Thursday, April 27, 2017

Homestay Desa Teratai Pulai, Baling

Korang pernah sampai di Gunung Baling? Gunung Baling mempunyai ketingian 420M. Untuk pengetahuan korang, Gunung Baling ini termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana ianya terdiri daripada batuan batu kapur dan korang akan jumpa batu-batu kapur dan juga batu kristal di puncak gunung. Buat pendaki gunung, mesti teruja untuk menawan gunung Baling ni, boleh la check in terlebih dahulu di Homestay Desa Teratai Pulai , Baling. 
Gunung Baling : wiki
Homestay Desa Teratai Pulai , Baling. menyediakan : 
  • 4 bilik, 3 katil Queen size dan 2 single (double decker)
  • Penghawa dingin di bilik utama dan bilik ke 2
  • 2 bilik air beserta shower
  • Meja makan memuatkan 6 orang
  • Kadar Bayaran : RM150 SEMALAM
    CHEK IN: 2PM
    CHEK OUT: 12PM
    Ruang Tamu di pasang exofan atap dan kipas syiling 2
  • TV LCD 32inch
  • Astro Njoy
  • Mesin basuh fully automatik
  • Dapur masak + gas
  • Pengisar dan lesung batu
  • Semua aparatus masakan lain
  • Periuk nasi
  • Kuali
  • Peti ais
  • Cerek elektrik
  • Ampaian kain
Homestay Desa Teratai Pulai , Baling. TIDAK menyediakan
  • Ketuhar gelombang mikro
  • WiFi
Kemudahan fasiliti berhampiran Homestay Desa Teratai Pulai , Baling.
  1. Masjid Kampung Tok Kaya Pulai
  2. Mini market ‘Fresh Mart’
  3. Restoran
  4. Kedai makan
  5. Bengkel kereta
  6. Kedai tayar
  7. Mini petrol pump
  8. Kedai perkakasan (hardware)
Alamat Desa Teratai Homestay Baling
  • NO 18, SUSUR DESA TERATAI 2, JLN PULAI, TMN DESA TERATAI, 09100, BALING, KEDAH
Rujukan Google Map / GPS

TEMPAT PERCUTIANair-panas-ulu-legong-kedah
  • Pusat Rekreasi  Air Panas, Ulu Legong (25km)
  • Air Terjun Lata Bayu, Asam Jawa (10km)
  • Air Terjun Lata Bukit Hijau (39km)
  • Celak Waterfall, Kampung Iboi (18km)
  • Gunung Baling (4km)
  • Gunung Pulai (2km)
  • Pemandangan Indah R & R Gunung Inas (15km)
TEMPAT BERSEJARAH
  • Maqam Syuhada’ Memali (Parit Panjang) (15km)
  • Perkampungan Syuhada’ Kg Memali (22km)
KEMUDAHAN SETEMPAT
  • Kompleks Rakan Muda Baling (1km)
  • Hospital Baling (7km)
  • Masjid Tok Kaya Pulai (1km)
  • Masjid Baling (6km)
KAWASAN PENDIDIKAN / PENGAJIANLanai 13
  • Kolej Komuniti Baling (1km)
  • Pondok Lanai (15km)
  • SMA (Arab) Yayasan Khairiah (13km)
  • Maktab Mahmud Cawangan Baling (8km)
  • MRSM Baling (7km)
  • MRSM Pengkalan Hulu (17km)
LOKASI-LOKASI LAIN
  • Pengkalan Hulu (19km)
  • Sempadan Thailand Betong (22km)
  • Kuala Ketil (21km)
  • Sungai Petani (53km)
  • Pekan Kupang (4km)
  • Pekan Baling (6km)

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. .call 0125614627 atau whatssap 0134304627. .

Desaterataihomestaybaling.wordpress.com
Page fb : https://m.facebook.com/HomestayBaling-DESA-Teratai-PULAI-445029152349461/



Friday, April 14, 2017

Puding Sekelip Mata Inspired by Chef Hanieliza

Semalam saya berbuka puasa dengan Puding Sekelip Mata Chef Hanieliza .Sebenarnya memang lama dah tahu pasal kewujudan resepi ni sebab dulu Niza pernah kongsikan resepi ni kat blog kancilbiru yang dah arwah tu. Dah ada orang Jepun pakai domain tu Niza weh. hahaha. Buku yang dimaksudkan adalah Buku 1 Hari 1 Resepi. Saya olah sket resepi saya ikut apa bahan yang saya ada. Bab olah resepi tu serah pada saya. hahaha. Janji sedap kat tekak saya kan.





