Awal tahun hari tu, my Nuha sambung balik Taekwando kat sekolah dia yang kebetulan under jurulatih yang sama jugak macam tadika dulu, Sir Rizman Riduan. Untuk pendaftaran dikenakan yuran RM30 dan RM 30 bulanan. Promosi awal tahun, cuma RM150 untuk 6 bulan. Jimat duit mak RM30.Latihan cuma seminggu sekali iaitu pada hari sabtu dari pukul 5 - 6.30 petang kat dewan sekolah kebangsaan dia.
Yang buat dia lagi teruja nak join sebab dapat jumpa bff masa tadika dulu, Aimi. Ada jugak kawan satu sekolah dia tapi tidak sama tali pinggang sebab latihan ikut warna tali pinggang.
Rekod Yuran. Dah bayar untuk grading Level 8 iaitu RM50.
Masih ingat kali pertama my Nuha grading hari tu? Dia dah dapat tali pinggang kuning 1 (Yellow Belt 1). Kali ni grading untuk Tali Pinggang Kuning 2 dan kena hafal Taegeuk 1 (Taegeuk IL Jang). Ingat kena buat sorang-sorang masa grading. Rupanya sama jugak macam grading putih ke kuning dulu, ada orang bagi arahan dulu baru dia ikut. Kali ni lama jugak nak kena tunggu giliran sebab ramai peserta yang tali pinggang putih naik kuning.
Taegeuk 1 yang my Nuha kena persembahkan hari tu.
credit : https://poomsae.files.wordpress.com/2013/12/poomsaet1_3d.png
Menunggu untuk grading. Pukul 1 dah kena datang sebab nak susun ikut nama tapi pukul 2.40 baru mula . Macam tahun lepas jugak, grading kat Dewan Sekolah Kebangsaan Setia Alam.
Masa ni instructor dia suruh dia buat Taegeuk 1 sorang-sorang kat depan. Untuk training sebelum bermula kejap lagi.
Pukul 3.40 sampai giliran my Nuha persembahkan Taegeuk 1 kepada Ketua Jurulatih, Mr Sivam.
My Nuha in action
My Nuha giliran yang pertama untuk Yellow Belt 1, so cepatlah jugak kami balik . Sebab dah habis boleh terus balik . Result mungkin sabtu ni baru tahu. Harap ketua jurulatih buat-buat tak nampak jer la step-step yang tersilap sket-sket tuh. hahaha
Korang pernah tengok grading taekwondo?
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !
xoxo,
Eliss