Ni cerita lama gila ni baru nak cerita kat blog. Maklumlah baru merasa free sket jejak 2-3 bulan hidup tak boleh balik awal. hahaha. Matilah mak nak. Kisah tahun lepas ni dalam bulan September , ada syarikat Big Optic Group katanya diorang dari Sabah ada buat promosi menjual cermin mata waqaf katanya dengan harga RM 37 dan terhad kepada kanta biasa sahaja bukan bifocal alah yang dua power tu rabun jauh dan rabun dekat tu biasanya orang tua-tua pakai tuh. So beratur lah sekali dengan students sesak-sesak nak buat spek harga bajet kan. Kebetulan sangat masa tu spek saya hilang. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa. hahaha . Sorang-sorang kemain 2-3 spek sorang. Saya beli satu jer pun. Saya memang tak reti gilir-gilir spek ni.
Ni lah promonya.. Memang tak menang tangan lah diorang melayan sepanjang berkampung kat tepi kafe ofiz saya ni. Sampai tak sempat nak berhenti makan sebab sepanjang masa ada orang duk beratur. Saya pun kena beratur hampir sejam gak. Masa tu padahal tak ramai tahu lagi.
Pilihan bingkai yang ada.
Pilihan saya tak pink mestilah purple. UiTM dihatiku sangat. hahaha
Jom kita tengok transformasi spek mataku untuk kenangan
Spek ni lah yang hilang tanpa pesan tu..huhuhu
Ada satu lagi spek tak didokumentasi kan.. hahaha.
Spek 2016
Amacam ok tak spek RM 37 ni ? Ok la bah kalau kau ! Chewah cakap sabah sebab orang sabah buat katanya.
Big Optic Group
No 7 Jalan Setiawangsa, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur
Hotline Customer Service : 016 837 3103 / 016 232 7195
Kedai tu tutup pkl brapa ye? Utk hr ahad tutup awal ke lambat?
ReplyDeletesaya tak pergi kedai dia.. boleh call untuk kepastian.hr tu dia open booth kat uitm sampai pukul 6 ptg.
Deletebuat dekat kedai wangsa maju ke sis?
ReplyDeletebuat dekat uitm, masa tu dia open booth .
DeleteAda buat dekat uitm shah alam lagi x?
ReplyDeleteDia ada outlet kat quality hotel shah Alam. Tapi asyik tutup aje. Dah bayar deposit 600 spec take dpt nak collect. Entah Vila dia akan buka. Call pun x jawab. Berhati hati lah.
ReplyDeleteKedai di Qualitu Hotel da tutup terus ramai yg kena tipu termasuk saya..pergi di alamat office di Puncak Alam pun da tutup trs da jadi kedai nasi lemak.... hati2 jgn tertipu
ReplyDeletesaya pun sama...bayar full spetember 2017 almost RM400...call2 tak angkat...kena buat aduan pengguna kot
ReplyDeleteramai tertipu rupanya
ReplyDelete