Credit : http://inibelogyuyue.blogspot.my/2012/11/resepi-puding-sekelip-mata.html

Resepi Puding Sekelip Mata Inspired by Chef Hanieliza

Bahan-bahan :

15 biji agar-agar sumi

1 tin susu cair (400ml)

250 ml peel fresh orange

1 bekas yogurt 140 g perisa blueberry


Cara- cara :

1. Di dalam mangkuk hidang, campurkan susu cair, yogurt dan jus oren. Kacau rata.

2 . Keluarkan agar-agar sumi dari bekasnya dan masukkan ke dalam mangkuk hidang.

3. Sejukkan sebentar dan hidangkan.



Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)




Tuesday, April 11, 2017

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung, Kuala Terengganu , Visit Beautiful Terengganu

Hari tu masa balik kampung, sempat singgah di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung, Kuala Terengganu untuk solat. Saya ke Kuala Terengganu melawat pakcik saya yang baru terkena serangan jantung. Sebenarnya saya dah solat siap-siap kat rumah pakcik saya tapi my hubby yang tak solat lagi.  So singgah la jugak sebab dah lama tak tengok Masjid Terapung ni. Memang masjid wajib singgah gitu kalau ke Kuala Terengganu. 

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan. Sumber : WIKI

Jom la layan gambar masjid yang cantik ni yer sementara menanti my hubby solat :) Teringat kenangan di Masjid Terapung Sabah dulu. 


Apahal pulak duduk kat situ dik. huhuhu



Patung baby tak tinggal si Nayla tu. 

My Ma and the cucus


Saya dan my Ma. My Abah tidak kelihatan, jalan kat depan masjid masa ni. 


Cantikkan ? 



Cuaca pun cerah dan panas lit lit 


Cubaan selfie yang gagal :p


Gagal pun gagal la janji masjid cantik :) 


Jangan lupa bergambar di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung, Kuala Terengganu  jika berkunjung ke Terengganu yer !#visitbeautifulterengganu2017



Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Jadikanlah sembahyang witir sebagai sembahyang terakhir bagi kamu pada waktu malam”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Monday, April 10, 2017

Apam Tepung Beras

Saya ni memang suka makan apam. Dah banyak kali percubaan buat apam tapi asyik gagal saja dan tak menepati piawai tekak. Hari tu try pulak buat apam beras. Alhamdulillah menjadi dan siap boleh bawa untuk kawan-kawan kat ofiz. Saya perap agak lama jugak dari pukul 11 malam, pukul 5 pagi baru bangun kukus. hahaha. Kali kedua buat saya peram dalam dua jam, hasilnya tak segebu yang saya perap lama. 

Resepi Apam Tepung Beras

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan A

2 cawan nasi sejuk
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir.

Bahan-bahan B

2 cawan tepung beras,
2 cawan tepung gandum,
2 sudu teh yis mauripan dan
Pewarna

Cara Penyediaan:

Blend nasi dan air sehingga hancur . Kemudian masukkan gula. Blend lagi.
Campurkan bahan B ke dalam bekas dan masukkan bahan A yang telah blend tadi. Gaul rata.
Perap adunan selama 3 jam atau lebih.
Masukkan pewarna yang digemari. Biar seketika.Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
Boleh di makan bersama kelapa parut kukus jika suka

Jumlah kuih apam : 35 biji

Kalau nak buat separuh, kurangkan bahan jadi secawan.






 




Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu ketika kami sedang dalam perjalanan bersama-sama rombongan Nabi SAW, tiba-tiba datanglah seorang lelaki di atas kenderaan, maka ia menoleh pandangannya ke kanan dan ke kiri, kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluan sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya Junjungan menyebut berbagai-bagai harta benda hingga kami ketahui bahawasanya tidak ada hak bagi sesiapa daripada kami kadar yang lebih daripada keperluan.
(Riwayat Muslim) 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)