Friday, May 22, 2015

Misi Kurus 3 bulan setelah sebulan berdiet

Rasanya tak lambat lagi nak ucap Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru, yang mengajar saya dari tadika sampai sekarang. Ilmu tidak pernah habis kan.Semakin banyak yang kita belajar, sebenarnya semakin banyak yang kita tak tahu. Pengalaman menjadi guru ganti dan diraikan semasa hari guru memang tidak dapat saya lupakan. Even dah tak mengajar pun masih ada anak murid yang panggil saya cikgu. Diorang sekarang pun dah menempuh alam universiti. Sekejap masa berlalu kan.Tu kisah 10 tahun lepas. 


Ok lah. Berbalik kepada misi kurus 3 bulan saya dah masuk hari ke 34 hari ni dimana hari ni adalah sesi penimbangan. Alhamdulillah hari ni jejak angka 72 KG. Tepatnya 72.3 KG yang sepatutnya saya target 72 KG . Mungkin tersasar target last week dari 73 KG cuma tercapai 73.6 KG.Petua untuk kurus, mesti kena ada penimbang kan ? Dah order penimbang dari Lazada. Sebelum ni pinjam Kak Sal punya. Harap-harap sampai la penimbang saya tu hari ni. Kat rumah tu macam tak yakin sket nak guna sebab tak tahu berat secara tepat. Yang ni saya beli yang digital punya.


Berat terkini. Penurunan sebanyak 4.7 KG sepanjang 5 minggu berdiet.




Saya masih bertahan berdiet mengira kalori . Rasanya diet ini memang sesuai dengan saya. Kena pilih diet mana yang korang selesa dan boleh follow. Setiap hari saya peruntukkan setengah jam untuk kembali mengayuh kuda oren saya tu. Terbakar la kalori dari tak terbakar langsung kan.Kadang-kadang follow zumba kat youtube. Setiap jumaat ada join Zumba anjuran Pewani UiTM. Boleh la keluarkan peluh dari duk kat ofiz atau keluar shopping setiap jumaat. hahaha, Air masih minum sampai 3 liter sehari dan sekarang tambah lagi sebotol air detox untuk my hubby. Dia pun nak kuruskan berat badan. Semoga istiqamah juga la. Selain nak bagi nampak cantik ianya untuk kesihatan kan.hehehe. Lupa nak bagitau, saya masih makan nasi sekali sehari. Segenggam ajer ok ! hehehe

Botol mybottle ni saya beli dari instagram. Memang ok sebab dia ada macam penapis jugak kat dalam so bahan-bahan detox tak der la terkeluar masa minum. Botol dan pouch ni RM 26 termasuk pos.

Rupa penapis dia

Preparation detoxwater setiap malam. Botol detox saya dalam entry ini

Kalau rasa nak mengunyah , saya makan kacang dua ni

Jam dari Lazada tu untuk kira kalori tapi beza seratus kalori dengan kuda oren tu. Dah beli pun murah , mak redha jer la. Atleast ada guide kan..hehehe


Saya ada beli buku Diari Diet dari Susu Sejat. Kat dalam tu boleh tulis la berapa kalori yang masuk dan keluar . So boleh nampak la apa yang saya makan tiap-tiap hari tu. Air manis memang tak sentuh lagi la sepanjang berdiet ni. Hari tu ada buat test gula tu. Pinjam Rai punya. Alhamdulillah bacaan gula 5.8. Harap 2  bulan nak jumpa doktor nanti result masih cun lagi lah.

Darah tinggi pun dah try selama 5 hari tanpa ubat untuk tunjukkan result kat doktor. Yang ni dah lama doktor suruh saya buat. Kalau tekanan darah dah normal mungkin doktor akan kurangkan dos sedikit demi sedikit. Mungkin darah tinggi mengandung tu cuma lambat turun jer doktor cakap. Harap-harap begitulah. 

Bacaan semalam. Pagi ni dah makan balik ubat darah tinggi macam biasa. Harap boleh stop ubat tu atau kurangkan dos atau tukar ubat bila consult dengan doktor nanti sebab ubat ni tak sesuai untuk ibu mengandung. eh :p

Korang dah timbang berat badan ker ? Ada penurunan tak ? Jom sama-sama #sihatcantik 


13 Comments:

  1. wah lepas tuh, kalau jumpe ko mesti tak kenal kan,,, badan dah bergetah mantoppsss hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. melampau tu sampai tak kenal..kekeke. kembali ke berat asal jer. skang ni jumpa yang tak kenal..badan dah dipam2..hehehe

      Delete
  2. Wah!good luck sis...kawal makan mmg penting...sebab musush utama kita nasi & gula..try untuk exercise n burn fat 400kcal sehari...saya pon pernah gemuk dulu..paham sgt perasaan nk kurus!

    Nak free vitamin tak?
    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dear. tu la..tengah cuba istiqamah bakar kalori setiap hari..skang maintain 300kcal sehari..hehehe

      Delete
  3. Tahniah!!
    Teruskan usaha.
    Percaya lah, dengan setiap KG penurunan, awak makin hampir kepada normotensive, iaitu BP akan kembali normal!

    Kacang walnut, kacang almond tu, mmg best buat snacking...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya Allah..terima kasih doc. nak free from hypertension ni kalau boleh before dptkan sorang lagi anak..

      Delete
  4. kita pun tgh cuba2 nak buat air detox tu.
    nak kurus semula :)

    *jom singgah blog kita sekali ;)

    http://shoyumilks.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dah ada geng:) jom sihat cantik yer..

      Delete
  5. belum lagi .hehehe...ni kurus untuk sihat dulu..dah sihat kang baru planning utk 3rd baby :)

    ReplyDelete
  6. salam. hee tahniahnya mak ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 lah wak..doakan saya dpt berat idaman dan kekal sihat..

      Delete
  7. Alhamdulillah. Moga capai target eliss.
    aida da lama nak buat defused water tu tp x terbuat-buat. 3 liter air tu aida x dpt! Sekadar 2 liter ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aida :) bagus..teruskan minum air kosong ni yr :)

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)