 2088.50

Alhamdulillah, insurans cover ! 



Apabila seorang muslim mengunjungi saudaranya sesama muslim, maka orang itu senantiasa berada dalam sebuah taman surga. Beliau ditanya; Bagaimana taman surga itu? Beliau menjawab: 'Taman yg penuh dgn buah-buahan yg dapat dipetiknya [HR. Muslim No.4660]. 


4 Comments:

  1. adududu.. asben kite pon kene warded minggu lepas.. cian die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker. Pasal apa tu? Semoga diberi kesihatan yang baik sentiasa untuk kita semua :)

      Delete
  2. columbia memana pun service ok, even kat balakong ni pun bagus bab
    GL tu biasalah memang lambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu pergi DEMC tapi try Columbia ni sebab dekat sangat dengan rumah. kalau DEMC tak selama kat sini la. hehe

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)