Friday, January 15, 2016

Nasi Kerabu @ House of Nasi Kerabu & Teh Tarik Place

Terlebih dahulu mohon sahabat dan pembaca @ elissmie.com sedekahkan Al-Fatihah buat adikanda sahabat baik saya, Niza blog Kancilbiru.com dan suami kepada bekas ofiz mate saya, kak Siti Sara yang telah kembali kepada penciptaNya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan para solehin. Aamiin..

Kali ni JJCM @ elissmie.com kita pekena nasi kerabu yer. Double place gitu hari ni saya bawa korang JJCM ok ! Biasa kalau saya nak makan nasi kerabu, saya beli kat pasar malam jer. Memang beli dengan peniaga dari kelantan atau terengganu. Teringat Nasi Kerabu Ayam Percik kat Kelantan, mana lagi kalau bukan Restoren Yati Ayam Percik.  Susah sebenarnya nak cari nasi kerabu yang kena dengan tekak ni.Tapi dua tempat ni boleh la korang cuba, dari tiada kan. hahaha. Ayam percik tu sebenarnya kayu ukurnya. Susah la kalau my ma pandai buat ayam percik ni. Mesti nak comparekan dengan Ayam percik bondaku yang tercinta yang dipanggang dengan kasih sayang oleh my Abah gitu. Merecikkk...


Mula-mula kita pekena Nasi Kerabu kat Teh Tarik Place kat Sunway Putra Mall. Berwajah baru gitu Putra Mall. Syoknya, semua ada kat sini iaitu Daiso dan Kaison. hahaha. My favourite place gitu. Dulu masa zaman belajar kat Shah Alam, Putra Mall ni lah tempat saya lepak sementara tunggu naik bas malam hari balik Terengganu. Tapi dulu tak sehappening sekarang. Dah berubah 360 darjah gitu orang kata. Nostalgianya.

My Nuha order Kuey Teow Goreng dan my hubby order Nasi Kerabu

My Nuha dan Ayah Longnya

Kemain bersungguh makan tu. Saya makan roti bakar jer sebab masih kenyang lagi time tu

My hubby kata Nasi Kerabu dia ok la not bad . Ada Ayam percik, keropok dan telur masin. Tak silap tak sampai RM10.

Kuey teow goreng sedap jugak . Maklumlah my Nuha tu sekarang memang suka makan kuey teow goreng

Roti bakar pun boleh la. Gambar cilok kat instagram diorang . Sebab dah lapar lupa nak amik gambar makanan..hehehe

Ruang makan yang simple dalam Teh Tarik Place tu 

Kebetulan masa kat situ ada persembahan Yuna sempena krismas tak silap. Tapi tengok sekejap jer tu pun dari atas. Lepas tu la pergi Teh Tarik Place untuk makan. 


Teh Tarik Place
L4.85
Sunway Putra Mall,
No.100, Jalan Putra, 
50350 Kuala Lumpur.
http://www.tehtarikplace.my/
Instagram : https://www.instagram.com/tehtarikplace/
Facebook: https://www.facebook.com/tehtarikplace


Seterusnya, makan di The House of Nasi Kerabu. Dulu pernah datang sekali , boleh baca reviewnya disini [ klik sini]  . Memang ada komen dari owner datang menyinggah ke page saya dan tidak melenting , Alhamdulillah. Kali ni saya dah order sekali lagi menu yang sama saya cuba dulu Set Nasi Kerabu Ayam Percik Narathiwat. My hubby dan Nina order Nasi Kerabu Nara Istimewa. Kali ni terasa tawar pulak nasi kerabunya.Pandang kat meja depan ada bekas budu dan sambal cili.  Rupanya diorang lupa nak bagi kami bekas budu dan sambal cili. hahaha. Sabar jer lah. Dah ada penambahan dari segi rasa kat ayam percik tu. Lebih sedap dari saya cuba dulu . Licin makan 3 orang .

My Nayla makan dengan My Nuha maggie goreng. Sabar jer la budak dua orang ni. 

Set Nasi Kerabu Ayam Percik Narathiwat RM10.50

Nasi Kerabu Nara Istimewa. RM13.50


HOUSE OF NASI KERABU
LOT G08, GROUND FLOOR,
KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM,
SEKSYEN 14 PESIARAN TASIK,
40000, SHAH ALAM, SELANGOR.
Facebook : www.facebook.com/Honkshahalam
http://houseofnasikerabu.blogspot.com/

Korang suka makan nasi kerabu ?
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya, “Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”, Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

4 Comments:

  1. Akak suka nasi kerabu..tp slalunya beli kat pasar malam jer..slalu jugk pusing shah alam..nak cari nasi kerabu sedap..tp x jumpa2..ada jugak ajak CikAbe makan kat sini..tp belum kesempatan lagi...In Sha Allah akan kesana nanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la try. nak kata sedap tu kena cari yang kat kelantan btol la :)

      Delete
  2. kebetulan i pun mkn nasi kerabu kat house of nasi kerabu semlm..kena dgn taste..yummy :) so boleh lg nak repeat sbb sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan di shah alam jgak ke cawangan lain?

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)