Hari ni segmen deco@elissmie.com bawa korang cuci mata kat kedai sudahlah yer. Ada satu kedai yang boleh korang cuci mata barangan rumah kalau ke Plaza Shah Alam atau Plaza Massalam yang terletak di tingkat satu. Kenapa cuci mata jer sebab agak berjenama barangan dalam tu tapi ada jugak la yang bawah RM30 yang boleh korang beli.Mak bukan ada-ada :p Moh kita tengok apa yang ada yang boleh korang cuci mata yer.
Ni hah kedainya , Kitchen Shop. Rasa macam baru ada sebab rasa sebelum ni tak pernah nampak tapi tak tahu la kalau dah lama wujud kedai ni sebab jarang pergi makan kat sini
Ada pelbagai bekas makanan. Yang ni yang boleh masuk dalam microwave. Yang kecik comel tu la tak silap RM30.hahaha
Periuk kuali semua ada tapi mak setia dengan tefal jer la. Itu jer mampu nak..hahaha
Pisau yang warna warni ni memang buat geram jer tapi yang jusco tetap menjadi pilihan hati mak , tu pun orang kasi
Grater pun ada kot nak parut keju :p Jarang makan keju, makan tempe jer
Yang ni teringin jugak nak ada satu yang ni. Tempat BBQ. Yang paling murah dalam RM800 tak silap. Bonus dapat RM500 jer pun kalau tak dah sambar satu ni
Yang ni pun menarik jugak tapi yang kecil tu pun dah RM30 sebiji. Warna ungu tu meruntun jiwa wanita mak nak..hahahaha
Ni pun impian jugak walau tak ada oven lagi pun. Dapat sebiji yang warna ungu ni pun tak per, tak dapat yang ungu, merah pun boleh. hahaha RM3599 gitu boleh buat downpayment kereta baru sebiji
Macam-macam corak tray acuan yang ada. Tak per la..nak oven jer dulu. Sebut banyak kali
Yang jenis silikon mould pun ada
Segala mak nenek nozzle pun ada bagi yang rajin buat biskut dan kek tu
Yang ni ada promosi untuk membantu Autism iaitu barangan La gourmet. Tak silap 10% daripada jualan akan diberikan kepada National Autism Society of Malaysia (NASOM)
Last but not least yang masih kekal dalam senarai to do kat rumah tu gazebo. Tapi kalau dapat kerusi macam ni pun dah tak pe letak kat tepi rumah duk lepak-lepak
Yang ni sebiji RM953. 2 biji RM1599
Yang best siap boleh lipat jadi sandar dan meja gitu dan waterproof dan wheatherproof gitu sesuai sangat letak outdoor sambil minum kopi makan tempe #jawasangat :p
Klik kat sini kalau korang kaki shopping online tu. Terus dapat RM2 bila register. Shopping pun dapat cashback pulak tu.
Kitchen Shop Shah Alam
F2, 1st Flr, Plaza Shah Alam,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
Sect 9, 40100 Shah Alam
Tel : 03 55191399
Operating Hours: Daily 10am – 10pm
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
Sect 9, 40100 Shah Alam
Tel : 03 55191399
Operating Hours: Daily 10am – 10pm
http://www.thekitchenshop.org/
salam kak...
ReplyDeletenak tanya, akak perasan tak harga sudu dan cawan penyukat yang warna hijau dan kuning tu, berkenan lak, tapi kalau mahai sgt pejam mata jelah.. huhu
Mahenye rege, kita cari kt kedai rm2 je...;-)
ReplyDeleteBonus rm500 + kenaikan tahunan lepas la kot,huhuu
amboi. cantik cantik... warna warni mangkuk nyer...
ReplyDelete