Musim cuti sekolah dah bermula ni kan. Ada merancang percutian ke Melaka? Hari ni nak promo homestay yang ada kat Melaka pulak . Dah pernah sampai Melaka ker tidak? Kalau tak pernah, boleh la ke Melaka cuti-cuti sekolah ni. Last year kami dah ke Melaka untuk percutian keluarga, Tahun ni kemana pulak yer. Ops.Biarlah rahsia dulu .Ok dah melalut pulak. Ni nak promo D'pinang homestay, Melaka yang terletak di pusat bandar Melaka, iaitu Pantai Klebang dan Pantai Puteri, dpinanghomestay berada ditengah-tengah. Menarik bunyi nyer kan ?
Teringat coconut shake yang saya minum kat Pantai Klebang hari tu. Terasa pulak kat tekak ni. Tapi dah diet ni tak minum dah air manis-manis. Insaf. Tapi kalau korang belum cuba, boleh la cuba, tapi berpada-pada lah yer :)
Antara tempat menarik di Melaka :
Antara tempat menarik di Melaka :
- Zoo Melaka
- Melaka River Cruise
- Menara Taming Sari
- Kota A Famosa
- Jonker Street
- Taman Buaya Melaka
- Dataran Pahlawan
Jom kita tengok kemudahan yang disediakan oleh D'pinang homestay ni .
Dari pandangan hadapan
Garaj yang boleh memuatkan 2 buah kereta
Antara kemudahan yang disediakan antaranya adalah :-
1. Mesin basuh automatik dan ampai yang besar berserta hanger yang banyak supaya memudahkan penyewa untuk menjemur baju (sabun dan pewangi bawa sendiri).
2. Peralatan memasak seperti dapur, kuali, lesung batu, pisau, rice cooker, sudip, senduk, pinggan, cawan dan sebagainya. Bak kata pepatah senang nak masak lah kalau dah bercuti reramai tu kan jimat duit.
3. Buaian bayi & basin mandian bayi sekiranya pelanggan mahukan, dan ianya PERCUMA. Apa yang anda perlu buat adalah request sahaja!!!!
Ruang tamu
Ruang menonton televisyen
3 bilik tidur dengan 1 katil queen dan 1 katil double decker dan 2 single
Ada kemudahan dapur disediakan dan peralatan untuk memasak
Peti ais yang disedikan
Antara kemudahan lain yang disediakan
Peta Lokasi
Jalan Klebang Besar
Berada di jalan persekutuan (FT005)
Berhampiran dengan Balai Polis Batang Tiga, Giant Superstore Klebang, Cendol Bakar, Klebang Beach Resort, Palms Condo Villa dan sebagainya.
Kadar harga :
RM200/malam - Cuti Sekolah/ Hari minggu/ Perayaan
RM180/malam - Hari biasa (Isnin-Jumaat)
RM150/malam - 5 hari berturut-turut
RM2,000 - Sebulan berturut-turut
Nota : Perlu booking terlebih dahulu.
Oleh itu, kalau ada sesiapa yang berminat untuk menyewa di d'pinang homestay yang berpengkalan di Klebang, Melaka. Boleh hubungi pemilik seperti dibawah. Untuk booking rm50 (akan dikembalikan)
Fairuz : 012-7454751/019-4212782
Hanie : 019-6609951
wah!
ReplyDeletemelaka byk homestay gini.
bagus. instead of dok hotel mahal-mahal kan?
selesa gini :)
Kita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
ReplyDeletehttp://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com
Puan Mafizah, jika ingin saya masukkan homestay puan, boleh emailkan saya maklumat, gmbr atau link homestay puan ke email saya : elissmie@gmail.com. Percuma sahaja. Terima kasih
Delete