Rasanya minggu ni adalah minggu ketiga saya buat churros atas permintaan my hubby. Katanya tak jemu lagi tapi sedap. Hari ni saya nak kongsikan resepi Churros dan Homemade Sosej Ayam yang saya dapatkan dari facebook. Alhamdulillah, resepi keduanya menjadi dan ikut selera tekak saya.
Resepi Churros
Bahan-bahan:-
1 sudu mentega
1 cawan gandum
1 sudu gula
1 sudu esen vanila
1 biji telur dipukul sekejap dengan garfu
1cawan gula( dikisar halus untuk topping)
Cara-cara :-
1. Panaskan air di dalam kuali dan masukkan mentega dan gula.Apabila kedua bahan tersebut telah cair , tutupkan kuali.
2. Masukkan tepung gandum, esen vanila . Kacau hingga sebati dan masukkan telur yang telah dipukul kedalam adunan tadi. Kemudian bolehlah dimasukkan kedalam piping bag dengan nozzle bintang. Pipe atas dulang atau terus ke dalam kuali untuk digoreng.
3. Goreng hingga keemasan. Taburkan gula atau cicahkan dengan coklat jika suka.
Saya beli Cream Squeezer ni kat Daiso RM5.30
Tapi yang tak syoknya sebab bekas dia kecil dan saya terpaksa ulang banyak kali. Lepas ni kena beli jugak la piping bag tu.
Tak pro macam saya, pipe atas pinggan jer dulu baru masukkan ke dalam kuali untuk digoreng
Gambar tengah goreng tak der pulak.
Ni hah plastik Cream Squeezer Daiso tu untuk rujukan
Churros yang siap digoreng
Close up sket churros nya
Lagi garing rupanya lagi sedap..Rangup jer. Tabur gula pun dah sedap kalau coklat tak payah cakap la kan. Sebab stok coklat dah habis, tabur gula pun dah sedap
Ok seterusnya, resepi Homemade Sosej Ayam. Resepi ni memang sesuai sangat lah untuk saya dan keluarga sebab jenis tak makan isi ayam. Semua berebut peha , thigh atau kepak jer la.
Resepi Homemade Sosej Ayam
Bahan-bahan:-
3 keping isi ayam
2 biji telur
1 sudu garam
1 genggam daun sop dan daun bawang
Bahan perasa yang disukai - Saya guna 1 sudu lada hitam,1 sudu lada sulah dan 1 sudu serbuk paprika
( Yang ni saya buat dapat dalam 15 batang sosej)
Cara-cara :-
1. Masukkan kesemua bahan diatas kedalam blender. Kalau boleh telur bersaiz besar nanti blender tak jalan pulak.
Adunan yang dah siap untuk dibentukkan sosej. Kalau nak goreng terus macam cucur pun boleh sebenarnya .
Bahan perasa yang saya gunakan
Ceduk lebih kurang 1 sudu besar adunan tadi ke atas cling wrap
Gulungkan sampai tertutup adunan tersebut
Kemudian simpulkan sedikit
Sedia untuk dikukus
Sekejap sahaja dalam 10 minit sosej dah sedia untuk diangkat
Dah sedia untuk digoreng, kalau makan macam tu pun sedap jugak tapi warna tak cantik la putih jer
Boleh jugak disimpan kedalam freezer. Katanya tahan untuk 1 bulan. Tapi rasanya tak dan satu bulan dah habis. My Nuha still tak suka sangat sebab masih terasa isi ayam tu dan my Nayla yang paling suka. hurmm..lain anak lain selera
Ok tu jer la perkongsian 2 resepi untuk korang cuba buat dirumah. Lagi jimat dan dijamin bersih.
Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie
Daripada Wahsyi bin Harbi RA, Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang”. Lalu Baginda bersabda, “Mungkin kamu semua makan berselerak”. Mereka semua menjawab, “Ia benar” Baginda bersabda lagi, “Oleh itu hendaklah kamu semua berkumpul semasa makan dan bacalah Bismillah semoga diberkati Allah.”
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)
terima kasih atas perkngsian. boleh try buat nanti
ReplyDeletejangan lupa cuba yer. bahan2 pun simple jer :)
Deletesedapp tuh
ReplyDeletebuat sendiri baru puas hati gitu :)
DeleteWah sgt menarik dan rajin. I is tak rajin lagi.. Rajin beli terus masuk mulut je huhu
ReplyDeletebila rajin datang bukan selalu la..hehehe
Delete