Terima kasih kepada pengviral tips mudah susun buku sekolah kat facebook dan whatsapp. Saya pun dah praktiskan kepada my Nuha untuk buku sekolah dia. Senang kerja saya. Sebab selalunya memang saya yang susun buku dia dalam beg disamping semak buku dia. Apa lah yang dia belajar kat sekolah kan. Lebih relaks saya tengok dari tadika dulu yang tiap-tiap hari ada jer kerja sekolah atau bahan nak kena baca. hahaha
Inilah gambar yang diviralkan. Jutaan kredit kepada yang memberikan idea ini.Semoga mendapat pahala yang berterusan.
Saya pun tiru idea yang sama iaitu beli pelekat yang berlainan warna untuk membezakan hari. Saya gunakan PET film index keluaran UMOE ni. Harganya RM 4.90. Ada 25 keping setiap warna.Saya beli yang ni sebab dah ada 5 warna untuk 5 hari kan.
Tapi kertas index ni sebelah jer ada gam, so yang sebelah lagi saya tampal dengan salotape.
Jangan risau, saya tak tampal pada buku terus tapi pada pembalut buku untuk memelihara buku pinjaman ni kan. Dah masuk hampir 2 bulan, warna pun ada yang dah pudar, Lasak jugak anak dara saya ni. Adoiiiyaii.. Stationery pun kena beli bundle. Hari-hari asyik hilang ajer. Semalam beli sticker tampal nama pulak kat stationery dia. Macam-macam hal kan. hehehe
Untuk tips mudah tulis nama anak buku sekolah pulak, korang cuma perlukan rubber stamp dengan nama anak korang yang panjang tu. hehehe.
Anak siapa lah yang panjang namanya ni..hahaha..Mula nak menyesal..Menyesal pun tak guna. So inilah penyelesaiannya. Yang ni saya tempah dengan kawan saya dalam komuniti BSP(Bandar Saujana Putra) dia. Terima kasih Bai :) RM16 jenis yang macam ni, Yang panjang biasa tu RM7.
Korang ada tips lain yang mudah untuk susun buku sekolah dan tulis nama pada buku sekolah anak ? Kongsikan kat sini yer :)
p/s:
Minggu ni my Nuha ada ujian prestasi tahun 1 sekolah agama . Harap-harap dia dapat jawab dengan baik. In sya Allah.Aamiin...Anak nak exam, mak yang nervous tu normal :p
senang kan.tak payah tengok buku apa dah. tengok warna sticker je
ReplyDeletebetul tu. tapi kena periksa betul2 jugak sebab hari tu ada yang terlupa tampal. marah anak sebab buku tu tak dimasukkan..hehehe
Deleteterima kasih berkongsi tips!
ReplyDeleteboleh saya pratikkan kat anak saya pula...hihihih
praktis jangan tak praktis. memang mudah sangat taktik ni :)
Deletenak buat mcm ni juga..tp tak terbuat lg
ReplyDeleteok gak tips ni...
ReplyDelete