Monday, January 18, 2016

Salji Melanda Shah Alam @ Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cerakah

Semalam, lepas kelas renang my Nuha dah janji dengan dia nak bawa dia ke Taman Botani Negara Shah Alam kat Bukit Cerakah . Hari ni kita nak merasa kesejukan musim salji macam kat luar negara la konon tapi kat Malaysia sudah lah. Dulu masa my Nuha umur setahun dah pernah bawa dia ke sini. Masa tu musim bunga. Musim salji ni sehingga Febuari 2016 kalau korang nak pergi. 

PERKARA
KADAR HARGA
(1 Unit @ 1 Hari)
HARI BIASA
H. MINGGU /
KELEPASAN AM
KAUNTER UTAMA DAN KAUNTER TEMPAHAN DAN PENGINAPAN
Tiket masuk dewasa (12 – 54 tahun)
RM 3.00
Tiket masuk kanak-kanak (6 – 11 tahun)
RM 1.00
Tiket masuk warga emas (55 tahun ke atas)
RM 1.00
Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, rumah anak yatim dan Orang Kelainan Upaya
Masuk Percuma

KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM

Musim Lain
Musim Salji
Tiket masuk dewasa (12 tahun dan ke atas)
RM 3.00
RM 5.00
Tiket masuk kanak-kanak (4-11 tahun)
RM 1.00
RM 3.00
Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, Rumah Anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya
Masuk Percuma

Sekarang Taman Botani Negara Shah Alam dah lain benar dari dulu. Tempat masuk pun dah gaya lain. hahaha. Punya lama kitorang tak datang sini kan. Nampak lebih terjaga dari dulu gitu. 


Tiket masuk ajer dah RM20. Nasib baik my Nayla free lagi. 


Kitorang memang naik bas yang disediakan . Bas pun lagi menarik dari dulu. Dulu macam buruk sangat. hahaha

Kemain seronok dapat naik bas 

My Nuha duduk dengan my hubby. Tergelap pulak gambarnya

Perhentian terakhir memang kat tepi Rumah Iklim Sederhana Empat Musim ni lah. Kena menapak sket then nampak rumah empat musim ni. Bas memang sentiasa jer ada. Mungkin hari minggu ramai orang.

Seterusnya layan gambar jer lah yer. Memang banyak gambar saya tiga beranak jer la sebab my hubby photographernya. Ada sekeping suruh yang masuk sekali dengan kitorang tu amik. Sekeping jer la. hahaha. Suhu kat dalam rumah ni 2 ° C - 7 ° C . Memang sejuk beku rasa otak. hahaha. 

Nak pergi oversea tak mampu boleh datang sini

Ni jer hah sekeping gambar 4 beranak

Boleh la nak tengok salji kalau belum pernah tengok. 

Dua beradik ni kemain suka, feeling2 Elsa dan Anna la tengok salji :p

Mak pun berangan jugak nak jadi Elsa. hahahaha

Rasa nak buat ABC jer salji nya tu. hahahaha

My Nuha kemain seronok dia 

Siap ada beruang kutub kau ! hahaha

Memang betul-betul ais. ingat polisterin :p

Kemain berlakon sejuk dua beradik ni

Ni aksi spontan my Nayla. Lepas tu baru berlakon 

Bergambar dengan beruang kutub lah pulak. 

Dah selamat keluar. Tak boleh duk lama-lama sejuk sangat. 

Melawat replika rumah kayu pulak kat tepi tu

Kat ruang masuk area replika rumah kayu tu

Replika ni jer yang boleh masuk 

Kemain dua beradik dalam tu 

Sudah tu kitorang cari tempat makan dan makan bekal yang dibeli sebelum tu . Lepas tu balik rumah. On the way balik semua dah kepenatan dan tidur sepanjang jalan. Itulah kisah hujung minggu kami dan merasai pengalaman bergambar tepi salji. hahahaha. Kena repeat pergi I-City pulak baru boleh feeling-feeling main sajli betul. 

Website: http://www.tbnsa.gov.my/
Facebook : https://www.facebook.com/Taman-Botani-Negara-Shah-Alam-171729142971327

Waktu operasi bagi taman adalah seperti berikut :

8.30 pagi hingga 5 petang (Selasa - Ahad)
 * Taman akan ditutup pada hari Isinin kecuali cuti sekolah atau kelepasan awam

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Kaunter Bayaran : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Bas : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Korang dah pernah datang ke Taman Botani Negara Shah Alam ??

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)

4 Comments:

  1. Replies
    1. tu la.lagipun tak jauh pun dari rumah. hehehe

      Delete
  2. Musim bunga bila? Mesti lg best..

    ReplyDelete
  3. Hi...nk tny..salji tu stiap masa ada ke? Ke dua ikut musim kt dunia ni bru ada? I mean reality musim..

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)