Hari ni stop sekejap pasal jalan-jalan ke Sabah. Nanti bosan pulak yer. Masih ingat entry 10 Pilihan Kuih Untuk Berbuka Di Bulan Ramadhan saya 5 tahun yang lalu. Kali ni saya nak tingkatkan sikit kualiti pada entry tersebut dengan menambah kalori pada makanan tersebut untuk kepentingan bersama. Sebenarnya, sejak mengamalkan diet kira kalori, saya jadi tiba-tiba fobia pada kiraan makanan. Takut terlebih kalori dari jumlah yang sepatutnya gitu. Disini saya kongsikan kembali nilai kalori pada 10 Pilihan Kuih Untuk Berbuka Di Bulan Ramadhan. So kalau berat korang meningkat dibulan puasa ni jangan salahkan mak cakap mak tak payung jumlah kalorinya yer :)
Entry ini ditujukan buat semua peserta The Biggest Loser Ramadhan Edition ofiz saya :) Saya pun join jugak. Sebab memang dah tengah berusaha turunkan berat badan kan.
So episod JJCM @ elissmie.com bukan dihentikan pada bulan ni tapi digantikan dengan Jom Kira Kalori Makanan @ elissmie.com gitu. Boleh ker tak boleh? Bulan puasa ni, kalori masih sama pengambilannya cuma kena bahagikan dengan sahur. Katakan jumlah kalori yang diperlukan 1200 kcal, so korang boleh amik 700 kcal untuk berbuka dan sahur 500 kcal . Mana-mana yang korang selesa tapi jangan lebih.
Entry ini ditujukan buat semua peserta The Biggest Loser Ramadhan Edition ofiz saya :) Saya pun join jugak. Sebab memang dah tengah berusaha turunkan berat badan kan.
Berat terkini sebelum pertandingan . Harapan cuma dapat BMI normal sebelum hari raya. 7 KG lagi untuk normal..Semoga dipermudahkan
Kira kalori yang perlu diambil disini
http://sususejat.com/cal/cal-web.htm#featured
So episod JJCM @ elissmie.com bukan dihentikan pada bulan ni tapi digantikan dengan Jom Kira Kalori Makanan @ elissmie.com gitu. Boleh ker tak boleh? Bulan puasa ni, kalori masih sama pengambilannya cuma kena bahagikan dengan sahur. Katakan jumlah kalori yang diperlukan 1200 kcal, so korang boleh amik 700 kcal untuk berbuka dan sahur 500 kcal . Mana-mana yang korang selesa tapi jangan lebih.
1) Lompat Tikam - Yang ni saya ambil kiraan bubur sumsum. Lebih kurang jer kan. Kalori untuk 100 gram - 178 kcal
2) Onde-onde / Buah Melaka - Kalori untuk 1 biji (15 gram) - 30 kcal
3) Asam gumpal - Yang ni tak jumpa cari berapa kalorinya. Kuih yang ada iras-iras dengannya adalah kuih sagu la lebih kurang. Kalori 1 keping (99 gram) - 131 kcal. Ni siap santan dengan kacang hijau pulak, so lebih lagi la kalori dia. Satu sudu makan santan dah 120 kcal.So anggaran mungkin 270 kcal.
4) Tepung Pelita - Kalori untuk 1 biji (74 gram) - 101 kcal
5)Agar-agar - Kalori untuk 1 potong ( 90 gram) - 61 kcal
6)Nekbat - Yang ni tak jumpa jugak. Yang ada iras-iras kuih bahulu la. Ni mesti lebih lagi kalori dari bahulu kan, sebab ada tambahan sira gula. Kalori untuk 1 biji - 60 kcal. Tambah gula, anggaran 2 sudu teh dah 32 kcal. So untuk Nekbat anggaran mungkin 92 kcal.
7)Akok - Kalori untuk 1 biji - 45 kcal
8)Puteri Mandi - Kalori untuk 120 gram -139 kcal
9) Tok Aji Serban / Seri Muka - Kalori untuk 1 keping (99 gram) - 192 kcal
10)Murtabak - Kalori untuk 1 keping (308 gram) - 564 kcal ( ayam ) Kalori untuk 1 keping - 722 kcal ( daging)
semua image : credit to Google Image
sumber kalori :
http://www.fatsecret.co.id/
http://sususejat.com/cal/food_calorie_list_2.pdf
http://www.kalorimakanan.com/
http://www.moh.gov.my/images/gallery/publications/makan/panduannilai_kalori_2.pdf
Cara kira sendiri kalori makanan : -
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!
Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Wanita tidak sepatutnya makan kurang daripada 1,200 kalori sehari. Lelaki tidak seharusnya makan kurang daripada 1500.
Setiap 7700 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.
Selamat mengira kalori makanan kawan-kawan !!
salam ramadhan mak tuu, sy baru turun 1kg nih, hikhik2, pas raya mukin naik 5 kg kot., harhar2
ReplyDelete