Friday, July 29, 2016

Suasana Sambutan Aidilfitri 2016 Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sistem

Hari ni jamuan hari raya jabatan terakhir kat ofiz kitorang. Kemuncaknya adalah ofiz kitorang lah. Layankan jer la gambar posing hari raya. Mungkin tak semeriah tahun-tahun sudah sebab semua dah berpecah dan dah tak ada pertandingan deko dan hias booth macam tahun-tahun sudah. 



Jemput masuk ofiz saya . Deko pun simple-simple sebab last minute baru nak deko kan 


Sebelum santap kita posing dulu 


Kaki wefie memang pantanglah nampak kamera kan 


Sebelum tetamu yang lain datang kan.. posing sajer tuan rumah..

Tak habis mak kat tepi  potong lemang tu 


Ada gambar boz en khanafi terselit kat situ 


Antara juadah yang sempat saya snap. Yang lain dah tak sempat dah . Ada lemang, tapai, rendang ayam dan daging, satay ayam dan daging, ketupat 


Special hari ni Nasi Dagang dengan sambal ikan serta acar timun


Pencuci mulut yang tinggal. haha


Sebahagian staf Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sistem 

 Geng baju @icahfa

Posing dengan team email .. haha. Kembali berdua 


Gambar sorok dagu. kah kah. Bagi nampak kurus konon..


Ada beza kan..hehehe


Misai lawan en suami nampak. hahaha. my hubby tak ada misai..keh keh keh


Amik aura anak lelaki. hahaha. Anak rai ni..

Lin cakap tak pernah bergambar dengan eliss. Ok boleh . hehe


Tengok anak si rai tu, apalah makcik-makcik ni tak berenti posing 


Saka kat gambar kata si zul..sabar jer la kak yat..


Saka yang dah pergi..hahaha


Pengacara nona katanya.. dibelakang tabir 


Feeling-feeling  pengacara nona 

Antara jemputan yang hadir memeriahkan majlis 

Masa ni tengah potong lemang.. Macam makcik-makcik.. kekeke


Apsal boz tak pandang kamera tu . 


Ada tambahan fazreen kat situ 


Bahagian kitorang tapi tak cukup korum 


Orang nak boomerang, nak jugak.. haha. Layankan jer la. 


Berakhir sudah raya @ ofiz untuk tahun ni. Moga bertemu kembali tahun depan jika ada umur yang panjang ...

Daripada Abu Hurairah RA juga, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik-baik atau mendiamkan diri”.

Wednesday, July 27, 2016

Hotel E - Red & JJCM Bandar Perda, Pulau Pinang

Kami sampai di Bandar Perda lebih kurang pukul 2 lebih. Percutian yang tak dirancang macam ni lah. Gamble jer terjah hotel untuk bermalam. Kat area Bandar Perda kebanyakan hotel budget jer la. Sesuai lah nak tidur semalam jer pun. Ada jugak homestay tapi memang kami cari memang dekat dengan KPJ Penang Specialist Hospital  . Hotel E - Red Bandar Perda lebih kurang 5 minit sahaja dengan  KPJ Penang Specialist Hospital ni. 


Check in dulu. 


Harus selfie depan kaunter pendaftaran



RM 100 untuk deposit. 


Check in pukul 2.00 pm dan checkout pukul 12.00 pm. Late checkout kalu, RM30 kasi bayar 


Harga bilik . Kami amik yang stardard twin bed room RM 106 sebab hujung minggu.
Tu jer pun bilik yang ada.



 Ini lah rupa Stardard Twin Bed Room



My Nuha dan my Nayla posing dalam bilik Mak Long Ayah Long diorang



Kemain sorang-sorang excited , janji dapat tidur hotel.



Toilet selesa . Sebelah tu shower.


Bantal tambahan, almari yang besar dan hair dryer . Ada safety box dan fridge dan tea maker


Ada aircond, free wifi dan tv lcd

 

Hotel E - Red Bandar Perda waktu malam . Siang lupa nak amik gambar. hehe .
Overall, hotel yang selesa dan servis check in dan check out pun cepat .


Kira strategik jugak tempat kitorang bermalam ni sebab berdekatan dengan banyak tempat makan.


Kitorang lunch di Restaurant Qasar Hadramawt




Pekena Lamb Kabsyah RM36 untuk sekilogram 


Setakat setalam macam ni confirm licin. Sebab sebelum tu makan mee udang jer kan. hehehe


  Restaurant Qasar Hadramawt
No. 9, Ground Floor, De' Rendezous, Jalan Perda Selatan, 
Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
+60 4-537 2673



 Lepas lunch, pergi melawat abang saya, Ngah . Tujuan asal kitorang ke Penang kan.
KPJ Penang Specialist Hospital kira-kira 5 minit dari hotel kami menginap. 



My Ngah masa nak pergi fisio


Pembedahan memasukkan plat hari jumaat lepas berjalan lancar


Alhamdulillah dah beransur pulih. 


Alhamdulillah , dah boleh balik rumah semalam. Terima kasih yang mendoakan  kesembuhan abang saya :) 


Sempat lagi foot massage kat KPJ Penang Specialist Hospital ni. 


Mak pun nak cuba jugak..hahaha


Belah malam pulak kami dinner di Bangkok Station. Restoren dengan konsep makanan ala thai . Menu pun sedap dan servis pun pantas. Makan siap dalam aircond lagi ni hah..Maklumlah VIP Room. 


Gambar makanan tak sempat nak snap dah ..tinggal gambar orang jer la..hehe. Sepupu saya, Safraa dan suami pun join kami dinner malam tu.


Bangkok Station
18, Lorong Perda Utama 11, Bandar Baru Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Perniagaan :
Mon - Thu: 12 am – Midnight
Fri - Sat: 12 am – 01 AM
Sun: 05 pm – 01 am
Tel : 60 4-548 4247
http://www.bkkstation.com/
https://www.instagram.com/bangkok_station/
https://www.facebook.com/bangkokstationpenang

Keesokan harinya, selepas checkout dalam pukul 11, kitorang melawat Ngah lagi sekali sebelum pulang.



Sebelum pulang, tinggal jejak dulu di KPJ Penang Specialist Hospital 



Masih deko mood hari raya kat hospital ni :)

Tengah hari, kitorang lunch dulu sebelum berangkat pulang di Route 69 . Makanan pun berkonsep barat dan melayu. Kami makan nasi jugak macam biasa. Biasa kedai macam ni buka malam jer kalau kat kl ni. Jarang ada masakan panas tengah hari kan. Lauk tengah hari dah siap-siap masak jer. Tapi kat sini kita order .Masakan pun sedap dan cepat sampai  . 


Route 69 Cafe
2 & 4, Lorong Perda Utama 11, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
route69cafe.com
60 4-530 1959

Berakhir sudah percutian hujung minggu kami di Bandar Perda, Pulau Pinang. Next kemana pulak destinasi cuti kita yer sayang ? hehehe


Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.”

(Hadith Riwayat Muslim)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)