Friday, April 17, 2015

Nasi Arab Ta'if @ Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam

Hari Selasa lepas ada buat demo sistem kat luar. Sekali orang nak belanja kan. Rezeki jangan ditolak gitu yer. Padahal perut dah kenyang jugak sebab breakfast agak lambat tapi kerana nasi arab hamba turutkan. Lagipun boleh masukkan dalam slot JJCM @ elissmie.com kan. Kali ni, kita pekena Nasi Arab Ta'if yang terletak di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam berdekatan dengan Laman Grill lah kiranya. Cuma Laman Grill bahagian belakang. Ni bahagian depan ajer.



http://www.instantstreetview.com/@3.091225,101.544975,-4.44h,1.92p,0.34z
Gambar depan restoren lupa nak amik. Bawah tulisan Hiraaq tuh.

Team kami yang pergi demo hari tu termasuk boz kat depan, Ad dan Bai .Tudung kami bukan dapat tajaan dari Aidijuma :p 

Para pemakan sekalian dan tukang belanja . Ad tukang amik gambar tidak kelihatan


Nak makan bersila pun boleh

Haruslah belek menu dulu

Menu yang ada . Ada nasi arab Mandi

Dan ada nasi arab Kabsa



menu minuman yang ada

Yang ni yang saya order . Chicken Grills Mandi (regular) RM15

Yang tak best pasal nasi arab dia langsung tak der salad.Salad dia tak der dalam set. So tambah salad RM8 kalau nak. Mak tak biasa nak makan tak der sayur ni. hahaha. Yang lain-lain ok. Ayam dia pun lembut dan juicy. Nasi pun sedap..Panjanggggg..hehehe


Yang ni Ad punya Lamb Mandi Hanith (regular) RM18



Yang ni Bai punya Lamb Kabsa Hanith  (regular) RM18

Yang ni kakak meja depan yang punya, lupa nama. hahaha
 Al Tayef Mixed grilled RM25


Ini set lengkap saya hari tu. Sup tak tersnap pulak..Jus Tembikai RM5

Total burst : RM  20

Korang suka makan nasi arab ?


Nasi Arab Ta'if 
G33, Blok 5, 
Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan,
Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Malaysia
FB : https://www.facebook.com/nasiarabtaif

Waktu operasi :

Mon - Thu:
12:00 pm - 11:00 pm
Fri:
2:30 pm - 11:00 pm
Sat - Sun:
12:00 pm - 11:00 pm



1 Comments:

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)