Hari ni JJCM @ elissmie ke kafe hipster yang baru memulakan operasi di Seksyen 7, Shah Alam iaitu Cafe Eat & Repeat dengan konsep Boat Noodle Malaysian Style. Saya tak pernah lagi ke Boat Noodle yang style makan mee tu kan tapi kita terjah sini dulu lah yer. Kami tahu pasal kafe ni dari Zul [http://anakperak.com/]. Kami pergi hari jumaat 2 minggu lepas dah ni. Entry throwback lah pulak. Entry mestilah dimulakan dengan wajah pemakan-pemakan sekalian.
Mak Yong Ad dan Zira
Yatt, empunya belog dan Rai. Amik gambar kepala senget konon bajet boleh nampak kurus. hahaha
Kaunter bayaran. Konsep memang minimalis jer.
Harga dalam menu semua RM1.90
Mango Juice atau lebih tepat kordial mangga
Close up sket...
Pusingan pertama. Saya makan mee kari dan Pulut Mangga. Pulut mangga sedap. Mee kari pun terasa kari tapi bahan-bahan tak banyak .
Pusingan kedua. Saya repeat balik Pulut Mangga dan Mee Sup. Sama jugak, sup sangat sedap tapi bahan cuma 2 ketul fishball dan tauge.
Memang boleh habis sorang 4 mangkuk atau lebih sebab portion dia memang sedikit.
Harus susun banyak -banyak..
Tu jer bilangan mangkuk untuk semua orang makan
Pendapat saya, mungkin kena lebihkan sedikit bahan-bahan dalam setiap mangkuk. Pulut mangga tu nipis jer mangga dia, mungkin boleh tebalkan sedikit. Pulut Ok dah banyak tu. Mee sup , kari atau hailam pun sama, dah ok dari segi rasa cuma ciput dari segi bahan. Mungkin agak tidak berbaloi sebab dengan RM 4(2 mangkuk mee kari) rasanya dah dapat mee kari dengan telur bagai dan kerang dah.Yer lah, baru nak mula meniaga, mesti takut untung dan rugi tapi PERCAYALAH, tak rugi jika lebihkan bahan-bahan sebab orang akan REPEAT datang lagi lain kali. Semoga ada perubahan selepas ini yer :) Semoga bisnes terus maju jaya !!
Beroperasi dari 11 pagi hingga 10 malam ( Isnin - Ahad)
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Eat-Repeat-Cafe/487129064822145
Berhadapan dengan Nasi Lemak Cinta Sayang Sekyen 7
Korang dah pernah makan ke boat noodle malaysian style ni ?
Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji, dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda, “Sesungguhnya di antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia akhlaknya.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
konsep menarik. mmg dia buat perencah sikit2 kot sbb tau org akan amik byk sampai mangkuk bertingkat2 camtu :) 1 mangkuk fishball ada 2. klu dah 4-5 mangkuk berapa byk dah fishball nye? hehe...
ReplyDeleteDah sikit mesti la orang amik banyak nad. lepas tu tak datang dah la kot kalau rasa tak baloi.hahaha. atleast perencah cukup, contoh mee kari tu ada ayam secarik dua ,telur suku ker, kerang 2 ketul ke,asam limau suku cukup bahan tp dgn kuantiti yg sedikit..br cukup rasa. my 2 cents. hehehe
DeletePada aida, 1st time kena tangkap terus tekak customer.
ReplyDeletebr la customer repeat...