Wednesday, July 08, 2015

Kos jahit lace pada baju kurung raya 2015

Tak habis lagi ni cerita pasal baju raya saya. Kan semalam cakap nak kasi merelip sket baju raya kosong saya tu. So. semalam , dengan gigihnya waktu rehat pergi Karysma Store, Alat Jahitan Dan Kraf, Seksyen 16, Shah Alam. Teringat hari tu kat kedai tu ada jual border lace. Sampai-sampai penuh pulak parking, dah la pegawai MBSA tengah duk saman kereta tak ada kupon parking. Sabar jer lah. Kat area sini, memang kena beli kupon parking kalau tak kena saman yer. Tunggu sekejap ada kereta keluar. Terus tak sabar masuk kedai cari lace yang berkenan dihati.


Sebelum pergi kedai tu saya dah google warna apa yang padan dengan baju hijau kosong saya tu. Ada satu design yang saya berkenan lace warna hitam. So bila masuk kedai, tengok yang lace hitam jer lah. Yang lain macam tak berkenan kat jiwa dah lah. 


Akhirnya, lace idaman hati dah dijumpai. Lace ni RM18 semeter. Untuk jahit pada bawah baju kurung bahagian depan sahaja dan keliling lengan, korang kena beli semeter setengah. So kos lace ni adalah RM27.Saya jahit jer sendiri. Semalam, 2 jam saya jahit dah hampir siap. Tak sabar nak balik dan sambung jahit lagi. Semangat katakan. First time dalam hidup alter baju raya sendiri. My hubby pun macam tak yakin jer mula-mula tu siap suruh pergi hantar tailor jahitkan. Siapa nak layan dah time suntuk gini yang oii..Semalam dah tanya jugak kat kedai jahit , dah full katanya. hahaha. Cuba nasib jugak tu. 
Beli pelekat ni sekali semalam. Semeter tak silap 30 sen . Saya beli  3 meter setengah dia bagi RM1. 

Caranya mudah ajer, letak pelekat putih tu bawah lace dan iron lace tersebut dengan suhu sederhana. Boleh tengok cara-cara kat you tube kat sini :

https://www.youtube.com/watch?v=K0TiuWguFqM

Lepas dah siap tampal, jangan lupa jahit lace kat baju tu sebab gam ni tak tahan sangat pun. Bila masuk mesin basuh tertanggal la lace tu. Tailor  Karysma Store, Alat Jahitan Dan Kraf lah yang cakap kat saya. Tapi pelekat yang saya beli ni macam tak kuat sangat. Tengah-tengah duk jahit dah tertanggal.  


Semalam siap tanya tailor siap-siap macam mana nak jahit lace tu. Cara nak jahit lace tu katanya jahit yang bahagian puncak design lace tu untuk elak lace tertanggal. Nanti kemek pulak lace tu kalau tak jahit kat puncak design lace tu.Untuk baju saya puncak lace tu yang saya letak arrow kuning dan hitam  tu. Korang lagi pandai la kot, saya ni setakat jahit lace ni boleh lah. hahaha

 
Tadda..Baju saya yang hampir siap dijahit pagi tadi. Hari ni balik sambung jahit lagi sket kat bahagian bawah baju kurung tu. Tangan semua dah siap dah.

Korang pernah tampal lace pada baju sendiri ? 

p/s:


Ada balance lagi lace tu dalam 3 kuntum bunga ros tu, menarik jugak kan kalau tampal kat tudung macam ni.Dah beli tudung dua muka warna hijau plain untuk raya .hehehe. Credit to google image.

Klik kat sini kalau korang kaki shopping online tu. Terus dapat RM2 bila register. Shopping pun dapat cashback pulak tu.

2 Comments:

  1. rajin jahit lace . momoy baru je sejam lepas beli online kt zalora.haha

    ReplyDelete
  2. oooo gitu ekk?
    aida anto tailor.
    diorang yg buat kan :)

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)