Friday, February 19, 2016

Koleksi Terbaru Fridge Magnet dari Nestle

Koleksi terbaru fridge magnet dari Nestle ni dapat dari kafetaria kat ofiz ni. Beli mana-mana air dari mesin Nestle tu samada soya atau Milo dapatlah satu Fridge Magnet. Apa lagi, saya yang jarang sangat nak minum air soya atau milo ni pun terpaksa la beli demi mendapatkan 2 ketul fridge magnet tu. hahaha. Dah la air milo RM 2.20 , nasib la soya RM 1.50 jer.Demi 2 ketul fridge magnet. Air lain kat situ RM1.00 - RM 1.50 jer lah. Biasa beli kopi O baru RM 1.00. Tapi biasa sekali jer la minum belah pagi tapi ni lunch pun minum air manis. Fobia air manis tu tetap ada lagi. 


Hari pertama minum milo. Ad minum soya. Semalam saya minum soya dan Ad minum milo. Dua-dua gila fridge magnet. hahaha

Hasil rembatan kelmarin. Yang Milo saya punya. 


Hasil rembatan saya semalam. 

Koleksi fridge magnet saya yang tidak seberapa kat ofiz. Nasib la CPU bersaiz mini jer yang ada. Naim, kalau hang baca la kan, FM Ireland ko ke yang warna hijau tu, sila tuntut yer kalau datang Shah Alam..Nak bagi terus pun halal la yer ...hehehe

Korang ada koleksi Fridge Magnet kat ofiz? 

Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

8 Comments:

  1. unik fm nye....syok la tmbh koleksi fm camni

    ReplyDelete
  2. cam nak tampal FM kat laptop? hauhauhauahauhauhau dah tak pakai CPU lagi ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tampal kena beli sticker magnetic la nampaknya tampal kat laptop baru boleh tampal FM kat laptop.hehehehe

      Delete
  3. dah lama tak kumpul FM yang baru..hak lama pun banyak dah pecah anak2 main ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la mekla.. ni pun jenis yg tak mudah pecah dah kumpul.hehehe

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)