Sekali lagi, berlaku perstrukturan semula untuk ofiz saya .Kali ni bukan setakat rombakan pada struktur organisasi malahan nama pejabat pun dah bertukar. Banyak yang kena pindah dan terpaksa pindah. Banyak yang berduka dari suka dan macam-macam lagi la yang tak tercerita. Wah dah macam seloka pula :p
Semuanya kerana sekeping surat yang sudah lama kami tunggu ni. Dah penat dengar gossip dan rumours akhirnya, menjadi nyata. hahahaha. Saya masih di jabatan sama tapi bertukar nama pejabat dan jabatan serta skop kerja. Mungkin dah tak buat programming menggunakan Cold Fusion tapi still Domino Developer dan kena jaga email sekali . Mungkin Allah dah aturkan yang terbaik buat saya. Semoga dipermudahkan. Redha redha redha..
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin. Diketuai oleh Naim untuk kali terakhir yang mana telah berpindah ke UiTM Sg Buloh. Tak boleh dah kacau Naim tengokkan coding. hahaha
Dan haruslah makan-makan. Terima kasih kepada sponsors makanan :) Sempat amik gambar makanan time breakfast jer, lunch dah tak sempat dah.
Kuih talam suji
Strawberry brownies
Talam favourite, talam cendol
kek secret recipe dan karipap
Nasi lemak
Majlis meraikan sekali 4 orang staf kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan di UiTM. Semoga berjaya ditempat baru :)
Asma
Azam
Ain
Wina
Acara seterusnya adalah bertukar-tukar hadiah untuk semua sempena pertukaran tempat bertugas.
Hadiah yang ready untuk bertukar tangan . Masing-masing beli hadiah dan buat cabutan sesama kami.
Macam bantuan banjir katanya - Anak Perak
Rai gembira dengan bantalnya
Zul dengan hadiahnya
Kak Ila dengan cadarnya
Ramai-ramai dengan hadiah masing-masing
Mak menang motor..eh :)
Saya baru sempat menyelit untuk posing ramai-ramai
Lagi bertambah bilangan yang gembira dengan hadiah masing-masing
Mak menang periuk nak...Nampak nau kuat makan
Periuk yang saya terima...terima kasih penyumbang periuk . Hafis katanya kan. Diorang ni main rahsia-rahsia pulak.
Sayonara, JPS, Infotech... Welcome Unit Lotus, Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sistem, Jabatan Pengurusan Projek IT,Pejabat Infostruktur
Adab Ketika Masuk ke Rumah Orang Lain
Daripada Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. Jika kamu diberi keizinan maka masuklah dan jika kamu telah lakukan yang demikian, tetapi tidak ada jawapan maka hendaklah kamu balik.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
salam alaik
ReplyDeletekemain lagi suke ko dpt frying pan
ahahaa
kalu aku pun suke periuk2 jenis bangsa non stick ni
salam.. mesti la suka kan. tapi tak rasmi lagi..sayang..hehehe
Deleteeliss, lepas tu pindah mane?
ReplyDeletela satu opis dengan anak perak ke... hehehhe
nasib tak kena pindah mana masih di shah alam, cuma nama bertukar dan skop kerja berubah. la, tak tau ke? hehehe . dah nak masuk 8 tahun dah sama opis ni :p
Delete