Alhamdulillah. Hari ni dah settle urusan perpindahan kembali ke ofiz sebab projek dah selesai. Setelah hampir 3 bulan merasa pengalaman bekerja di syarikat internasional gitu, kesimpulannya hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri..Baik lagi negeri sendiri gitu. hahaha.Ok la,cerita pasal aktiviti hujung minggu kitorang hari tu pergi main Giant Bubble @ Setia City Park, Setia Alam. Sebenarnya saja pusing-pusing dalam Setia Alam City Mall tu. Dah habis pusing nampak pulang orang main giant bubble kat Setia City Park, Setia Alam.
Giant Bubble kat sini ada 3 jenis pilihan alatan yang boleh dipilih. Bermula RM3 , RM5 dan RM7. Maklumlah pertama kali, guna yang paling murah RM3.Batang dia kecik comel jer. Rupanya harga ikut jenis alatan yang digunakan untuk buat bubble tu.Alatan yang digunakan tu besi dan tali . Makin mahal makin besar talinya , so makin besar la giant bubblenya yer. Tapi guna alatan yang kecik pun boleh jadi besar jugak bubblenya. Kat situ ada promosi, kalau beli 2 bekas, percuma 1 bekas.Tragedi betul la dua beradik tu. Siap berebut-rebut main. Dah la si adik tu mengelat, adik nak cuba katanya tapi terus tak nak bagi kakak main. hahaha. Weekend ni my hubby dah janji nak bawa main bubble kat sini lagi . Tengok la macam mana.
Layan jer la gambar-gambar hari kejadian. Biar gambar berbicara...
Haruslah selfie macam uncle gedek :p
Tak ada drama air mata tak sah my Nuha ni. Ratu air mata. Lepas hantar Nina balik ke komuter, menangis la dia. Sekali adik pun menangis. Bila tanya kenapa adik nangis, dia jawab sebab tengok kakak nangis. hahaha. Kelakar la ko dik !
Lepas ni buat giant bubble sendiri jer la kat rumah yer nak. Dah jumpa resepi :p
Resepi Giant Bubble
250 ml pencuci pinggan
1.5 liter air
4 sudu besar tepung ubi kayu
Cara-cara : -
Bancuh semua sekali dalam satu bekas dan boleh terus digunakan.
Korang pernah bawak anak-anak main giant bubble? Atau pernah main giant bubble home made ? Lagi jimat belanja kan :)
uncle takot bubble pecah masok mata! huhuhu
ReplyDeleteSepelaung dari rumah saya SCM ni...dan mmg selalu saya gi situ ( gi gym)...hahaha....Tak pernah lagi bawak anak2 main giant bubble kat situ
ReplyDeleteDan betul, buat sendiri...puas hati main!
ReplyDeletetk pernah lg main giant bubble ni..buat pn tk pernah
ReplyDeletekat pantai klebang, Melaka pun ada org main giant bubble ni tau,,, tapi ank2 tgk je.. dieorg kecik lg nak main benda tu.. huhuhu
ReplyDeletePakai tepung ubi kayu ye dear. Saya pernah buat sekali guna tepung jagung. Tak jadi pon yg sy buat tu. Lepastu langsung dah tak buat. Mcm kat png ni, ada padang kota, main situ je giant bubble 3 senduk periuk sup tu rm3. Kita sewa je. Bolehla kan. Ahaha
ReplyDelete