Alhamdulillah. Selamat pergi dan balik dari bengkel di UiTM Sabah sekali dengan cuti-cuti malaysia ke Sabah. Kami naik flight jam 9 pagi tapi delayed jadi 10 pagi. Pukul 7 lagi kitorang gerak dari UiTM Shah Alam. Kali ni, merasa naik Air Asia. Kitorang booking dari bulan lepas lagi tiketnya sebab masa tu ada promo tak kena GST. Tiket saya ditanggung oleh UiTM dan just bayarkan untuk my hubby dan anak-anak. Cuak - cuak juga nak pergi sebab baru lepas gegaran dan banyak gegaran susulan. Tapi Allah permudahkan , Alhamdulillah.
Tengah beratur untuk drop bag. Kami sampai agak awal tapi rupanya dah panggilan terakhir untuk drop bag. Dalam jadual ada 15 minit lagi sepatutnya baru boleh drop bag. So kalau sampai awal korang pergi cepat-cepat kat tempat drop bag dan tanya samada boleh drop bag ke belum . Di KLIA2, kaunter drop bag untuk Air Asia adalah T dan U .
Beg masa nak pergi 17KG. Saya beli sampai 40 KG takut tak cukup. Sekali guna separuh jer.Lepas dah siap drop bag, masuk ke ruang perlepasan dan cari gate yang dinyatakan pada boarding pass. Jauh jugak nak menapak tu. Nasib baik my Nayla nak berjalan masa ni. Saya nampak ada kemudahan buggy tapi tak banyak.
Anak dara pingitan sebelum berlepas ke KKIA Terminal 2
Posing sebelum berlepas dari KLIA 2
Posing bersama anak-anak pulak . Nak tengok kaunter drop bag boleh tengok huruf pada tanda arah kat atas tu.
Kapal terbang sudah tiba
AK 5106 . Terima kasih kepada semua pilot dan crew cabin yang membawa kami ke Sabah dengan selamat.
Ketua pramugari yang bertugas
My Nayla so far ok jer cuma nak kena pakai seat belt tu yang lemah sket. Meraung-raung dia. Tapi paksa jugak. My Nuha ok jer dia cuma dia takut jugak lah masa nak naik tu. Bila kat atas ok jer.
Kami 3 beranak satu row
My hubby terpisah dengan laluan orang nak jalan jer
Ada ajer buat muka dia ni
Haruslah wefie bersama para penjakun. Maklumlah first time naik kapal terbang dan saya first time naik Air Asia.
Baca maklumat keselamatan sampai lebam dan perhatikan pintu kecemasan.
Jangan ambil mudah kan
Amboi khusyuk baca flyer yer dik sambil hisap jari
Akhirnya tumbang dua-dua sampai KKIA
Breakfast yang dah kami order online siap-siap
Ini breakfast saya.Chicken Satay Wrap. Sedap jugak RM9.00
Pak Nasser's Nasi Lemak RM12.00
Kalau bab makan, kejut tak per dia ni. Habis sebekas dia sorang. Adik tak bangun-bangun sampai sudah
Permandangan luar tingkap. Alhamdulillah cuaca ok cuma sedikit berawan.
Membelah awan biru
Selamat tiba di KKIA Terminal 2
Ni pulak hari nak bertolak balik ke KLIA 2. Semua beg dah beranak pinak gitu. hahaha
Mencabar sungguh otw balik sebab ada bawa barang terlarang. hahaha
Sebenarnya diorang ni bawa balik barang basah seperti ikan, sotong dan ketam sebab memang murah kat sini. Sekali air sotong meleleh . Terpaksa diorang buang sotong yang buat berair tu. Sebelum tu siap cakap ada stok susu dalam tu. Memang ada pun tapi ada tambahan barang basah. Diorang cakap, lain kali nak bawa barang basah, beli polisterin dan bawa naik kat atas lagi selamat . Yang warna biru tu la tong ice box yang diorang letak barang basah tu.
Drop bag counter di KKIA Terminal 2. Sebab hari tu diorang awal drop bag kat KLIA2 kitorang pergi la tanya nak drop bag awal sekali tak boleh lagi. Dalam 6.30 petang baru boleh drop bag.Flight kami delayed lagi 15 minit so bertolak jam 945 malam yang sepatutnya 9.30 malam.
Terima kasih boz yang baju belang yang merealisasikan impian kami ke sini. Nanti bawa kami ke Sarawak pulak yer..hehehe
Dah bertolak. Tak nampak apa..gelap kan. Cuma cahaya lampu menemani kami. Dalam pukul 1 pagi kami selamat sampai KLIA 2.
Sempat lagi wefie sebelum berlepas. My Nayla dah tidur tak bangun-bangun sampai KLIA 2
AK 5131 . Terima kasih kepada semua pilot dan crew cabin yang membawa kami balik ke KLIA2 dengan selamat.
Selamat tiba di KLIA 2. Tapi punya lah jauh nak kena dukung my Nayla. Sakit pinggang. Digalakkan bawa stroller lah kiranya kalau dah lewat pagi sampai tu sebab mesti diorang tak nak jalan punya. My Nuha nasib baik ada stroller barang so boleh la naik tu. My hubby lak sakit belakang, terpaksa la mak dukung sampai keluar..huhuhu
Tambang pergi balik dari KLIA 2- Kota Kinabalu RM 1216.26 untuk my hubby dan anak-anak
Semoga ada rezeki lagi lain kali boleh jalan-jalan lagi, In sya Allah.
Korang pernah naik kapal terbang air asia dari KLIA 2 ?
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss