Monday, April 27, 2015

Lagi-Lagi Gila-Gila @ Galeri Petronas, KLCC

Semalam penat berjalan seharian. Hari ni masing-masing lemau jer badan nak bangun. Sebab tak habis lagi penat semalam. Dari PWTC untuk Pesta Buku Antarabangsa 2015 yang akan diceritakan di entry lain dengan hasil belian dan bergerak ke KLCC selepas makan tengah hari di Quill Mall.Minum petang di Ampang Mall , tengah malam baru balik rumah.


Hari ni cerita pasal Lagi-Lagi Gila-Gila @ Galeri Petronas, KLCC. Sebenarnya my Long yang ajak untuk tengok pameran ni . Memang mengimbas nostalgia gitu sebab abang-abang saya ni memang beli Majalah Gila-Gila ni masa diorang membesar. Saya pun terkena tempias jugak. Bukan beli tapi baca selepas diorang dah habis baca. Kadang-kadang tak sabar jugak kan. Yer lah, lama diorang baca satu-satu buku tu kan. Adik kena lah mengalah gitu. Kadang dah nak lunyai baru dapat baca. hahaha.Nostalgianya.

Kitorang pergi lepas dan lunch dan solat Zohor. Masuk percuma sahaja. Pameran berlangsung dari 14 April 2015 - 15 Julai 2015.Dari jam  10:00 AM - 8.00 PM. Mula-mula just register kat kaunter dan boleh masuk tengok pameran. My Nayla pulak dah letih berjalan , waktu tidur dia pulak. Tak sempat habis baca dia dah mengamuk.last-last turun carikan makanan baru dia ok.

Katanya jangan intai, moh kita masuk lah yer.

Family potrait tapi spoil my Nayla tidur lagi. hahaha

Cover pertama majalah Gila gila . 1 April 1978. Masih belum lahir kedunia lagi. 

My long pun baru 3 tahun.

Berlatarbelakangkan artworks majalah gila-gila. Kalau nak tahu adalah lebih kurang 500 artworks yang dipamerkan. Baca kat info jer, bukan kira. hahaha

Masa ni my Kak Long yang dukungkan my Nayla. hehehe

Harus bergambar sekali. My Nayla baru bangun 

Baru lah adik boleh posing dengan kakak

Adik kurang beri kerjasama sebab baru bangun tidur

Gajah ni, sapa tak kenal..

Gaji naik RM40 !!! hahahaha

KL Kita punya

Antara artworks yang dipamerkan


Close up sket

Antara majalah yang di pamerkan dalam kotak kaca

Antara majalah yang di pamerkan dalam kotak kaca 2

Mahathir still around..

Siapa tak kenal PST ?? Professor Serba Tau lah...

Kena marah ngan atok ke tu?? 

Falsafah Gila gila

Berkenan pulak kat yang quote yang  ni 

Orang baik jarang mengaku baik tapi Orang Jahat selalu ngaku baik  

Yang ni pun best jugak baca,Kolum Kalau Sebelum dan Selepas..

3 + 1 dara pingitan kan..hehehe

Selfie sebelum balik 

My Nuha dan my Long sedang melukis. 

Dah siap pun lukisan dorang berdua.

Dah siap nanti diorang akan tampal kat sini. 

Budak yang meragam. Belikan air botol dan letak kat sini baru tak cranky. Kalau tidak nak berdukung tak nak jalan.huhuhu

Korang pernah baca majalah gila-gila ?


4 Comments:

  1. samapi julai ye. nak kena pergi ni

    ReplyDelete
  2. nostalgia majalah gila2 ni...peneman zaman kanak/ remaja saya dlu...wpun dah banyak kali baca tpi still gelak lagi..dlu lawak sangat original..

    ReplyDelete
  3. waaa.. best nyer.. mengimbau nolstagia ni.. saya dulu masa zaman sekolah rendah dulu ada baca, pakcik2 sy suka beli. senyum sorg2 la kalau bc tu.

    ReplyDelete
  4. salam. hee sonoknyer gi galeri petronas ;p

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)