Hari Jumaat lepas, kitorang pergi pasar malam Padang Jawa sebab anak buah my hubby datang sini dengan komuter kat Padang Jawa.Alang-alang dah sampai kan. Lama dah tak pergi pasar malam ni. Lalu kat sayur, banyak dah rasa borong sayur baru RM11.3 jenis sayur baru RM5. Tak menahan tengok sayur. Semua fresh-fresh pulak tuh. Sekali lalu kat orang jual barang basah nak beli ayam, tengok ada udang lipan.Cakap kat my hubby, terus dia beli .Sekilo RM8.
Mulalah episod mengoogle macam mana nak masak udang lipan dan potong udang lipan. Laki bini jakun, first time nak masak udang lipan ni. Hubby terliur nak masak bercili so saya teringat resepi Crab Chili yang saya tengok kat AFC oleh Chef Wan tu. So saya olah ikut suka hati saya yer :) Jom masak @ elissmie hari ni kita masak Udang Lipan Bercili olahan Resepi Ketam Bercili Chef Wan gitu yer.
Inilah rupa udang lipan sebelum dimasak.
Ini setelah di goreng
Ini setelah siap dimasak - Udang Lipan Bercili
UDANG LIPAN BERCILI
BAHAN-BAHAN
Bahan A
3 sudu besar cili boh
6 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1inci halia
Bahan B
3 sudu besar cili sos
2 sudu besar kicap
2 sudu besar gula
2 sudu besar asam jawa
2 sudu besar sos tiram
Garam
Bahan C
air secukupnya
minyak secukupnya
1 kilogram udang lipan, dibersihkan dan digoreng sebentar .
2 biji telur
CARA PENYEDIAAN
1. Kisar bahan A.
2. Panaskan minyak di dalam kuali masukkan bahan A,B,C di dalam kuali. Tambah air jika nak berkuah sket.
3. Masukkan udang lipan di dalam kuali.
4. Tutup kuali kira-kira 5 minit, perlahankan api dan kacau hingga rata.
5. Tambahkan telur yang telah dipukul, tutup api dan sedia dihidangkan.
Korang pernah ke masak udang lipan? Ker korang ada panggil dengan nama lain?
p/s;
Lupa nak cerita pasal rasa dia. Tekstur dia lebih kurang ketam dan memang sedap guna resepi ni hingga menjilat pinggan. hahaha. over sangat mak noks. Dulu saya pernah makan tapi just ketuk serai jer. Tu pun sedap jugak. Selamat mencuba !
memang unik udang lipan ni, sedapnya goreng kunyit garing2
ReplyDeleteTu la..sedap jugak.dah ratah sekor sebelum masuk kuah..hahahaha
Deletekulit dia boleh makan ke tak? aku blum pernah makan ni
ReplyDeleteKulit dia keras dari kulit udang biasa lah.. x boleh dimakan..hehehe.
Deletewahh..mesti sedap ni kann..
ReplyDeleteMemang sedap.lps ni boleh beli lagi kalu jumpa..
DeleteMemang sedap.lps ni boleh beli lagi kalu jumpa..
DeleteMemang sedap.lps ni boleh beli lagi kalu jumpa..
Deletetak pasti saya pernah makan atau tidak udang nie. kalau sudah menjilat jari, mesti sodap nie.
ReplyDeleteBetul..sedappp sgt..hehehe
DeleteBetul..sedappp sgt..hehehe
Delete