Email yang saya terima hari ini. Mohon dipanjangkan untuk membantu anak-anak ini mendapatkan rawatan. Semoga dipermudahkan jalan untuk Puan Norlaila dalam menjaga anak-anak Autism beliau.
Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke :
Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) NORLAILA MAT TAHIR 0511529000111162
atau hubungi ibu Iman-Pn laila 011-2645 1058.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya, Puan
NORLAILA MAT TAHIR adalah merupakan seorang pensyarah di UiTM Kampus Dungun.
Saya mempunyai 2 orang anak OKU penghidap Autism dan Hiperaktif berusia 13 dan
10 tahun. Abang (Muhammad Tajul Iman) merupakan severe Autism dan adik
(Muhammad Aidil Irfan) merupakan penghidap mild Autism. Blog kami http://imanspecialboy.blogspot.com
Tajul Iman
terpaksa diberikan ubat penenang (Retailin dan Risperidone) sejak 4 tahun dahulu
bagi mengawal masalah tingkahlaku dan keaktifannya, namun sehingga kini masalah
tingkahlaku beliau masih belum dpt diatasi sepenuhnya. Beliau masih sentiasa
bermain air liurnya hingga bau hanyir tubuh dan pakaiannya sudah jadi biasa buat
kami semua di rumah. Beliau masih suka mengoyakkan baju dan seluarnya, cadar
katil, sofa serta merosakkan peralatan elektrik di rumah. Ini semua adalah
contoh maslah tingkahlaku yang perlu diatasi dengan kadar
segera.
Keadaan hidup
kami sekeluarga juga makin mencabar dengan fenomena windscreen kereta dan
sliding door pecah selang 3-4 bulan, skrin Telivisyen diketuk sehingga hilang
gambar sehingga kami terpaksa akur dengan kejadian kerosakan TV 2-3 kali
setahun. Mesin basuh kami baru sahaja dirosakkan oleh Tajul Iman pada minggu
pertama Ramadhan. Semua ini sedikit sebanyak mengganggu kesihatan emosi dan
komitmen saya sebagai wanita bekerja dan pada masa yang sama sedang meneruskan
pengajian di peringkat Phd.
Anak ini juga
jarang tidur malam. Kalau dia tidur pun, paling awal jam 4 pg setiap hari. Ini
menjejaskan kesihatan saya sebagai seorang ibu berusia 45 tahun. Justeru Doktor
Pakar menasihatkan saya agar anak ini menjalani terapi tingkahlaku sekerap
mungkin krn dikhuatiri keadaanya akan bertambah serius jika ubahsuai tingkahlaku
(Behavior Modification) tidak dilakukan dgn konsisten. Dengan adanya terapi yang
konsisten, dengan izin Allah mungkin masalah tingkahlakunya akan dapat ditangani
dengan baik dan saya sebagai penjaga pun akan dapat mengatasi masalah stress dan
boleh mencapai kesimbangan antara kerjaya dan rumahtangga di samping dapat
menamatkan pengajian di peringkat Phd yang sudah berlarutan selama hampir 10
tahun.
Seorang lagi anak
saya, Irfan yang berusia 10 tahun pula tidak separah abangnya dari segi
tingkahlaku, dia tidak mengamuk atau tantrum, namun sehingga sekarang dia masih
belum faham bahawa dia harus mencuci punggungnya apabila selesai ke tandas.
Justeru pihak saya memerlukan kos terapi yang agak besar untuk kedua2 anak ini
kerana kedua2nya masih belum mampu menguruskan diri. Irfan masih belum kenal
ABCD hingga sekarang ini, apa lagi mengira dan membaca. Justeru sumbangan kalian
mungkin dapat memberikan peluang kpd anak2 ini utk mendapatkan pendidikan khas
berkonsepkan “home tuition” yang ditawarkan oleh guru2 pendidikan
khas.
Ini ujian buat
saya bilamana anak ini dikenalpasti menghidap Autism parah selepas 2 bulan saya
mendaftar sebagai calon Phd di UKM Bangi lama dahulu. Perjalanan Phd saya amat
sukar, selepas beberapa kejadian termasuklah yang terbesar dimana kesemua borang
soalselidik, alat radas serta laptop saya musnah dalam kebakaran selepas saya
selesai mengumpul data pada November 2007. Pengumpulan data semula hanya berjaya
ditamatkan pada Mac 2009. Walau bagaimanapun ujian yang bertimpa-timpa yg saya
lalui banyak mengganggu kelicinan proses pengajian sehinggalah saya akur dgn
penulisan tesis yang terbengkalai dan data yang telah obsolete kerana masih
gagal menamatkan penulisan sehingga sekarang. Namun saya masih belum berputus
asa dan masih ingin meneruskan pengajian walau dengan apa cara pun. Alang2 saya
akan dikehendaki membayar balik ke UiTM dgn jumlah yg agak besar juga, saya akan
teruskan semampu boleh. Saya yakin ada hikmah di sebalik semua ujian ini.
Saya terdorong
memohon sumbangan ini kerana mendapati keadaan kesihatan anak saya Tajul Iman
yang semakin merosot kebelakangan ini. Tujuan saya memohon sumbangan ialah untuk
memastikan anak saya dapat menjalani terapi ubahsuai tingkahlakunya secara
konsisten. Ini kerana saya merasakan agak kurang mampu membiayai yuran terapi
yang agakm mahal (minima RM100 per sesi selama sejam)
Saya terdorong
mengirimkan e mail ini kpd anda semua yang mungkin berpotensi memanjangkan e
mail ini melalui facebook, Instangram mahupun whatsapp anda semua yang mugkin
akan membantu saya menjalani ujian mencabar ini dan memberikan harapan besar
untuk kemandirian hidup anak saya Tajul Iman setelah ketiadaan saya dan suami
nanti. Saya ada membaca blog tertentu dari luar negara dan dilaman facebook, ada
insan2 berhati mulia di luar sana yang sanggup membiayai terapi ubahsuai
tingkahlaku anak saya dengan memberikan sumbangan secara bulanan.
Saya yang masih
di Gred DM45 sangat2 tidak mampu untuk membiayai terapi anak ini sendiri. Kadar
terendah yg saya temui di Dungun adalah agak tinggi. Paling murah utk Behaivoral
Modification Therapy utk anak Autism ialah RM100 sejam. Terapi yang saya
dapatkan di Hospital Dungun sebanyak sebulan sekali di Unit Rawatan Fisioterapi
rasanya tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap masalah tingkahlaku anak
ini. Terapi tingkahlaku yang lebih kerap saya harapkan dapat membantu anak ini
untuk mengawal tngkahlakunya.
Bersama e mail
ini saya sertakan name card yang saya design bagi memohon sumbangan bagi saya
menangani masalah tingkahlaku anak istimewa penghidap Autism parah saya iaitu
Muhammad Tajul Iman. Saya tidak menyalahkan anak ini sebagai faktor kegagalan
saya dalam meneruskan pengajian dan berkerjaya, namun keadaan kesihatannya yang
agak meruncing boleh mempengaruhi kelicinan proses pengajian dan pekerjaan
saya.
Minta kawan2
mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan kesabaran saya dalam melalui ujian ini.
Sumbangan anda semua, hanya Allah jualah yang akan mampu
membalasnya.
Sekian Terima
kasih.
NORLAILA MAT
TAHIR
No hp :
011-26451058
alahai... besar dugaan ibu ni ye, eliss.
ReplyDeleteberat kita memandang, berat lagi dia yg memikul.